Monday 8 December 2014

Kemaafan Dendam Yang Terindah

          Ni tajuk lagu kan. Lagu sapa eh rasa macam lagu Aisyah je. Tapi aku tak tau pun lirik lagu ni macam mana, dan maybe takde kena mengena pun entry ni dengan tajuk ni

          Pernah tak korang alami situasi di mana korang dah berbaik dengan orang yang buat hal dengan korang, tapi korang tak boleh nak maafkan dia dan korang selalu berdoa semoga Allah balas perbuatan diaorang ke atas korang? Kalau pernah, maknanya aku tak keseoranganlah kan.

          Selepas apa yang berlaku, walaupun aku dan insan-insan ni baik di depan, tapi demi Allah aku belum nak maafkan diaorang kerana mengadili aku seakan-akan aku yang bersalah, sedangkan orang yang bersalah tidak ditegur. Malah ada yang lebih suka kepada kehancuran aku daripada nak menasihati orang yang bagi aku punca kepada masalah ini. Malah setiap kali solat, aku berdoa semoga Allah balas segala perbuatan dan umpatan diorang kepada aku.

          Memang aku baik di hadapan mereka, dan aku takde memburukkan mereka kat belakang aku, tapi sumpah aku tak maafkan mereka. Maybe aku pun ada salah, cuma aku tak sangka segala kemesraan dulu cuma lakonan je. Di belakang aku, rupanya ramai yang pandang slack kat aku. Sombong? Tanyalah sedara mara aku, jiran terdekat aku, kawan-kawan aku macam mana aku ni sombong or peramah...

          Memang hidup lebih bahagia jika kita dapat maafkan kesalahan orang yang menganiyai kita, tapi aku memang tak rasa nak maafkan. Selama ni aku tak pernah cerita kat sapa-sapa (maybe kat kawan baik aku je kot), so orang tak percaya apa yang aku alami. Bagi orang-orang ni, akulah yang buruk. Akulah yang sombong. Allah je tahu apa yang aku alami dan rasa.

          Hidup ini singkat je. Aku memang tak nak fikir apa-apa dah selain nak gembirakan anak-anak, diri sendiri dan suami. So, siapa-siapa yang aniya aku secara sengaja atau tak, memang aku tak leh nak maafkan tapi aku takdelah sampai nak bomohkan korang plak (walaupun ada juga setan yang mandremkan aku dengan suami aku). Setan lah tu sebab setan je yang buat kerja-kerja gini.

          Sesungguhnya aku tahu hanya Allah yang tidak akan memungkiri janji-Nya...

         

My plans for this semester

          I'm back. With the new me (err...hopefully). Dah satu sem aku cuti so naik keje je dah macam-macam plan nak buat. Ok...buat tak but lain cerita, yang penting rancang dulu. So sem ni aku punya plan ialah :

1.     Siapkan modul Hidrology untuk di "ISBN" kan
2.     Program alumni JKA - ceramah motivasi
3.          Lawatan akademik - Jabatan Meteorologi, Cameron Highland    

          Tapi yang paling penting ialah nak siapkan FRP dulu sebelum canang apa-apa ya...

      

Thursday 4 December 2014

Suicidal (I am accidentally killed may paypal balance) on Didymos Wrap

          Aduh...Aku rasa aku lah manusia yang paling sengal sesengal-sengalnya dalam dunia ni. Padan muka sapa suruh time kursus kau dok sakan windows shopping...

          Aku kan...From Monday to Wednesday ada kursus Microsoft Project 2010. Payah juga rupanya nak belajar guna software ni. Disebabkan aku masuk pagi je, petang aku tak masuk, so banyak la benda aku missed. Jadi hari Rabu tu, aku dah macam ting tong so aku malas nak bersungguh-sungguh. Sejak kena racun group Malaysian Babywearers ni aku asyik stalk je mana-mana page yang jua woven wrap.

          So, terjah la satu website Slingomama ni. Sebenarnya aku dah lama usya Girasol Amitola Diamond Weave Purpura Romana, sekejap masuk cart, masuk paypal tapi aku takdela beli. Just nak tau berapa currency dia.

