Tuesday 31 December 2013

If you decide on a homebirth ...

credit to : http://hypnobirthinghomebirthaquestionmark.blogspot.com/

- you MUST know what to do from start to end especially if it's your 1st time doing it. Reading and watching videos of how woman give birth naturally won't do. That is why OB-GYNs have to undergo years of training to deliver babies. Every day and every second counts!

- if you and your baby is well and alive at the end of it GOOD
if not know that your doula/ hypnobirthing facilitator are not regulated by any organisation/government/law. That's means no one can do nothing about them if anything goes wrong! it's 100% on you to place your trust in them. when you do not come out of it alive, think of your poor husband and family. when your baby doesn't come out alive, nothing you can do, pity who? or when you do come out of it alive without baby, pity your broken body. neither the doula/hypnobirthing facilitator can go through the healing process for you - in fact you wouldn't want to ever hear of that person again! 

- does your body or baby know what to do.. really? big babies are not a problem..really? what if baby is stuck and just can't come out?what if baby is in distress? what if umbilical cord is around his/her neck? how will you monitor baby's heartbeat at home? based on just baby's movements - how would you know what are 'normal' movements? just trust your body and gut?ARE YOU SURE? WHO SAID SO?

- your confidence can suffer bruises but not a baby in utero 

At the end of the day, is it so important for you to give birth at home without PROFESSIONAL help? REALLY? 

Would you rather put safety above all else? would you rather put your needs above your own life and that of your baby? you may even feel that you are making the best decision for your baby and you .... 

THINK ABOUT IT AGAIN and AGAIN

If you feel like attempting it then run to the hospital at the last minute ... will you be giving the doctors a fair chance to make sure everything is alright. they are not GOD.

If you have had a bad hospital experience -> change hospitals, change gynae 
If you have had a bad home birth -> move elsewhere? change helper aka your husband?
Sure doctors make mistakes too. so choose one wisely. Then also find out who's your gynae's replacement for when he's not around. Talk with the 'real' midwives at the hospital, not just some nurse at the maternity/delivery ward, find out how it works when a woman in labour steps into the delivery ward *demand to know every step

Choose a gynae whose 'nurse'/administrative staff (that fixes your appointments with your gynae/manages the clinic) who would allow you to speak to your Gynae over the phone. AND don't simply take the 'nurse'/administrative staff's advice over the phone or the counter - they might not know what they are talking about. 


Monday 30 December 2013

Muhasabah diri

          Lagi beberapa hari je lagi kan nak masuk tahun baru 2014. Huhu... Tahun ni takde la happening sangat tapi ada la satu dua kejayaan yang berjaya dicapai. Chewah...Alhamdulillah tahun ni dapat promotion ke gred yang lebih tinggi. Dan Alhamdulillah tahun ni juga aku dikejutkan dengan berita unexpected pregnancy. Rezeki berganda-ganda.

          Biasa la kan, asal hujung tahun je, mula la start plan azam tahun baru. Antara azam-azam itu ialah :

1. Solat sebaik masuk waktu

2. Spend lebih masa untuk baca Al-Quran (sebelum ni ada la kot baca Yassin seminggu sekali je... 
             Huhu jahil sungguh aku)

3. Nak cuba berjimat sehingga 30 %. Beli barang perlu je

4. Nak lebih masak kat rumah (cuba dulu je sebab bila pregnant, asal petang je mula la lembik)

5. Nak disiplinkan tak nak sentuh duit saving (mesti simpan 10% from gaji untuk saving dan tak nak usik duit tu)

6. Tak mo guna credit card lagi (ada lagi 2 hari ni sebelum 2014 nak tenyeh cukup cukup). Nak settlekan hutang credit card dan nak potong terus bila dah settle. Target hujung tahun depan dah clear semua hutang credit card)

7. Tak mo shopping sangat. Cukup apa yang ada kot... Ni yang paling crucial

8. Nak lebihkan masa berkualiti untuk Sofia. Kesian sejak ada adik macam terabai sikit

          Banyak azam baru aku melibatkan pengurusan kewangan je. Aku ni boros sikit. Ya Allah. Serius la aku nak sangat buang penyakit aku ni. Insaf sekarang semua benda mahal. Tahun 2015 Sofia dah masuk darjah satu. Banyak tu nak dibelanjakan so kena start restucture balik perbelanjaan aku skang ni. Orang kata ukur baju di badan sendiri la kan...

          Kalau dulu dok hadap Secret Recipe seminggu 2 kali , pas ni maybe 2 minggu sekali je la p Secret Recipe. Kereta pun tak leh nak gerak 2 biji serentak. Pasni husband kena ler bangun lebih awal ya. Tak larat aku nak isi minyak kancil tu. Baru kancil, camno nak naik Lancer GT eh?

          Sebenarnya banyak benda la nak restructure balik. Aku harap aku mampu je la nak buat8 perkara yang aku tulis tu. Huhu. Istiqamah Maz...Istiqamah

Tuesday 24 December 2013

MENGAPA MARAH-MARAH NI…?




Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan kekeluargaan lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati apabila kita menjadi seorang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Bertenang itu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.

Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Bila anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalau ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan anda, tak ada siapa yang akan suka membantu anda untuk jadi orang berjaya. 

Elakkan sikap marah dan kitalah yang mengawal diri kita sendiri. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Be Nice, Be Cool, Be Happy…Everyday! Forever!


copypaste from fb Datuk Dr Maznah Hamid

Monday 23 December 2013

Home Birth?

