Sunday 4 August 2013

Kenapa eh.....

Aku confuse kenapa sesetengah orang semakin belajar tinggi, semakin berfikiran sempit. Ntahla...maybe orang kata aku pun macam tu. Tapi bukan aku kot. Aku takde masters macam kebanyakkan orang di sini. Konpem...Bukan aku.
    
     Like this doc to be. Kesengalan tahap cipan. Memang semua orang kat sini dah tahu perangai dia macam mana. Tapi semalam memang menduga kesabaran aku sungguh la. Sebelum ni takde isu resit pun dah bertahun kitaorang collect duit (tapi sebelum ni aku bukan bendahari). Time aku bendahari, ada aje la isu resit ni. Nak sangat pasni aku suggest korang la jadi bendahari. Korang tulis resit. Saja nak menambah kerja aku je.

     Ada pula yang tanya ada penyata tak...Ye, aku dapat tugas daripada orang memang tak pernah ada penyata sebelum ni. So kalau nak buat, aku pun tak tau nak start kat mana. Tapi yang syok, yang menanya tu, tak nak bayar pula untuk bulan2 yang dia cuti bersalin. Aku macam 'ni punya orang pun ada ke'. Serius dia pakai mazhab mana eh kalau kita cuti, kita tak kena bayar yuran bulanan? Bagi aku not fair sebab kata la bulan ke-empat tu (cuti bersalin 3 bulan kan) ada makan2, kau melantak sama macam orang lain. Tapi orang lain bayar je masa kau cuti tu.

     Itu satu la, this staf pula mengeluarkan pernyataan yang bagi aku sangat bodoh untuk seorang masters. Ingat tak isu blackout yang polis kena tumbuk tu. Mula2 akhbar cakap patah hidung. So paper esoknya, ada ler gambar polis tu cedera. Bila dia tengok gambar tu, dia boleh cakap "ala, ni sikit je belum patah hidung". Mujur la aku takde situ (kawan aku ada dan dia yang bagitau), kot tak aku nak cakap "akak, kalau husband akak kena tampar tapi tak berdarah, akak marah tak". Ye la tak kena kat somi ko, bleh la ko cakap kan...

     Sometimes  kita tidak berfikir dengan akal tapi dengan hati. Sebab tu kita menunjukkan ke"pandaian" kita (pesanan kepada diri sendiri juga)

Otak engineer konon...Hampas la sengsorang

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...