          Jeng...jeng...jeng...Semalam berlakulah kejadian ini :


Ni sasaran utama - Girasol Diamond Weave Purpura Romana

Ni sasaran yang tersasar Didymos Hot Pink Fishies Hemp




          
          Aku kan dah lama tak guna Paypal, so aku sangat-sangat lupa button Continue = Confirm Payment. Ha...Sekali kuar notis "Your payment has been processed" Cuak gila aku. RM5++ lebih tu. Huhu... Memang la aku nak beli wrap, ingatkan nak tunggu bonus ni. Tak sangka la aku nak "terbeli lebih awal". Huhu...



          Ni resit yang buat aku fengsan. Sabar-sabar nampaknya perkembangan bisness semakin mantap. Hihi...Harap-harap jadi la plan aku. Serius rasa nak menceburkan diri dalam bisnes ni, tapi aku kena timba ilmu sebanyak mungkin dulu. Racun la sangat teracun diri sendiri.

          Then, aku kan ada order Diva Milano Mei Tai. Tak sangka seller tu dah pos hari ni. Huhu...Dalam dilema nak let go or tak mei tai tu. Kalau let go, sayang tapi tak let go, mampus aku nak bayar credit card kot. Nampaknya kena start bisness lebih awal supaya dapat tanggung modal.

          Nanti aku snap gambar mei tai eh.  



Lagi...Tropika Beauty Untuk Bayi dan Kanak-Kanak









Berminat? Sms/whatssap Maz 0124359125

Harga tidak termasuk pos

COD area Proton City





Wednesday 3 December 2014

Tropika Beauty



          Alhamdulillah, diam tak diam dah banyak kali rupanya saya restock barang-barang Tropika Beauty ni. Walaupun banyak untuk kegunaan sendiri, tapi saya jual juga untuk kawan-kawan ofis. Teringin juga nak berjual di fb, tapi belum ada permintaan. Hihi...Takpelah target bukan nak untung tapi berkongsi kebaikan.

          Sapa-sapa yang kenal saya mesti tahu bahawa selain suka shopping on9, saya juga suka berkongsi kebaikan barang-barang yang saya beli. Contohnya bila saya beli Tropika Beauty dan guna sendiri, saya dapati produk ni bagus untuk anak-anak saya, so saya share la denga kawan-kawan.

          Ada juga yang pm saya bila saya up gambar produk ni kat fb, tapi lepas tu diam je maybe sebab harga kot. Yes, harga produk ni mahal sikit. Sebab produk ni hanya menggunakan bahan-bahan alami, dan bahan utama mestilah vco or minyak kelapa dara. Bagi saya tak mahal manalah kalau nak compare dengan Buds dan Sebamed (sapa-sapa yang ada baby dengan masalah kulit sensitif mesti familiar dengan produk ni. Ikutlah nak beli yang mana, tapi apa salahnya kita support produk orang kita kan..

          Produk Tropika Beauty ni memang target untuk sesapa yang ada masalah kulit seperti ekzema sebenarnya. Tapi if nak guna, make sure anak-anak anda bebas daripad G6PD tau. Saya pun tak tahu kenapa, tapi substokis saya yang inform macam tu, so ikut sajalah.

          If ada sapa-sapa dari Proton City, Tanjong Malim yang nak order, boleh sms/whatssap saya  Maz 012-4359125. Free delivery area sana ya...

          



Monday 1 December 2014

There she goes...

          Dia buat dah. Huhu...Bingit la telinga aku. Hari-hari cerita pasal tu je. Macam ler kau kurus sangat.

          Ok, aku bukan jeles. Sumpah tak jeles. Sebab apa? Sebab aku dah rasa semua tu. Serius sapa yang kenal aku from school, sure tau yang aku ni macam mana. Sebelum kawin, aku punya berat underweight ya. Sekarang aku dah capai berat ideal, alhamdulillah. Sebab tu aku dah tak heran tengok    orang-orang di sekeliling aku kurus.

          Tapi aku MENYAMPAH sangat bila orang tu terlalu obses dengan dengan target dia hari-hari sebut benda yang sama. SO ANNOYING k...Dan tak lawak bila kau asyik kata orang tu gemuk...orang ni gemuk...aku gemuk...Serius aku tengok kau pun bukan kurus sangat. 64 kilo kot aku baru 54 kilo. Itu pun nak kata aku gemuk. 

          Beb, it's time to reflect yourself k...