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=775291&extra=page%3D1&page=1

          Sebenarnya dah lama aku dok pikir pasal isu ni. Bukan la aku opt untuk homebirth ni. Ish...Abang and kakak ipar aku doktor laki bini pun kakak aku bersalin kat hospital. Aku sebenarnya faham niat orang nak homebirth tu. Tapi aku tak faham macam mana dia boleh nak homebirth tanpa adanya orang yang berkelayakan dalam bidang perubatan,

          Sebelum ni aku ingat doula ni taraf bidan kampung, so no worries sangat la kan. Sedangkan hubby pun mil bersalin kat rumah je. Tapi bidan kampung hokey, penuh ilmu kat dada.

          Doula ni doula (/ˈdlə/, also known as a labour coach[1] and originating from the Ancient Greek word δούλη meaning female slave[2]), is a nonmedical person who assists a woman before, during, or after childbirth, as well as her partner and/or family, by providing physical assistance, and emotional suppor (ni copypaste wikipedia). 

          Berani juga sapa-sapa yang decide untuk homebirth ni tanpa kehadiran orang yang berkelayakan. Sedangkan aku kat hospital tu penuh doktor pun aku takut tau. Memang betul kematian tu tidak dapat dielakkan kalau dah masanya, tapi kita sebagai insan, kita pilihla jalan lain yang ada. Tak kan la sebab kematian tu tak dapat dielakkan, kita terus je nak berserah sikit pun takde usaha nak selamatkan diri kita.

          Betul...bersalin kat mana-mana pun ada risiko, Kat hospital pun ada orang meninggal sebab bersalin, tapi aku tak faham kenapa kita nak bayar RM500-600 just untuk khidmat orang yang hanya assist daripada segi sokongan moral. Haish... Kita tak terfikir ke eh, masa nak bersalin tu, baby dah lemas ke...tertelan najis ke...Ya Allah, aku yang bersalin kat hospital tu pun risau je...

          Kes ni melibatkan pertanyaan adik kepada si arwah kepada fb group Gentle Birth ni kenapa selepas bersalin, uri dipotong dan dilepaskan begitu saja sedangkan arwah kakaknya pernah bgtau dia uri tak akan dipotong selepas melahirkan anak. Macam mana eh? Aku tak faham dan tak dapat nak membayangkan apa yang berlaku. Tapi jawapan si doula ni, memang a bit menyakitkan plak aku rasa.

          Aku tak against homebirth ya. Bagi aku sangat bagus jika kita boleh melahirkan anak tanpa intervention of drugs, epidural, episiotomy. Aku pun nak tapi aku tak sanggup ler nak homebirth tanpa doktor, nurse/bidan bagai. Kalau dah ada RM600 tu, apa kita simpan sikit lagi pergi bersalin kat private ke...minta untuk gentlebirth. Insya Allah diaorang akan support. 

          Dr Harlina pun waterbirth tapi kat hospital kan...Tu doktor laki bini tu...


           

Sunday 22 December 2013

Alhamdulillah


          Patutla sejak 2-3 minggu ni, aku asyik nak mengunyah je. Ingatkan stress sangat. Rupa-rupanya :



          Alhamdulillah. Patut la aku punya selera makan macam mak jin. Berdua rupanya aku ni. Syukur sangat-sangat. So, postpone lagi la hajat nak beli kereta tahun depan. Ada tanggungjawab lagi besar untuk aku dan hubby jalankan.

          Risau sikit kali ni sebab aku rasa macam dekat je dengan kehamilan yang lepas. Huhu. Mudah-mudahan kehamilan kali ni takde masalah macam yang lepas. Doakan aku ya...

Friday 20 December 2013

Tutup buku

          Lepas berdiskusi dengan my partner in crime, kitaorang decide untuk melupakan kes semalam. Sebabnya, kitaorang rasa, kalau orang yang memegang amanah pun asyik memberi seribu alasan, so apa lagi kitaorang yang tidak ada apa-apa penglibatan kan...Aku rasa aku plak yang dok pikir kalau orang tu ditakdirkan meninggal dunia, tapi sah-sah la dia pun tak fikir sebab kalau dia fikir maybe dia rasa takut la kan...Simple

          So, daripada aku dok pikir dosa pahala orang, baiklah aku SHOPPING. Ni kat Habibi by Alkenali ada sale up to 50%. Apa lagi meh la kita jengah fb dia...


Gasak lah

Thursday 19 December 2013

Payah berbahasa dengan orang yang tak boleh ditegur langsung

          Korang pernah tak alami situasi di mana korang berhadapan dengan orang yang asyik dia je nak menang? Rasa-rasa semua orang pernah kan...Apa perasan korang?

1. Takde perasaan
2. Geram...bengang...menyampah...
3. Rasa nak mengamuk

          Banyak kali juga aku berhadapan dengan orang macam ni. Aku sebenarnya tak faham kenapa ada orang yang sangat "besar kepala" sampai langsung tak boleh ditegur, apatah lagi dikritik. Aku rasa no one is perfect, dan kita selalunya tak nampak perangai buruk kita macam mana. Sebab tu kita perlukan seseorang atau kawan-kawan untuk mengingatkan kita.

          Tak payah tengok jauh-jauh la kan. Tengok aku ni je. Kadang-kadang aku rasa aku dah pakai sopan, tapi kang husband aku tegur la kata baju sendat la, tudung pendek la. So aku reflect balik la kan. Dan almost 90% husband aku betul bila dia tegur aku pasal pakaian ni. Jadi, aku nak mengamuk ke kerana benda yang betul? Of coz la aku tukar baju dan tudung lain kan.

          Kenapa nak ego sangat sampai orang tegur pun tak boleh terima? Kau tau tak aku ni risau kalau jadi apa-apa kat kau, apa hukum kau pegang duit orang sampai riban-riban dalam akaun kau tu? Tu maknanya aku concern la kan. Kalau aku tak concern, takdenya aku nak offer pinjamkan phone aku and kawan aku sampai la nak offer kereta bawa kau ke bank tu sebab kau berkira nak call dan kuar duit minyak. Ni lagi satu aku tak faham. Kau nak mengenakan orang lain sampai menyusahkan semua orang. Kau suka ke macam tu?

