Friday 4 October 2013

Misteri kepala sakit

          Hari tu demam 24 hari. Dah baik demam pun, kepala masih sakit-sakit. Puas minum air cap badak dengan air masak sebab nak turunkan suhu dalam badan (sebab rasa-rasa kepala sakit sebab badan panas). Setengah jam sekali masuk toilet, tensen giler. Nak mengajar pun tak senang

          Tapi sebagai seorang CSI, aku ni dok analisis la juga kenapa kepala aku sakit kan. Sebab mula-mula doktor kata tekanan darah rendah, tapi tak kan la dah 2 minggu tak stabil lagi kot. Tapi asal kul 10am je, aku akan sakit-sakit kepala. Jenuh telan panadol ngan ponstant - ihsan kawan aku. Pastu aku perasan sejak akhir-akhir ni, aku sakit kepala pas aku minum ais. Sebab aku rasa gigi aku pun berdenyut-denyut. Rupa-rupanya, ni la penyebab sakit kepala aku ni :

 

          Aku tukar ubat gigi baru-baru ni, konon nak jadi macam Fazura la kan. Rupa-rupanya gigi aku tak tahan guna ubat-ubat gigi ni. Teori aku - ubat ni kuat sangat (maybe sebab dia nak bleech gigi kot). Yang aku sakit lepas minum ais tu betul la, sebab gigi aku jadi sensitif. Last time aku kena adalah masa aku gunakan Sensodyne. Ni salah sendiri sebab gigi tak sensitif tapi nak guna ubat gigi sensitif. Pengaruh iklan la ni.

          So, terungkailah misteri sakit kepala aku ni. Macam-macam teori sebelum ni. Jin gigit la, mengandung la...Hari ni aku tak minum ais, ok je tapi masih ngilu-ngilu. Tapi kepala dah tak sakit. Pasni stick to ubat gigi Colgate White je la. Tak berbaloi la nak sakit kepala sampai 2 minggu


Takpe la tak dapat jadi macam fazura pun. Huhu


No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...