Friday 14 November 2014

Grow up..It's a buggy bug world

          Rimas mak...Sikit punya hal pun nak merajuk ke? Kita kan dah dewasa...dah ada anak memasing tak payah la nak sentap-sentap.

          Maybe lepas ni aku perlu jadi lone ranger supaya tiada pihak akan berkecil hati

Batik...batik...batik

          Aku kan...masa kecil-kecil suka sangat tengok mak aku bergaya. Bukan la bergaya macam mak datin tu. Mak aku ni dulu cikgu so kalau dah cikgu tu, mestilah pergi kerja bergaya kan. Suka la tengok koleksi baju dia...handbag dia...

          Paling aku suka adalah koleksi batik dia. Ha dulu batik murah je dlm RM90 pun dah dapat. Kalau pergi Kelantan, mak akan belikan kat aku dan adik. Walaupun beli yang biasa je, tapi masa tu harga pun bagi kami dah mahal la. Sian mak...Bila dah dapat, memang aku lenjan sehabisnya la. Aku ingat lagi batik yang aku dapat masa tingkatan 2, aku pakai sampai keje tau. Tapi aku dah buat spring cleaning la sebab dah koyak.

          Baru-baru ni (masa pantang), aku "ter"masuk satu kedai fb jual batik. Nama dia Batik Roshanizan. Lawa-lawa la batik dia. 2 pasang aku sambar. Then Kak Mie ni (tokei), dia ada juga buat kutu scheme. Aku join juga kutu dia belikan mak aku sepasang.



2 pasang ni aku buat installment. Tak ingat exact price tapi rasanya kalau yang takde batu macam RM238 dan add RM268 untuk yang berbatu. 


          Ni aku join kutu. Custom made ikut selera mak aku. Hihi...Mak aku demand sikit nak kaler soft-soft pastu nak bunga sikit. So aku custom ikut customer dia sebelum ni, cuma minta tukar kaler. Deposit kutu RM68 pastu bayar RM54 RM50 setiap bulan sebanyak 3 4 bulan. Turn aku bulan 10 hari tu. Macam ni aku tambah duit sebab teknik nak buat dia lain (lupa dah teknik apa)...

          Don't worry Kak Mie ni baik. Aku minta join group whatssap/telegram batik dia. So memang stok baru tu dapat la kat ahli group dulu. Sesapa nak join (cuci-cuci mata je, tak perlu beli pun) boleh minta dia masukkan dlm group dia. Ni no 010-5491500. Ni dia tengah cari ahli kutu nak start Jan 2015 so silalah menyerah diri.

p/s aku dah tarik diri sebab aku nak join group kutu untuk Tula Carrier kat Sushibee

Produk Baru Tropika Baby - Lactation Cookies



sms/whatssap 012-4359125
cod area Proton City & Tanjong Malim


Homemade Lactation Cookies (200g)

sms/whatssap 012-4359125
cod area Proton City & Tanjong Malim

          Ok... Ni adalah produk baru Tropika Baby iaitu Homemade Lactation Cookies. Serius bagi aku sangat sedap dan berkesan untuk menambahkan susu badan. Senang pula tu, makan macam biskut biasa. Kebanyakkan produk untuk menambahkan susu badan yang aku jumpa kau kena bancuh, so maknanya kau kena ada air panas dengan kau. Yang ni kau boleh terus kunyah jer. 

          Aku dah try yang dark chocolate punya. Bagi aku sedap la walaupun ada rasa halba (halba adalah salah satu bahan yang boleh menambahkan susu badan). Aku makan 5 pieces pagi dan 5 pieces malam. Dan disebabkan ada halba, aku minum air banyak sikit (halba ni kalau berpeluh, ada bau tau, so minum banyak sikit supaya kurang bau halba jika berpeluh.

          1 pek ni tahan la 3 hari. Harga bagi aku berpadanan (RM29.90 untuk 200g), sebab ni homemade ya. So kalau sesapa yang nak try untuk menambahkan susu badan, boleh ler cuba ni. Cuba je la kan. Insya Allah

Ekzema Starter Kit Baru



Ekzema Starter Kit (100 ml baby oil  & 100 ml bubblewash)
RM69.690 exclude post

sms/whatssap 012-4359125
cod Proton City & Tanjong Malim

Thursday 13 November 2014

New Obsession - Baby Carrier

          This is my new obsession at this moment. Baby carrier. Ngee...Aku kan dah ada Boba 3G yang aku beli masa nak bercuti ke Sabah tahun lepas. Tetiba ada la aku ternampak pic babywearing guna woven wrap. Walawei serius jatuh cinta...