         Aku rasa la kan...Kalau aku pegang amanah orang, sikit pun aku takde nak bertangguh kalau ada jalan untuk aku buat. Tapi kau asyik bagi alasan tak nak call, tak nak drive, sibuk. Serius tak faham. Maaf cakap, kalau kau mati tetiba, harus la duit tu burn je kan sebab duit tu ada dalam akaun kau. Haish...aku tak faham la kenapa kau tak boleh fikir.

          Aku pernah terbaca dalam blog Green Apple dan aku setuju dengan penulisan Kak Diana pasal amal ibadat kita ni. Adakah amalan wajib kita tu menjamin kita ke syurga? Tapi benda-benda lain kita tak amik peduli? Contohnya, hubungan kita dengan manusia lain, pasal amanah yang dipertanggungjawab. Kenapa kita nak bagi macam-macam alasan?

          Padahal, bank tu bukan jauh sangat pun. Kuar time lunch hour, Insya Allah sebelum kul 3 dah boleh masuk kerja, nak plak kalau member aku yang bawa. Ya betul kau ada usaha juga nak pindahkan duit tu through internet banking (yang mana tak berjaya sebab tac number tu dihantar ke nombor lama kau), okla...Tapi sekarang ni kau sedar tak ada cara lain untuk kau pergi ke bank dan keluarkan duit tu? Dan kau tak payah susah-susah nak drive sebab ada orang sudi bawakan.

          Bila aku tegur sikit, terus tak cakap siap unfriend bagai. Ni yang aku rasa kelakar sangat sebab kau langsung tak boleh terima orang tegur kau. Lepas tu share something kat wall fb kau yang sebenarnya sangat refelect sangat diri kau. Contoh-jangan menyakiti hari orang lain, tapi sebenarnya kau yang selalu sakitkan hati orang lain. Kalau kau amik masa sikit keluarkan duit tu, kan kau dah boleh bergelak tawa di office tu. Ini kau buat keras kepala, lepas tu lari-lari plak.

          Ha...kan lega bila dah keluarkan semua. Tapi aku lagi tak faham kenapa aku plak yang concern lebih-lebih kalau jadi apa-apa kat kau sedangkan duit tu bukan dalam akaun aku? Haish...lagi tak faham.

Thursday 12 December 2013

Sabun Susu Beras dan Sabun Kayu Tanaka


          Dalam banyak-banyak benda, ni yang aku borong kat Perlis. Haha... Sebenarnya bukan niat nak memborong, tapi sebab murah aku pun macam orang gila beli. Sebenarnya, aku tertinggal pencuci muka kat rumah. Dah la jalan jauh-jauh, muka asyik la berlendir je so memang tak best kalau tak dapat cuci muka. Kebetulan kat Wang Kelian, aku jumpa sabun ni. 

          Aku pernah beli kat FB, memang best sebab aku rasa bersih je lepas guna sabun ni. Tapi kat FB tu beli macam rugi la sebab kena bayar kos pos lagi kan. So alang-alang dah jumpa tu, gigih juga la memilih. Rambang mata kot. Aku rasa macam nak amik setiap jenis je. Tapi duit tak berapa nak ada. Kan dah hujung-hujung gaji ni. Kang orang makan nasi, aku makan sabun plak.

          Sampai je kat rumah, mil and sil pun berminat so aku buka dan agih-agihkan la sorang sikit. Katanya sabun ni sesuai untuk menghilangkan jeragat. Sebab tu aku minat nak cuba. Walaupun aku takde masalah jerawat, tapi aku banyak jeragat la (sebab tu kena pakai sun block). Takpela aku nak try 6 bulan. Tengok kalau menjadi, aku nak bisness sabun ni plak. Bulan 6 tahun depan Insya Allah akan ke Perlis lagi coz adik ipar aku engage 6 bulan je.

          Tapi kalau takde kesan kat muka, aku wat sental badan je la. Elok juga nak hilangkan daki-daki dan hitam kat celah-celah pelipat tu.

Wednesday 11 December 2013

Pening!!!

          Aku rasa bila sampai masanya, aku kena juga buat solat hajat kot... Walaupun ni cerita 2-3 tahun lagi, tapi aku rasa tak salah buat persiapan awal. Chewah...Adui. Sebenarnya aku takde mood plus tak larat nak buat kerja sebab sampai dari Perlis semalam pukul 6.30 petang. Dah la sepanjang masa kat Perlis tu, tiap-tiap hari berjalan. Ye la dah nama berjalan-jalan kan.

          Cer tengok ni :





         Tak nampak apa-apa? Ok Takpe...Cer fokus kat star rating tu. Lancer 3.5 star rating, Inspira 4.0 star rating. Yeah...Go Inspira. Kan dah confuse. Hari tu lagi kan, masa aku call Mitsubishi dealer, aku ada tanya pasal model GLS. Tapi dealer tu cakap model GLS tu dah dihentikan pengeluaran sebab bagi Proton (aku rasa la dia cakap macam ni). Tu la yang ditukarkan jadi Inspira tu. Haish...Goyah aku

          Aku tak kisah sangat la pasal jenama kan. Janji kereta. Lagipun kereta ni beli mahal-mahal memang reason untuk bergaya je la kot. Sebab the moment kau bawa keluar kereta tu, harga dia dah jatuh 10 %. Lain la rumah beli mahal pun puas hati sebab satu, kita nak duduk situ. Lagi satu, kalau nasib kita baik, Insya Allah harga hartanah naik so tak rugi nak invest banyak untuk rumah. Melainkan kalau kau mampu, tak salah pun nak beli rumah mahal dan kereta mahal. Sukati la. Aku tak mampu :)

          Performance Inspira lagi better daripada Lancer GT. Harga dah sah-sah la berbeza kan. Dengan harga Lancer 2nd-hand, aku dah boleh beli Inspira baru. Husband cakap memang kereta yang sama je cuma brand je lain. Aku plak mati-mati dah jatuh cinta dengan Lancer ni sejak aku tengok tahun 2008 dulu. Kalau tak beli rumah, memang aku dah sambar Lancer ni kut.

