Tuesday 10 September 2013

2nd piece from Habibi by Alkenali

       


           Lawa kan? Alhamdulillah dapat juga beli 3Q from Habibi by Alkenali ni. Maybe rezeki aku la dapat pergi butik ni, tengok sendiri dan pegang sendiri apa yang aku nak beli. Sekembalinya aku dari rumah kes purse tertinggal, Mila yang baik hati tumpangkan aku dapat call from Kak Yat. Dia ajak teman dia g Jackel Shah Alam. Bila Mila tanya aku nak join tak, tak sempat pikir terus kata ya. Lagipun aku takde kelas. Mujur Siti take over handle students final project. Thanks Siti (macam la hang baca kan...)

          Aku dah lama nak g Habibi ni tapi biasala husband mesti cantas. Bukan dia tak suka aku beli baju cuma selepas aku giler shopping di alam maya ni, dia lagi sanggup masukkan duit je daripada bersesak2 nak g kedai. Kesian aku, tu la kan....semua benda nak beli on9. Padahal aku masuk butik Habibi tu tadi rileks je takde orang bersesak2 pun. Tengok butik macam tak percaya woo masuk majalah

Majalah Nona rasanya...
          Mujur husband sanggup nak tolong ambil Kak Long tadi. So lepas je amik barang2 kat Jackel, terus g butik. 1st time masuk Seksyen 7 Jalan Plumbum tu aku rasa meroyan je. Kalau boleh semua nak masuk apakan daya purse aku ada duit belanja dapur je husband bagi. Macam tak patut la kan husband suh beli barang dapur, aku p beli baju. So ter'swap' la juga kad kredit aku. Huhu mau 3 bulan aku posa mata sekali lagi ni.

          Kat Jackel pun boleh tahan meroyan sebab besar rupanya Jackel Shah Alam tu. Aku tak pernah sampai situ. Giler arr tengok kain langsir dia. Mula la meroyan langsir plak. Huhu tapi apakan daya aku dah janji ngan husband 7 tahun tak tukar langsir. Pakai je la yang buat masa mula2 masuk rumah. Ala...Langsir je pun. Sok2 ada duit lebih boleh la tukar satu rumah punya. Aku nak tempah kat Eliza plak sian mak aku je asyik kena tolong jahit daripada rumah kuarters sampai masuk rumah sendiri.

          Bosan giler malam ni. Husband lak ada keje kat Politeknik Tasik Gelugur. Baru aku tau kat Penang je ada 3 politeknik termasuk ler Politeknik Metro yang dia g ni...Huhu...Nasib la dapat kat ROKET

          Pasni nak sambau yang ni plak


No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...