          Korang ada baby or toddler? Or korang selalu pening-pening bila nak beli carrier? Ok boleh tengok guidance kat bawah ya :





          Setakat ni aku baru beli satu woven wrap from Jumpsac dan satu ring sling from Mamapatch. Aku rasa lebih senang nak pakai wrap daripada rs kot. Maybe nak kena study macam mana nak guna rs banyak-banyak dulu. Alah...Orang dulu-dulu dah start guna kain batik nak wrap kita baru start je. Tapi demand la plak tak nak guna kain batik, nak beli woven wrap.

          Sebenarnya banyak jenama woven wrap ni. Kalau Malaysia brand ada Jumpsac dan Daeisu. Kalau oversea lagi la banyak. Ada Didymos, Diva Milano, Ellaroo, Ellevil, Girasol, Kokadi, Lenny Lamb, Little Frog etc...Tak tertaip aku. Tapi bila nak beli, kena la ambil masa untuk study jenis wrap tu sebab ada yang 100%, ada yang 60% cotton and 40% bamboo, ada yang silk...Kena study betul-betul takut kang beli tak suka lak, harga satu-satu boleh la buat belanja aku kat ofis selama 1 bulan. Ada yang cecah riban. Pendek kata, pilih yang padan dengan poket.

          Ni aku list kot-kot la korg nak shopping wrap or ssc ye :

1.     Babypot

2.     Sling N Snuggle




6.     Fab Mom


          Maybe ada yang aku lupa kot, Insya Allah kalau teringat aku update eh. If korg nak discuss pasal babywearing ni, bole masuk group FB Malaysian Babyweares, tapi sentiasa baca dulu tnc ya. Masuk rumah org mana boleh main terjah je. Amik la masa study-study files dulu. Tak rugi pun tambah pengetahuan...

Ini carrier Ahmad Albab yang punya
          
          Ok ni Lenny Lamb punya ssc (soft structure carrier). Lawa kan. Baru order maybe lagi 2-3 weeks sampai kot. Dan ni aku buat payment plan dengan Baby Pot ( 2 x bayar). Hehe...Apa lagi sila terjah sana. Nanti dah sampai aku bagi review




Adakah kita berhak kritik fizikal seseorang....

          Tensen plak aku kat ofis ni. Tak habis-habis cerita gym...pandora...argh... Maybe bukan topik aku kot so aku takde la rasa mcm nak join.

          Aku kan...sebenarnya tengah bengang dengan sorang colleague aku. Ok, aku kan dah nak kerja minggu lepas. Biasa la perempuan kalau dah kahwin and pernah pregnant, tentu la bentuk badan pun dah berubah. Tambah plak aku tengah breastfeeding, so aku tak boleh la nak diet sangat macam korang kan...

          Colleague aku ni dengan selamba cakap aku "macam gemuk". Ok, maybe la betul apa yang dia cakap tu. Tapi sebab aku tak pernah mempertikaikan fizikal orang depan-depan orang tu, so aku rasa bengang juga orang boleh kata aku macam tu. Dan yang best, sebelum aku cuti bersalin, orang yang kata aku tu gila pergi gym, so dia perasan dia kurus la kot dok kondem aku gemuk bila aku habis cuti bersalin ni.

          Dia lupa kot masa aku anak dara macam dia, aku pernah pakai baju saiz xs ya...Tapi skang tak dapat la kot. Aku dah 3 kali mengandung dan 3 kali beranak...3 kali tempoh breastfeeding yang membuatkan aku terpaksa makan sebab nak menambahkan kualiti dan kuantiti susu. Boleh je aku nak control makan macam dia, dan gila-gila pergi gym untuk kurus, tapi aku kena dahulukan keperluan anak-anak. Kena jaga makan untuk cukupkan susu dan masa aku nak ke gym memang dah takdela kan...