          Ok. Aku bandingkan antara brand new Mitsubishi Lancer 2.0 GT  dengan brand New Inspira 2.0 CVT Premium. Katakan la aku bayar downpayment 10% dan buat loan selama 9 tahun, dengan dua-dua interest rate 2.5%, aku kena bayar RM 1280 / month untuk Lancer dan  RM 924 / month untuk Inspira. Kalau aku buat loan selama 9 tahun, aku dah save (RM356  x 12 x 9 = RM 38,448). Huhu...Mana la tau duit ni la aku nak buat pergi haji (Insya Allah).

          Tak ke pening? Maklumla Lancer adalah cinta pertama aku selain Muhammad Ihsan. Inspira pun kereta yang sama je. Berbaloi ke nak bayar extra RM38,448 untuk jenama? Dah la star rating Inspira lebih 0.5 star. Haish...Confuse den...

* Susah-susah aku pakai Kancil ni je la sampai barai...
         

       


Friday 6 December 2013

Permohonan Kemasukan ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (Walk In)






Salsabeela Muslimah Attire Y.E.S (3-9 DEC 2013)


         Sapa - sapa nak shopping pakaian muslimah boleh ke fb Salsabeela Muslimah Attire ya...




Photo: 7 DAYS YEAR END SALE
( 3-9 DEC 2013 )

SALE PRICE: RM123
NORMAL PRICE : RM189
ITEM NAME : AMEERA PRICESS DRESS
AVAILABLE COLOUR : IN THIS ALBUM ONLY

PM ORDER / ENQUIRY HERE
https://www.facebook.com/messages/salsabeela.muslimahattire

Photo: 7 DAYS YEAR END SALE
(3-9 DEC 2013)

SALE PRICE: RM100
NORMAL PRICE : RM125
ITEM NAME : DENIM PRINTED SKIRT
AVAILABLE COLOUR : IN THIS ALBUM ONLY
SIZE : FREE SIZE 

PM ORDER / ENQUIRY HERE
https://www.facebook.com/messages/salsabeela.muslimahattire

Photo: 7 DAYS YEAR END SALE
(3-9 DEC 2013)

SALE PRICE: RM126
NORMAL PRICE : RM179
ITEM NAME : SALSABEELA CARDIGAN ABAYA (cardigan only without inner)

PM ORDER / ENQUIRY HERE
https://www.facebook.com/messages/salsabeela.muslimahattire


Sukarelawan anak muda diperlukan!


          Hubungi no. talian yang tertera di poster untuk sebarang sumbangan yang ingin dihulurkan :

DIPLOMA & CERTIFICATE AWARDS - 2014 MALAYSIA PUBLIC POLYTECHNICS


http://www.kuokfoundation.com/study_dc_latest.html


KUOK FOUNDATION BHD
(9641-T)
DIPLOMA & CERTIFICATE AWARDS - 2014
MALAYSIA PUBLIC POLYTECHNICS

KUOK FOUNDATION BERHAD 
invites applications from students at Malaysia Public Polytechnics for the above awards.
 
Study grants of RM6,000 per annum each will be offered to successful candidates.
 
Requirements :
 
1) Applicants must be Malaysian Citizens.
2) Applicants must have -
at least 3 SPM / SPVM credits in any of the following subjects :
Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Science or one subject relevant to the course
OR
an overall grade of at least 2.8 and above in their latest Polytechnic results.
3) Kuok Foundation Awards are for needy students only.
4) Applicants must not be in  receipt  of any scholarship such as JPA scholarship,  etc. at the time of application.
 
Application forms can be downloaded from here or obtained from :-
 
1)   Kuok Foundation Berhad (Malaysia Public Polytechnics)
      Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower
      No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
      OR
2)   The Student Affairs Department of the respective polytechnics.
 
Completed application forms must reach the Foundation or the Student Affairs Department of the respective Malaysia Polytechnics on or before 30 December 2013.  Late applications will not be considered.

Only shortlisted candidates will be notified for interview.  Interviews will be conducted in  March  2014 at the office of Kuok Foundation, Kuala Lumpur. 

Permohonan Kemasukan Ke Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional UTHM



http://www.uthm.edu.my/v2/

Thursday 5 December 2013

Mudahkan kerja orang, Insya Allah kerja kita dipermudahkan Part 11

          Adui. Minggu ni adalah minggu yang sangat menesenkan aku dan kawan-kawan yang lain sebagai penasihat akademik (p.a) or should I say personal assistant? Best betul la jadi student politeknik ni. Semua lecturer yang settlekan. Ni la jadinya kalau masing-masing nak naikkan imej sendiri je. Ye la...Tak gelabah ke masing-masing nak jadikan politeknik masing-masing as world class kononnya. Tapi mentaliti student ke laut.

          Bagi aku sistem SPMP ni dah memudahkan urusan pendaftaran, tapi disebabkan terlalu banyak budi bicara yang diberikan, terus sistem jadi fail. Kalau dah kata pendaftaran tamat sekian-sekian tarikh, boleh tak block terus sistem biar budak tak boleh daftar. Ha...nampak macam kejam kan, tapi try buat gini satu sem. Confirm sem depan student tak berani nak melambat-melambat.

