Thursday 26 September 2013

Annoying things today

          Tadi pas kelas sempat keluar ke pos laju. Huhu...baju Lobelia Brown from thepoplook itu terpaksa di"let go" sebab ketat padaku. Husband sound apasal pakai baju ketat ni. Huhu...sentap terus let go. Mujur ada orang nak beli. Rugi sikit tapi takpe la kan...

          Dalam perjalanan, banyak betul perkara annoying yang aku alami. Tension aku

Annoying thing #1

Aku menyampah kalau kat stesen minyak, kat pam tu, orang selfish tak reti2 nak consider orang lain. Dah tau kau nak lelama, boleh tak kau isi minyak dulu, pastu parking la kat tempat lain, baru la kau nak g toilet ke...amik duit ke...Ni tak...boleh pula kau berlengah-lengah kat dalam Mesra tu

Annoying thing #2

Aku menyampah kalau orang tak nak jalan jauh2, ni kalau boleh nak parking depan gerai, pakai jerit je kut tingkap. Tadi kat tf, aku nak singgah beli goreng pisang. Mamat mana plak la boleh parking depan gerai tu, dah halang kuar masuk orang pula...Sudahnya kereta depan aku tak boleh masuk. Sekali ngan aku stuck. Apa la salah kau g parking dulu baru turun beli goreng pisang. Selfish betul la

Annoying thing #3

Aku menyampah geng2 bikers ni. Serius menyampah kalau atas highway tu, buat jalan macam dia punya. Dia plak harap orang bersimpati ngan dia. Alasan-bayar road tax gak. Tapi nak citer ni kat atas jalan. Dari jauh dah nampak kereta aku, tapi nak juga potong. Siap high-beam aku. Serius menyampah. Dua hari lepas, geng2 bikers ni selamba je langgar lampu merah. Pastu siap la ada yang berlagak marshall buat isyarat kat kitaorang suruh stop. Kepala abah kau. Kau bayar road-tax, boleh langgar lampu merah ke?

* hurm...entry hari ni really attract -ve energy la



No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...