          Aku sebenarnya menyampah la dengan orang yang bila dah berjaya tu, bajet good good plak. Dah kaya sibuk kondem orang miskin, dah naik pangkat sibuk kondem kuli, dah kurus dok kondem orang gemuk lak. Dia lupa kot aku masa anak dara, tak payah pergi gym pun nak kurus. Makan pun takde nak pantang-pantang macam dia.

          Tapi kan...aku teringat cikgu aku kata dulu. Biasanya orang yang kondem orang lain ni sebenarnya feeling insecure dengan diri dia sebab tu dia alihkan kelemahan dia pada orang lain. So bila aku pikir-pikir balik, sebenarnya dia tu takut tengok aku walaupun aku gemuk, tapi aku masih lebih kecil daripada dia. Hehe...

          Or aku sebenarnya lupa nak puji dia dah kurus kot???

Friday 7 November 2014

Meet The New Member - Nur Damia Aliyah



          Cak...Hai. Nama saya Nur Damia Aliyah binti Muhammad Ihsan. Orang panggil saya Aliyah tapi kakak adik panggil saya Ayah.

          Alhamdulillah tanggal 16/08/2014 yang lalu, aku telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.16kg di Hospital Seberang Jaya, Penang. Syukur sebab semuanya selamat. Kali ni pun postdate juga macam Qai. Kalau ikut tarikh buku, doktor suspek aku akan bersalin pada 13/08 tapi biasalah nama pun manusia kan...ada juga la silapnya. Kali ni pun aku ambil cuti awal 2 minggu. Memang lepak betul aku kat kampung. Puas la aku manja-manja dengan mak aku. Yang mak aku pun layan je la aku. Nak makan apa semua dapat. Teruk betul aku. Insya Allah kalau diberi kesempatan untuk jaga mak dan abah nanti, Ina akan jaga betul-betul.

          Orang kata lain anak, lain rezeki bersalin. Betul la so jangan takut nak bersalin kalau dulu-dulu rezeki kita tak baik masa bersalin. Huhu masa aku bersalinkan Qai, teruk wo kena seluk. Siyes serik tapi serik seorang ibu ni kejap je. Bila anak dah besar sikit, confirm gatal nak tambah anak. Haha...Sebab bau baby itu sangat best. Masam baby pun best. 

          Nak cerita sikit apa yang berlaku hari tu. Chewah...Aku kan mula-mula berdebar je tunggu nak lepas 13/08 tu, tapi bila baby tak kuar, aku dah sedikit tensen. Sebabnya aku ni nak bersalin kat Hospital Seberang Jaya. Kalau aku pergi rumah abang aku lebih awal, macam mana nak buat pemeriksaan perut kat KD Sg Bakau? Kan lepas postdate kena g check hari-hari. Kalau tak pergi, abah takut aku sakit malam-malam nak drive ke SJ tu agak jauh la. Punya la aku tak nak bersalin kat Hospital Daerah Parit Buntar. Sebab hospital ni tak dak pakar, so kalau apa-apa jadi  nanti, aku kena tendang gi Taiping plak. Kalau Taiping penuh so kena gi Ipoh plak. Gila menyusahkan family aku plak. 

          Pagi 15/08 tu, dah ada tanda lendir kuar tapi tak sakit lagi. Dok pikir lagi nak gi tak rumah abang aku or just nak stay kat umah je. Call hubby, hubby suruh pergi je rumah abang, kalau dah sakit baru pergi ke hospital. Rumah abang aku ngan Hospital Seberang Jaya tu dah tak jauh. Ngan Hospital Bkt Mertajam lagi la dekat. So angkut barang-barang semua pergi rumah abang. Sampai dalam pukul 1 petang kot. Hubby aku pulak call cakap nak balik sana. Aku dah cakap tak payah balik dulu, tunggu sampai aku sakit baru balik. Tapi dia nak balik juga so aku biar je la. Dalam kul 3 petang, aku dah start rasa sakit balik. Aku ni punya la tunggu sampai sejam sekali nak contraction tapi takde la plak.

          Dok umah abang aku lepak-lepak sampai hubby call dalam kul 7. Masa tu dia dah ada kat Hentian Bukit Merah. Dia suruh aku tunggu nak hantar aku ke spital. Aku macam alamak nak kena pergi juga ke...Huhu so kul 8.30 mlm lepas dia siap solat Isya, dia hantar aku ke hospital. Masa doktor buat VE, masa tu juga doktor interview aku. Rupanya baru buka 1 cm. Aku macam ish lambat lagi ni. Tapi sebab dah post date kan so aku kena tahan la.