          Student pula, memang besar kepala sebab diaorang tau buat macam mana pun, diaorang akan menang punya. Memang takde pengajaran la untuk budak-budak ni. Sebab tu makin ramai budak-budak yang teruk dalam sistem. Ish...aku rasa minggu ni blood preassure naik ni. Belum lagi masuk part nak mengamuk dengan kawan-kawan sendiri yang berkira tak hengat.

          Ok, memang la nak marah budak-budak ni kan, tapi ada la certain part aku terpaksa bersetuju dengan budak-budak ni. Contohnya, anak p.a aku ni dah sem 4, tapi ada subjek sem 2 tak amik lagi. Walaupun ada 3 kelas, tapi dia boleh masuk 1 kelas je. Yang lagi 2 tu clash dengan subjek lain. Boleh la pula pensyarah tu reject sebab dia tak nak budak-budak yang menumpang.

          Ok, aku nak marah sebab budak tu dah sem 4 ok... Apa salahnya kau terima dia sebab tu subjek sem 2, kesian la kat dia kan...Lain la kalau subjek sem 5, itu memang patut la kau reject sebab budak tu ada peluang lagi nak amik. By time dia sem 5, memang subjek tu akan disediakan pun dalam jadual dia. Walaupun student aku tu boleh lagi amik sem depan, tapi sem depan tu tak tau lagi jadual dia macam mana. Clash lagi ke...apa ke...hadoi...

          Ok...sebab tensen, aku nak g makan jap...

       

Tuesday 3 December 2013

Semanis Namanya








          Adoi...Berhantu betul la dengan "gula" yang satu ni. Sejak minggu lepas, hari-hari kerja aku buka tutup website http://www.sugarscarf.com/. Asyik la memilih shawl, in the end, tak beli pun. Orang kata cuci mata. Jadila kan. Teruk betul penyakit aku ni. Orang lain tensen banyakkan membaca Al-Quran. Aku tensen mesti nafsu makan semakin menjadi-jadi. Satu lagi, ni la asyik nak membeli je.

         Aku ada penyakit kalau nak beli tudung, aku mesti tengok model dia. Kalau model dia cun, sure aku gigih nak beli. Imagine kalau semua orang macam aku, kalau la aku producekan shawl sendiri dan modelkan shawl tu sendiri, ada harapan 1st week dah bungkus company aku.

          Butik Sugarscarf ni pun kat Seksyen 7, Shah Alam. Tapi aku lebih banyak membeli on9 dengan Sugarscarf ni. Ada la 3-4 kali je kot aku g kedai ni. Rambang mata kot. Kalau pergi, ada harapan hujung bulan tu aku makan Maggi kot.

          Kalau korang (err...sapa baca eh) ke butik Sugarscarf ni, try dia punya Syria Maysa, Shawl Jazreen dengan Shawl Thara dia. Aku yang tak reti nak lilit shawl ni pun tetiba gigih nak membeli sebab corak-corak dia terlampau sweet. Imposibble to reject. Bila dah beli, harus la belajar kan. Tapi takde masalah pun sebab staf kat sana akan bantu kita kalau kita minta diaorang bantu. Ala...kat youtube pun banyak kan tutorial cara nak lilit shawl.

          Oh ye...Aku cadangkan kalau nak pakai shawl, pakai dengan inner neck from Habibi by Alkenali. Insya Allah mudah terbentuk


Ni shawl Jazreen. Fokus pada shawl bukan model

       


Monday 2 December 2013

Oh! My English

Ok...Nak share something kat sini mengenai perbezaan antara beloved dengan lovely. Kadang-kadang kita nak cakap kita sayang adik ke...suami ke...bff ke...tapi kita tersilap guna perkataan.
Seingat aku la, orang yang tegur aku pasal benda ni adalah Cikgu Aisyah, cikgu english kesayangan kitaorang (if masa tu ada Mr. Middleton, maybe aku bukan takat sayang lagi dah tahap chenta kot). If kita nak cakap orang yang disayangi, kita kena guna perkataan beloved. Lovely tu kita guna untuk ganti perkataan cantik/comel
Contoh :
1. There is my beloved teacher
      Itulah cikgu kesayangan saya
2. There is my lovely teacher
     Itulah cikgu saya yang cantik
*boleh audition Oh! My English musim ke-24 tak?

Mudahkan kerja orang, Insya Allah kerja kita dipermudahkan





*p/s - jangan berkira keje sangat deh..




Sunday 1 December 2013

Fareeda...Nyata Jelita (inside and outside)

          Sejak kecoh isu ubat nyamuk-fareeda, aku dah slow beli on9. Takut pecah rekod bersih aku tak pernah ditipu untuk on9 shopping. Daripada barang murah sampailah IPad3, aku beli on9. Alhamdulillah ada rezeki aku terima barang-barang tu.

          Lagi satu, rasa macam dah tak berapa nak minat beli Fareeda sejak ada isu perang jenama ni dengan jenama-jenama lain. Ntahla...nak komen lebih-lebih, takut die hard Fareeda fan serang aku plak (macam la ada yang baca blog aku kan). Tapi aku punya personal opinion sebagai pengguna, biarla hal ni diselesaikan oleh pihak Fareeda sendiri. Kata dah dipatternkan, so pandai la Fareeda nak buat kerja kan. Tapi aku rimas tengok fanatik-fanatik Fareeda ni asyik up status pasal jenama tiruan kat wall sesetengah group. Lagi rimas tengok komen berlagak something like "kalau tak mampu, tak payah beli Fareeda" atau "biarla orang yang tak mampu pun teringin nak pakai fareeda". Adoi...tudung je kot.

