Wednesday 6 November 2013

Bad mood....Serius

          

          Argh....Rasa nak menjerit sambil tarik-tarik rambut (sure esok dapat cuti tak payah diaudit...Yahoo. Keje punya la banyak. Dah tu tak sempat-sempat la semua nak buat minggu ni. Dah la pagi-pagi dah bad mood dengan husband. Aku ni kan takdela baik sangat, tapi satu kepantangan aku adalah kalau something yang ada benchmark tu, kita tak patuh. Contoh-punch card. Tak penah la punch kad aku merah. Hari ni aku punch 8.02 am. Terus bad mood satu badan

          Hangin aku dengan husband. Dah tau kuar lambat, aku ajak punch dulu, dia tak nak. Malas la...bahaya la... Memang rosak mood aku sehari ni. Dah la aku ni dalam tempoh observation, buat perangai plak. See...bertahun2 gred lama tak penah lambat. Hari ni teng....Lambat 02 minit.

          Pastu dengan nak audit esok, nak juga la buat pendaftaran latihan industri...Aku dah sampai tahap berserah je esok...Pasrah...Lantak la kan...Hari ni settle pendaftaran dan fail rekod pensyarah. Esok plan nak settlekan fail-fail penasihat akademik dengan markah latihan industri plak (sambil berdoa fail tak kena audit esok...kalau tetiba demam esok, macam bersyukur je)

          Masa daftar l.i pun satu hal la gak. Adui...Aku pelik la dengan perangai budak-budak politeknik ni. Ok ni aku listkan beberapa kesalahan untuk future reference aku :

          Datang lewat (besar eh pangkat diaorang ni, aku plak yang tertunggu-tunggu diaorang

          Dalam semua dokumen yang perlu ditunjukkan, ada satu borang iaitu my intership reflection. So supervisor diaorang kena sign and stamp. Tapi bebudak ni pun satu la. Apa salahnya semak dulu superor tu stamp atau tak. Kan dah jadi tak valid. Sesapa je boleh perakukan - pelajar ini sangat lah cemerlang. rugi kalau firma tak ambil bekerja (contoh perakuan). Sebab bila takde cop syarikat tu, aku boleh je nak cas budak-budak ni tenyeh sendiri.

          Ok, ni kira nak kata hot juga la kan. Ntah tak taula. Ok...Kan dah ada flow budak-budak ni kena bawa apa dan buat apa. Dah terang lagi jelas buku report latihan industri perlu hantar yang berjilid. Tapi bila aku semak checklist, masih ada budak-budak baru hantar binding la...Atau tak binding langsung. Tak ikut arahan sungguh. Tak paham arahan ke atau sengaja ingkar. (Tapi sebenarnya buat kerja last minit tu, macam la aku tak penah jadi student).

          Yang ni kelakar sebab melibatkan pensyarah plak. Aku pun tak faham la bila ada pensyarah yang kata laporan l.i kali ni takde format. Haha tu bukan apa, rasanya sebab dia check tak ikut format yang dinyatakan, pastu cuak sendiri sebab semua orang refer format. Ketua Program aku siap mengamuk lagi dengar dia jerkah student daripada bilik sebab tak ikut format. Dah kalau takde format, kenapa dalam borang rubrik ada markah untuk format???

          Ok...penat la hari ni. Hilang mood sehari. Ni nak kena mandi bunga ni buang -ve energy. Tapi shopping pun boleh ilangkan bad mood ye tak. Ngeh...ngeh...ngeh


          Tak beli pun...Just mengusya harga dan labuh kot-kot ada yang berkenan di mata

          


No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...