Monday 2 September 2013

Batu Karang

          Husband kena penyakit ni masa g FIRA (Federation of International Robot-soccer Association) kat PSA minggu lepas. Tak sangka la kan. Aku tanya juga dia dok tahan2 kencing ke tapi dia cakap tak penah. So, aku pun try la google penyakit ni untuk rujukan sendiri.

          Credit to http://batukarang.tripod.com/

Penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal? 

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ? 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


          Mil call pagi Sabtu lepas dan bawa husband ke Melaka untuk berubat (kat Durian Tunggal rasanya). Aku ditinggalkan di rumah Mak Ngah kat Merlimau. Mil datang fetch kami anak beranak, singgah dengkil jap dan terus ke Merlimau. Subuh2 Ahad tu, diaorg bawa husband ke sana untuk berubat. 

          Buat masa ni husband tengah berpantang la. Dengan aku sekali pantang. Masa kat umah Mak Ngah, sempat ler berbual dengan Mak Tam. Mak tam tanya husband suka x minum teh o limau? OMG...Aku kan walaupun tak addicted tapi kadang2 minum juga ler kan. Menurut Mak Tam, teh tu bersifat alkali dan limau pula asidik. Kan ke masa sekolah kita penah belajar teori peneutralan :

          Asid + Alkali = Garam + Air

          So menurut Mak Tam, maybe la batu karang tu adalah hablur garam yang terbentuk hasil proses ni. Tetiba aku rasa logik sebab husband tunjukkan batu karang yang dikeluarkan tu (pak cik tu urut2 tau2 kat tangan dia ada 2 biji batu), memang tak tumpah macam hablur garam yang terbentuk masa aku wat test dalam lab chemistry masa sekolah dulu.

          Nanti nak tanya Abg. Chik aku. Buat masa ni, ban teh o limau kejap...

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...