Sunday 22 September 2013

CSR di Bukit Cerakah

          Selepas demam selama 3 hari, hari ni terus teruja nak g CSR ni. Ha...join program Kak Noor. sebenarnya program ni untuk student softskills kelas dia, tapi KJ cantas plak suh buat kat tempat lain. Padahal dah hantar surat permohonan nak buat aktiviti kat sana. Memandangkan nak menjaga nama baik politeknik, Kak Noor offer nak bawa budak2 kelab mesra alam sekali, aku pun apa lagi la pucuk dicita ulam mendatang.

          Tapi yang bestnya, aktiviti ni yang join adalah member2 sekepala je. Students ada la dalam  30 orang, pensyarah 7 orang.  Best la sebab senang kira dengan kawan2... Yang tak best, bas asyik kena cantas je. Dah dua kali permohonan bas Kak Noor kena cantas...Aku tau la yang jaga bus tu geng2 unit ni, tapi boleh tak kau jangan la nak tunjuk kroni sangat. Kalau dah orang lain tempah dulu, utamakan la kan...Ni tak, mentang2 kau jaga, member2 kau minta, senang je kau bagi. Yang kitaorang ni sampai chartered bas luar sebab nak pergi.

          Tapi, ada hikmahnya juga...Sebab pergi ni umpama jalan2 je...Sebab apa, sebab orang yang in-charge takde, so inilah hasilnya












          Selepas habis kutip sampah (haha), kitaorang masing2 menjakun masuk rumah 4 musim. CT buat lawak la plak, sebelum masuk umah 4 musim tu, dia check tiket. Tau2 ilang...Merayu jap kat adik yang jaga tiket tu. Mula2 dia suruh beli balik kat depan. Sangat giler....Jauh kot nak patah balik sebab nak beli tiket yang berharga RM3 je. Dahla umah dia tak besar mana pun. So menggunakan muka kesian masing2, alhamdulillah dapat juga CT masuk. Silap tak amik nama budak tu, kut tak, boleh tulis surat penghargaan untuk dia. Confirm naik pangkat tahun depan








          Nak g obersea tak tau bila, jadila dapat masuk sini. Selesai operasi kat Bukti Cerakah, kitaorang makan2 kat Seksyen 7, Shah Alam. Apa lagi




          Ngeh ngeh...Nampak tu, siap beg sorang satu. Aku tak beli pun. Tukar trench coat sebab depa salah pos warna...Huhu...Bila ntah nak sejuk sikit aku nak pakai trench coat. Ni musim panas tang tang...Nak beli drier pun terbantut dulu. Ish2 tak baik Maz...Patut kena bersyukur la musim panas. Cepat kering kain baju...

          Balik tu...terbonkang kepenatan sorang2. Whatssap pun aku dah tak layan. Tido lagi baek
            

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...