          Aku rasa Fareeda punya tagline "Nyata Jelita" tu...sepatutnya orang yang pakai tu kalau tak sejelita Rozita Che Wan (tetiba Che Ta), biarla jelita daripada dalam. Bersangka baik la kan. Tak perlu komen-komen yang pada pendapat aku seolah-olah memandang rendah pada orang lain yang jual dan pakai fake Fareeda. Bila time Fareeda, bukan main lagi kan nak back up, tapi bila sendiri pakai fake Coach, LV, Gucci, Chanel, pandai senyap pula. Belum lagi masuk baju anak jenama Gap, Laura Ashley tapi Padang Besar mari...Or jam Guess gred AAA... ( eh, macam mana aku tau?) 

          Aku rasa hilang keanggunan seorang wanita bila keluarkan komen-komen macam ni. Itu aku sebagai pengguna Fareeda sendiri rasa. Agaknya kalau orang yang tak pakai Fareeda, mesti lagi menyampah kot tengok komen-komen ni macamkan dia je la yang mampu beli. Bagi aku, kita pakai sesuatu jenama tu untuk kepuasan diri. Kalau kita mampu pakai yang original, sepatutnya kita bersyukur Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk merasa membeli barang yang kita nak. Tak perlulah memandang rendah pada yang pakai fake. Sebab ada sesetengah orang tak kisah pasal jenama, tapi duit kat bank berkepuk-kepuk.

          Jenama lain pun aku pakai. Dan baru-baru ni, aku terpaksa beli aisya seindah ikatan cinta tu yang fake punya. Haha...Sebab aku dah kempunan nak pakai, tapi takde pun yang labuh 11.5-12. Aku kalau Fareeda, labuh 11 tu minta maaf la. Sure husband aku jeling pastu sound. So, untuk mengelakkan sakit hati kena sound tu, baik aku tak payah beli langsung.

*sebab yang ke-3 kurang pakai Fareeda skang adalah frust Fizo Omar kahwin dengan Mawar Fareeda ( ok...ni tak lawak)


          
          

Thursday 28 November 2013

Ini jiran saya - Dr Suriani binti Abu Bakar Unesco award a landmark in recognising women's contribution in science

Unesco award a landmark in recognising women's contribution in science

Unesco award a landmark in recognising women's contribution in science

ShareThis    
Sumitra Valiappan
KUALA LUMPUR: Science is the key to meeting the enormous challenges facing the world today. It has become crucial to solving our ecological, economic and humanitarian problems and our continued existence will depend on discovering new ways to preserve our planet’s fragile eco-systems. The myriad of problems is long and exhaustive, hence the urgent need for science to evolve and overcome them.

            There is much at stake and all resources must be available to the advancement of science. Women represent an important asset to the growing talent pool. Traditionally women, if they were encouraged to pursue an education, were rarely oriented towards science. Today, while it is still very much a male-dominated field, more women are stepping up to the challenge and righting the imbalance. Great strides have been made in recent decades, but it remains that fewer women than men go on to obtain doctorates in science and take up leading positions in laboratories, universities and research institutions. “It’s not easy but it isn’t impossible either. First and foremost, you have to have a very understanding family that will be your strongest pillar of support,” says Dr Chuah Lee Siang, senior lecturer, Physics Section at the School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia (USM), who is one of the 2013 National Fellows of the L’Oreal-Unesco For Women in Science.

             The L’Oreal-Unesco For Women in Science partnership was formed some 15 years ago to recognise and promote the role of women in science. Its programme reward helped to establish women scientists whose outstanding achievements have contributed to scientific knowledge benefiting society, and provided support to promising young women scientists with worthy and viable projects.

             The partnership between the giant beauty company and Unesco was formed to focus attention on the male and female imbalance in science, apart from providing recognition and support to women researchers. It strives to ensure that these same women are visible as role models to girls in their formative years as gender stereotypes are usually formed early in life. By giving science a female face, the L’Oreal-Unesco For Women in Science programmes attempt to inspire the younger generation of women to become tomorrow’s researchers.

             Closer to home, the programme kicked off in the country when L’Oreal Malaysia issued a call for applications. “We had an astounding 68 participants this year, compared to fewer than 10 the year before and we are glad that the number of nominations this year surpassed our expectations,” says Loh when asked about the response to such a programme in Malaysia. “It is something that L’Oreal has been doing for eight years now and is set to get bigger from now on,” she adds.

             Chuah, who was one of the recipients, was picked for her research in nanotechnology to further increase the efficiency of LED lighting by increasing the life span of the lighting device without compromising its brightness. “This will contribute to solving global energy and environmental issues,” says Chuah, adding that the monies received will go towards paying for research items that she will need soon. She also hopes that once her research is complete, the project can be turned into a business idea but warns that the cost of entry might be a little higher than usual as there are patent issues to deal with the university as well as materials that might not be easily accessible locally at the moment.

             As technology advances, so does the increase in energy consumption, which puts the earth at risk of global warming and climate changes. “For decades, scientists have been seeking to develop new and improved energy technology that will contribute to solving global environmental issues,” says Chuah. She has discovered that nanofabrication, a process of designing and creating devices smaller than 100 nanometres, opens doors to the development of new ways to capture, store and transfer energy. “Her findings will help to reduce the energy consumption in lighting devices and thus result in greater energy savings for a greener environment,” says Loh.

             From self-cleaning windows to super-energy-efficient lighting, nanotechnology is revolutionising the way we live. Due to the awareness that the world is fast running out of fossil fuels and other natural sources of energy, the need for finding green and efficient lighting sources has become more important. “With this discovery, people will be able to use lighting devices with lower energy consumption and a longer lifespan without compromising on the brightness of the light,” explains Chuah.

