Friday 30 August 2013

Menyesalnya!!!


   Di saat ini, aku rasa menyesal sangat. Ya Allah maafkanlah kekhilafan aku. Dan pada suamiku,  papa...mama minta maaf. Menyesal sangat gaduh2 manja dalam whatssap. Pasal hadiah birthday pun nak gaduh apa da...

          Husband adalah someone yang sangat tak romantik. Dia tak pandai nak tunjuk dia sayang atau care pada aku. Tapi aku rasa dia sayang kot ( insyaallah) cuma dia tak tau nak tunjuk. Dia tak pandai2 nak beli hadiah ke apa ke sebab dia tak tau nak beli apa. So dia lebih suka tanya aku nak apa, dia bagi duit dan aku beli. Bagi aku, memang la tak romantik sebab aku lagi suka dia belikan. Dia jenis yang kena minta, kalau ada duit lebih, insyaallah dia akan carikan

         Actually tak kisah ler nak beli apa. Aku plak jenis yang bukan suka perabis duit husband sebab aku nak dia utamakan keperluan anak-anak. Contohnya, time raya aku akan make sure (read : paksa) dia belikan persalinan anak-anak. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bila dia tanya aku nak apa, aku jarang2 minta.

          Bila aku minta dia belikan gelang ala pandora tu, dia cakap dia dah belikan something. Aku pun confuse la kan. Terus aku whatssap "selalu papa kena minta baru bagi". Dia marah aku apahal plak ni...Aku pun dah kena marah tak puas hati la kan. Terus merajuk (see...benda kecik je). Malam tu masa nak tidokan Qai, aku dengar bunyi hp. Tapi sebab konon2 nak merajuk, aku tak angkat pun. Dalam hati macam gasak kau la...

         Esoknya masa nak bersiap g kerja, husband call sekali lagi. Bila dia cakap dia kat hospital, melompat la aku kan. Dan2 tu rasa menyesal sebab dia cakap dia call nak bgtau semalm tapi aku tak angkat. Husband kena batu karang. Kencing dia dah berdarah dan dalam badan ada kuman. Masa dia cakap tu, menggigil je aku tahan marah kat diri sendiri. Aku nak g Hospital Klang tu tapi dia suh g keje sebab dia cakap dia ok

          Kat ofis plak, aku jadi tak senang duduk. Kejap2 call dia tanya dah discharge lum. Bila dia cakap dia dah ada kat hotel tunggu nak checkout. Aku rasa lega sikit. Petang tu dia balik, aku salam dia. Nak minta maaf tapi aku tak tau nak cakap apa so aku salam cium tangan je la. Tapi dalam hati menyesal sangat

          Aku harap pasni aku tak buat perangai lagi. Sebab, aku takut katakan la malam tu sebenarnya dia call sebab nak minta maaf ke...let's say last call dan aku tak angkat, pastu esok pagi tu orang lain yang call bgtau apa2 jadi kat dia, mau sampai mati aku menyesal. I've learned something and I won't do it again...

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...