Thursday 1 August 2013

Baju Raya

          Dah beli baju raya? Sapa belum angkat tangan!!! Aku belum. Dan aku tak beli dah kot rasanya sebab aku dah beli banyakkk pasang baju masa aku meroyan dulu. Kan aku ada baby 10 months...Pas pantang memang meroyan aku shopping baju. Ada dua sebab aku meroyan shopping ya :

1st : Aku jejalan kat Alamanda. Masa tu aku dukung baby Qai. Stoking dia jatuh. Aku pun tak perasan tapi tetiba aku dengar dari belakang "Mak cik, stoking baby jatuh". Aku tak tau nak senyum atau nak sergah je budak tu "mak cik kau panggil aku". Ye la kalau budak2 kecik aku paham la ni dah besar panjang maybe dalam tingkatan 3-4 lagi nak panggil aku makcik. Bila aku masuk toilet, yess konpom orang boleh panggil mak cik. Dengan baju gelebeh, tudung kemot2. Nasib la kan...

2ndBaju2 aku tak muat dan tudung2 aku yang berawning semua dah patah

          Tapi husband cakap ok la daripada betul-betul meroyan nanti aku jadi macam ni :


          So aku mula balik aktiviti shopping on9 aku. Dan masa browse fb, aku terjumpa dengan Salsabeela Muslimah Attire.  Giler cun2 baju dia sesuai untuk makcik2 macam aku. Aku pun tanpa buang masa terus order 2 pasang almaklumla cuti bergaji kan...Daripada 2 jadi 4 pastu jadi 8 tau2 aku dah ada lebih 10 collection SMA

          Ni collection 1st aku :


   Yang ni pun aku ada tapi warna lain




     Yang best collection SMA ni sebab kain lycra dia tebal. Memang la mahal sikit tapi tak sama dengan lycra kat pasaran. Lagi satu koleksi dia memang sesuai dengan wanita dan gadis muslimah (husband aku memang approve gila la koleksi ni). Dia ada saiz from SS, S, M, L dan XL. Pastikan korang pilih yang sesuai dengan badan. Aku senang je. Aku akan tengok bahu. Kalau bahu 15inch-15.5inch, memang sesuai dengan badan aku. Kalau kecik, maknanya akan kecik juga kat badan aku. Kalau besar, konpem gelebeh...Oh ye, aku pakai saiz M untuk koleksi ni.

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...