             Dr Ruslinda A Rahim, Deputy Dean at the Research Management and Innovation Centre and Senior Lecturer at the Institute of Nano Electronic Engineering, University Malaysia Perlis, also won the National Fellowship for her research in developing a hand-held electronic device for early detection of HIV-1. This will contribute to saving lives through early treatment of the disease. “HIV is the virus that causes AIDS and has become one of the world’s serious health and development challenges,” explains Ruslinda. “Millions of people have died of AIDS-related causes and cases have been reported in all regions of the world. Most people living with HIV have no or limited access to prevention, care and treatment,” says Ruslinda. “There is still no cure for AIDS but with this invention, I hope to at least be able to save lives by detecting it in its early stages so that appropriate treatment could be prescribed to the patient,” she adds. “It will be especially useful for women who are ‘working girls’,” she adds.

             Ruslinda echoes the sentiment that there is a misconception that science is meant for men. “It is a major problem in the scientific community when it comes to diversity, and as women in science it is our responsibility to change that. The L’Oreal For Women in Science programme is a stepping stone to achieving gender equality in science,” says Ruslinda. “Women scientists are now acknowledged for their scientific endeavours and will inspire more women to do science,” she adds.

             The third recipient of the 2013 National Fellow of the L’Oreal-Unesco For Women in Science is Dr Suriani Abu Bakar. The quiet mother of three who hails from Melaka is also the head and senior lecturer at the Department of Physics, Universiti Pendidikan Sultan Idris. She won the grant for her research to synthesise and characterise graphene through an electrochemical exfoliation method that can be used to form carbon coating for many future applications. Green nanotechnology can proactively influence the design of nanomaterials. “This will help mitigate environmental impacts where it might occur in the product chain, designing and using nanomaterials to treat or remediate existing environmental problems,” says Suriani.

             Her research in producing different forms of carbon such as graphene, carbon nanotubes, carbon nano or microscpheres will benefit mankind in many ways. The study is aimed at using common waste materials such as waste from cooking palm oil, engine oil and chicken fat to produce carbon nanotubes. “When successful, it will help reduce environmental impact through recycling and reduce production cost,” says Suriani. Carbon nanotubes are miniscule pipes of rolled-up carbon atoms that have amazing properties and can be potentially integrated into hundreds of different applications in the field of electronics, optics, material sciences, aeronautical engineering and architecture. “This expensive research will be a lot easier financially thanks to the grant that has been awarded by L’Oreal Malaysia,” she says.

For full story, go to www.focusmalaysia.my, which also targets other Malaysian businesses.

Sunday 24 November 2013

Kisah Aku dan Trench Coat Habibi by Alkenali


Sapa pernah tengok cerita ni angkat tangan? (macam la ada orang baca blog ni). Rasanya satu Malaysia pernah dilanda demam drama ni sekitar tahun 2002. Cerita ni la yang mula-mula meletup lalu mencetuskan fenomena K-POP hari ni.

Hari ni aku bukan nak cerita pasal drama Winter Sonata ni, tapi aku nak bercerita pasal trench coat. Drama ni la yang mula-mula buat aku jatuh hati dengan trench coat. Rasa sungguh stylo, tapi disebabkan beberapa faktor, memang aku hanya mampu memendam rasa je la kan... Antaranya :

1. Masa ni belajar lagi (nak makan pun kais pagi, kais petang, inikan nak beli coat)
2. Tiada niat untuk ke Korea atau negara 4 musim (nak ajak mak ke Genting dengan Cameron Hihgland pun asyik kena cantas je
3. Malaysia ni panas kot... Tak kan nak pakai coat ke kelas atau jalan-jalan

So, terpaksala aku pendamkan hajat di hati sehinggalah awal tahun 2013. Masa ni sibuk dengan fb tapi lebih kepada mengintai on9 store. Ngee... Suatu hari, aku terserempak dengan fb :


Terus jatuh cinta... Lawa-lawa sungguh koleksi dia. Habibi by Alkenali menggunakan material cotton dan cotton polyester yang sesuai digayakan dengan cuaca di Malaysia. Ni koleksi pertama aku.


Aku yang tengah tu. Aku pakai trench coat casual navy blue. Gambar tak jelas. Kalau kat fb dia, ni gambar sebenar


Lawa kan... Mula-mula nak beli, takut juga sebab takut panas. Maklumlah aku kan mengajar. Kelas pula takde aircond. So fikir banyak kali juga nak beli. Tapi sebab impian nak pakai trench coat tu tak pernah padam, aku nekad je la beli. Alhamdulillah, aku rasa trench coat ni memang selesa la. Kiranya boleh pakai ke kelas, dan kalau keluar lunch tu, takdela rasa panas berketak-ketak. Lagi satu, trench coat ni kain dia takdela tebal (sebab tu tak panas), tapi ia tidak menampakkan bentuk badan kita. So confident la nak berdepan dengan student kan. Sebab tu husband kata "ok" untuk jenama ni.



Mahal? Murah dan mahal tu rasanya subjektif kan. Kalau tengok design, cara jahitan, rasanya harga dia berpatutan. Kalau rasa mahal lagi, tunggu dia buat sale. Kadang-kadang sale up to 50%, so masa ni la nak kumpul buat koleksi kan... Aku pun kumpul masa dia buat jualan. Hasilnya : 


Cukup nak pakai pergi kelas kan... Yang bawah tu kita panggil as 3Q. Lebih kurang coat juga cuma lebih pendek. Aku pakai saiz M (tinggi 151cm berat 50kg). Habibi menyediakan saiz daripada S kepada 6XL (36-52). 

Butik Habibi by Alkenali ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Atau boleh ke website www.habibi.com.my. Selain Trench Coat dan 3Q, ada juga jubah, blouse, palazo, dan shawl. Staf-staf kat sini pun peramah. Kalau rasa blur, minta pandangan diaorang Insya Allah diaorang akan bantu. Takdela macam sesetengah butik tu kita tanya pun jawab macam nak tak nak je.

