Tuesday 12 November 2013

Kenapa aku, kau dan dia bergaya...

          Lama sudah tak update dairi aku ni. Maklum la bz dengan kerja. Ni kira lapang sikit la sebab hampir separuh kerja dah settle. Tinggal lagi separuh pula.

1. Print, sampulkan, stampkan surat penempatan l.i
2. Buat soalan
3. Sambung shopping

          Tetiba gigih nak bercerita tentang penampilan. Haha...Bukan nak kata aku ni bergaya ya. Most of the time aku ni simple je. Tapi kalau pergi ofis tu, kena la bergaya sikit sebab kerja aku mengadap student.
Just bayangkan kalau tudung aku senget sebelah, baju lusuh, sandal je masuk kelas. Dah la aku jarang-jarang nak mekap. Mau la student makin tensen nak mengadap aku.

          Husband aku pun suka tengok aku pakai kemas, kalau boleh calit gincu sikit. Sebab dia pernah cakap muka aku pucat je. Tapi calit sikit je. Jangan la hover plak nanti student tak concentrate plak. Dan yang paling penting, bila aku bergaya, aku buat untuk AKU. Bukannya untuk orang lain, or senang cakap bukan nak menunjuk-nunjuk.

          Sikit tak pernah terlintas kot nak menunjuk-nunjuk. Apalah sangat kan. Kau je beria nak menunjuk macamkan orang lain tak mampu beli, padahal dia je tak nak beli. Bagi aku kalau dah ada pendapatan sendiri, takde istilah tak mampu beli yang ada cuma belum mampu. Atau citarasa yang berbeza-beza.Tapi kadang-kadang geram bila jadi mangsa sindir- menyindir ni :




          Memang jelas la kan insan yang di"bold"kan tu maksudkan aku dan kawan-kawan. Sebab kitaorang je yang gila jenama tu dua-tiga menjak ni. Aku sampai muhasabah diri balik la kan. Kot-kot aku ada canang-canang kat depan orang aku pakai brand tu ke...brand ni ke... Adakah aku seperti " hey you...hari ni I pakai baju butik sekian...sekian...mahal ni I beli". Or "hey...handbag I ni mahal tau". Serius tak pernah...

         Aku tak peduli la orang perasan or tak. Sebab tu kalau kita berniat nak bergaya ke...beli baju ke...mekap ke...nak tukar kereta ke...beli umah 40 biji ke.., biarla sebab diri sendiri. Jangan la sebab nak puaskan hati orang lain, atau nak berlagak. Serius tak cool kot kalau kau membazir semata-mata nak orang notis kehadiran kau. Maknanya kalau kau tak pakai branded, orang tak perasan...No. Just be yourself. Sekali lagi aku tekankan, aku memang suka beli baju. Kalau berkenan aku beli dan pakai. Bukan sebab ada niat aku "wau, kalau aku pakai ni sure diaorang jeles". Gila ah...Serius psiko kalau ada orang macam ni.

          Dan yang penting, aku tak minta duit sapa-sapa walaupun satu sen pun. Kat husband aku minta sekali-sekala je okeh...

2 comments:

  1. Haha...mgkn org tu rasa tercabar kot sbb ko slalu pakai baju baru..by the way,duit masing2..aku x minta duit ko..paling keji pn aku minta duit laki aku...tul x maz?huhu...

    ReplyDelete
  2. Haha...Ntah la. Masa aku susah dulu, bertahun-tahun tak beli baju dan tak berani nak minta duit husband, orang tak kisah plak. Agaknya orang lagi suka tengok kita susah daripada nampak kita senang. Macam la aku minta duit depa. Hihi...

    ReplyDelete

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...