Wednesday 11 September 2013

Pinggan

          Dulu masa kecik2 aku tak paham kenapa mak aku suka beli set pinggan mangkuk tapi tak guna pun. Beli yang cantik2 pun mak aku wat display je. Makan still pakai pinggan biasa. Skang je baru ler mak aku berani guna set arcopal dia tu
   
          Kalau la mak aku macam aku, mesti skang umah kat kampung tu ada 5 cabinet display untuk set pinggan mangkuk ni. Apa susah duduk je depan computer boleh order je set2 pinggan ni. Pilih je nak vantage, correlle, akojaya, noritake...bla...bla...bank in duit pastu tunggu je la sampai depan rumah.

          Dulu masa aku nak pindah rumah, ada juga aku beli set pinggan mangkuk ni tapi cap biasa2 je la...glassware kot...Untuk 8 orang. Yang Mil aku bagi Arcopal satu set. Tak pakai pun Sudahnya yang guna macam semut je (sebab last week mengemas semut dah buat sarang kat celah2 pinggan). Satu hal plak nak kena kuar dan bersihkan...Nampaknya kena beli juga display cabinet. Sebab pinggan cap DAIA pun banyak juga kat rumah bolehla aku selit2 celah pinggan mahal kasi nampak banyak.

         Baru2 ni aku termasuk FB HandbagsCorelle DinnerwareUsa ... Mula2 niat nak survey Michael Kors, tapi aku ternampak la plak album pinggan Corelle ni. Adoi...Menggugat iman betul la. Dengan pinggan pun kalah teruk betul aku...Yang aku faham, tuan punya FB ni ada kat overseas, so konsep dia pre-order la...Kita order, dia ambil dan dia pos. Bukan ready stock...Yang bestnya dia leh wat installment 3 x bayar untuk 1 set pinggan (dalam RM385 all in).

Cherry Blossom

          Set ni untuk 4 orang rasanya. Ada 16 pcs...Huhu...Geram je kalau tak memikirkan dah main kutu emas nak juga aku amik wat installment ni...

          Hoh...Sejak kawin ni perangai pun dah macam mak aku dah...Giler pinggan.








Hanami




















          Tapi husband aku minat dia lain pulak :

shariffudinmahmood.blogspot.com -
          Aku kawin ngan orang lagi muda tapi minat dah menunjukkan ke arah antik. Eh...bukan antik, vantage baru ada kellass... Sanggup kitaorang punggah umah Mak Ngah kat Merlimau tu. Dapat la satu set pinggan bunga kangkung ni. Tapi kan memang nostalgia la pinggan ni. Tingat masa kecik2 aku suka tido rumah arwah atuk sebab aku ni cucu kesayangan nenek. Asal cuti sabtu ahad je, mula la nak g umah depa. Sebab mak2 sedara, pak2 sedara aku ramai so seronok plak beramai2 kat rumah tu.

          Pinggan bunga kangkung ni ada ramai peminat rupanya. Sebab masa aku buat open house 3 tahun lepas, ada member nampak kat umah, dia tanya beli kat mana. Husband plak ada jumpa satu kedai kat Behrang Stesen yang jual pinggan ni. Ha...tunggu rumah ada display cabinet baru beli set dia.

          Ada la memori makan guna pinggan ni. Tapi aku tak tak ke mana dah hilang semua ni. Bila aku tanya mak aku, dia cakap dia pun tak tau...Tapi kan. besar jasa pinggan ni sebab seingat aku, yang pecah2 pun Mak Ngah aku recycle wat ALAS UBAT NYAMUK.

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...