Insya Allah bonus tahun depan, akan ku jejak butik ni lagi...






Saturday 23 November 2013

SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YE CIK MAZ...


* entry copypaste from FB Zizan Razak

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah. Lelaki ni sangat suka melihat benda-benda cantik terutamanya wanita (kalau suka tengok lelaki jgk, ade problem la tuuu). Jadi, berhias la cantik-cantik untuk suami yang sememangnya berhak ke atas isteri. Jangan lak nak keluar kemain meletops melawa bagai tapi kat umah serabai. Malah lebih cantik dan kemas orang gaji yang duk kat dapur tu. Jadi, sentiasa la cantik tuk suami dan selalu maniskan muka, senyum seikhlasnya setiap kali pandang wajah suami. Mesti suami pon seronok dan bahagia...

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami. Yang ni pun lebih kurang gak macam point no 1 tu...walau ade masalah or selisih faham ke, jangan la tarik muka dan masam macam cuka...ce try klu nak merajuk pun, jangan la masam muka..tapi try gedik-gedik manja ngan suami...lelaki ni mmg xsuke pempuan gedik,tp mereka suka kalau isteri mereka sendiri gedik dengan mereka. contoh: "alaaaa...xmo kawan ngan abg...abg senyum2 pandang pempuan tu tadi...kiah cmburu tau..xsuke..xsuke..." tp gedik dengan suami je la...jangan duk gedik ngan lelaki lain..tuk minta penampo namenye..hehe 

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman. Isteri kena prihatian pada suami..jangan ingat tanggungjawab suami je yang kena prihatin dan bagi perhatian pada isteri. Isteri pun perlu ambil tahu..bertanya la tentang masalah suami ke..kalau nampak suami balik keje stress, tenangkan suami, urut2 n tanya masalah...ala...senang citer, pandai2 la layan suami... 

4. Menerima sekecil apa pun pemberian suami. Dan jangan sekali mengeluhkan atau memperlekehkannya. please babe...kalau suami bagi apa je pun, terima dan gembiralah...sekurang2nya suami ingat pd isteri..jangan pula demand sangat... "ish...ape ni abg? murahnye..." "abg beli kat mane ni? xcantik la..dah la nampak murah" "kasut ni je ke? jiran rumah sebelah suami dia beli kasut kat isteri dia lagi cantik n mahal...baru kelasss...setakat camni ketinggalan zaman, abg.." no no no no no...mohon yea gurl2 kat luar sana..mohon jangan macam ni..tak baik tau...terguris hati Encik suami?? ingat..syurga bawah tapak kaki suami...keredhaan suami pada isterinya... 

5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum dapat dia penuhi. Yang ni isteri itu sendiri kena faham...jangan suka meminta yang bukan-bukan diluar kemampuan suami...ingat..suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi...dan isteri bukan untuk disanjungi tapi untuk disayangi...

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami. Ni sama je macam mana adab kita bercakap dengan ibu bapa, macam tu jugaklah dengan suami..jangan tengking2...lembutkan suara...kalau masa kapel leh suara lembut manje2, gedik...xkan la bila dah kawin terus hilang manjanye dan tukar mod halilintar terus senah oiiii... *xpasal2 senah yg kena..haha

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi tak melanggar syarak. Maksudnya, wajib taat segala perintah dan larangan suami..kalau nak buat sesuatu perkara, minta izin suami dlu...tapi kena tengok juga la...selagi tak bertentangan dengan agama, memang kena taat dan ikut... 

8. Suka menemani suami di saat makan. suami sangat suka kalau isteri teman makan tau..caye tak? Kalau tak caya, mohon pi tanya suami masing2 sekarang...isteri ni, kalau boleh setiap kali suami nak makan, hidangkan lah....layan suami dimeja makan...mesti suami rsa bahgia dan rasa dihargai sangat2...kalau kita xnak makan dah pun, dah kenyang, diet or sebagainya, tetaplah berada di meja makan menemani suami makan...ingat..layan suami xsemestinya masa kat bilik tido je.... 

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami. Part ni kena beringat la...kadang2 kita xsedar perkara yang kita buat telah membuatkan suami berasa tidak selesa dan juga mungkin tahap "anti"...hoho...contohnya la kan...suami tak suka kita pakai baju blink2 sangat, jd kita jangan pakai la...mst ade sebabnye suami tak suke..kalau nak tahu sngt sebab, try la tnye suami...tp tu contoh je la k.... 

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana rata-rata seorang suami tidak menyukainya. Orang pempuan, biasa la kan..zaman bujang selalu habiskan waktu terluang dengan berjimba-jimba ngan member2...pergi window shopping (sebab stdent kn, tak de duit sangat)...pergi jalan2 time bosan...pendek kata, ikut suka nak pergi mana2 dan bila2 masa...tp bila dah berdua (bersuami), tabiat tu tak leh la diteruskan dengan sewenang2nye tanpa izin suami.... Orang lelaki ni tak ske isterinya keluar rumah tanpa izin....tapi kalau keluar dengan suami tu lain laaaa.....jd, ingat...sebelum keluar, tanya la suami dulu..minta izin...Kalau dia tak bagi, jangan la keluar...Duk rumah diam2... 

11. Suka menghibur hati suami ketika dia sedang bersedih. Menghibur ni tak semestinya menyanyi, berjoget dan seangkatan dengannya. Ia memberi makna yang luas...menghibur hati suami ni ade pelbagai cara..bercakap manja dan lembut dengan suami tu pun dah kira menghibur suami...manjakan suami ke...lelaki ni setegap mana pun mereka, cair bila dimanjakan tau... 

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya..,ni tak yah terang lebih2..korang sendiri boleh faham... ★★PERHATIAN[✔] => jom ke page Idea Kahwin

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...