Wednesday 2 October 2013

Perangai student-student hari ni

          Entry ini dibuat semasa student tengah jawab test. Sebab bosan punya pasal kan. Aku confuse bebudak ni masing2 termenung, toleh atas bawah, kiri kanan...Susah sangat ke soalan aku? Padahal 2 hari lepas aku dah bagi semua klu untuk test ni. Kursus teori je pun Occupational Safety & Health II. Atau adakah kerana student dapat klu, depa ni pakat study last minit, last2 tak ingat apa. Atau over confident?

          Aku perhatikan betapa untung jadi student politeknik ni. Memang macam anak burung lah. Pensyarah suap from a-z. Sebelum suap tu, pensyarah kunyah dulu supaya student terus telan je. Nota semua tak payah cari sendiri. Semua diberi... Berbeza dengan zaman aku belajar, pensyarah ajar, pastu pandai pandai la nak survive. Kalau kau rajin, kau pandai la nak cari kat library ke...atau tanya budak kelas lain. 

          Tugasan kebanyakkannya diberi mengenai topik yang tidak diajar dalam kelas. Tapi seingat aku la, tak pernah aku hantar tugasan cincai mancai. Mesti nak buat cover cun, dan 4-5 kali baca balik assignment tu takut ada typing error. Berbeza dengan budak skang. Jenis buat last minit, confirm la tak sempat baca balik kan. Pastu yang aku benci sekali, kalu mentranslate ayat from english to malay. Almaklumlah teknologi katanya-google translate. Sekali aku suh explain depan aku maksud ayat yg diaorang translate tu, ha pucat muka sengsorang

          Lagi satu jenis pemalas. Ni memang banyak la kat politeknik. Dah la assignment senang, lagi nak tiru kawan. Tiru ala-ala tak cerdik plak tu. Kut ye pun nak tiru, tukar la ayat sikit. Ni tak...jenis tiru sejibik from a-z. Aku kalau dengan spesies meniru ni, aku bahagi 2 je markahnya. Fair and square...Dah la assignment hantar lambat. Kalau aku kata hari ni, mesti ada yang sengaja nak menguji kesabaran aku hantar lewat 2-3 hari. Lagi best hantar seminggu lewat. Tapi aku senang je, aku tak terima. Lantak la korang fail ke apa ke....Sebab salah sendiri.

          Serius aku jarang nak bagi muka dengan student macam ni. Sebab aku rasa, kalau aku bagi muka, diaorang tak akan belajar sampai bila-bila. Nanti keje pun bawa perangai sama. Aku juga la yang malu kan, sebab tak pandai nak didik pelajar...

          Aku boleh terima student tak pandai yang nak belajar. Tapi aku tak boleh terima student tak pandai tapi berlagak pandai.

          

Sejibik ni

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...