          Bermalam la aku kat hospital sambil ditemani kakak-kakak yang dah bersalin. Tensen plak aku bukan sebab bising, tapi sebab dok pikir bila la aku nak bersalin. Contraction aku plak dah stop, tapi result ctg ok. Esoknya dalam kul 8 pagi, specialist buat round ward. Interview lebih kurang tapi bila dia tanya nak kitaorg buat ve ke aku terus say no need. Haha sakit kot buat ve lagipun aku belum lagi rasa contraction balik so tunggu-tunggu la kan. Tengah hari tu, akak-akak ni dah boleh balik. Tinggal la aku sorang terkulat-kulat.

          Dalam pukul 1 tu, aku dah rasa balik contraction. Pastu aku pikir nak tido kumpul tenaga dulu. Tapi kali ni dah start rasa sejam sekali so aku tido pun kejap-kejap je. kul 4 aku dah rasa sakit makin kuat, tapi pengalaman lalu mengajar aku tunggu sampai contraction 5 minit sekali baru bagitau nurse. Aku pun dok catat masa aku contraction. Daripada 30 minit sekali sampai 15 minit sekali. Masa ni dah berjalan ke sana- sini sebab sakit. Tetiba aku rasa macam ada kejutan elektrik kat perut aku. Aku rasa macam air ketuban aku dah pecah tapi tak de la terus turun. Aku pun jalan lagi tetiba aku rasa basah je. Masa ni hubby datang pun terkejut bila aku cakap air ketuban aku dah pecah.

         Lepas doktor check, rupanya dah buka 5 cm. Cepat je aku kena tolak masuk labour room. Masa ni dah pukul 7 kut. Masa dalam labour room tu, memang dalam hati aku banyak-banyak berdoa je supaya Allah ampunkan dosa-dosa aku dan permudahkan urusan aku. Tak sempat aku nak minta maaf kat suami aku sebab masa aku ditolak ke labour room tu, aku rasa macam cepat je sampai tak sempat nak pikir apa-apa.

          Mula-mula aku nak minta ubat tahan sakit tapi disebabkan bukaan dah 6 cm masa tu, doktor tak nak bagi sebab takut aku mamai masa nak teran. Mujurlah tak lama lepas tu, akhirnya doktor kata ok akak dah boleh push. Punya la blur aku pi tanya balik eh betul ke. Alhamdulillah sekali teran je keluar baby ni kul 9.06 minit malam. Yang tak leh blah tu, aku bersalin doktor praktikal sambut. Siap aku dengar nurse marah-marah masa nak keluarkan uri. Huhu jadi mangsa eksperimen pula aku ni.

          Dah kuar tu, rasa lega sangat-sangat, Tunggu la jahit pulak. Haish aku ingat tear tak banyak rupanya boleh tahan la maybe aku silap teknik kot. Bercinta juga la tunggu nurse jahit. Dah jahit, kena ve sekali lagi. Sakit la wei. Tapi syukur semua ok je so rehat sampai cukup 1 jam body contact dengan baby. Lepas nurse bersihkan baby, nurse yang lain dah siap-siap naikkan aku dalam stretcher bergerak tu. Tolak la aku keluar. Mata melilau cari hubby kat luar. Eh, dah siap salin baju rupanya. Agaknya masa aku masuk tu dia balik sekejap. Dah boleh agak aku tak kan bersalin cepat. Ni kira paling cepat la ni kut sebelum-sebelum ni, bercinta aku dalam labour room.

          Itula kisah pengalaman aku bersalin kali ni. Cemuih orang membacanya. Hopefully one day Aliyah jumpa la blog ni dan baca macam mana mama dia bersalin.


From kiri Kak Long, baby Aliyah dan Kak Adik

Baby dengan Kak Adik@Kak Ngah



Dah 3 puteri aku...Alhamdulillah. Semoga Allah terus mengurniakan kebahagiaan untuk aku, suami dan keluarga aku

        

Blog Yang Bersawang

          Lamanya tak update. Dan banyaknya la event dalam hidup yang tak sempat nak dimasukkan dalam blog ni. Takpelah Insya Allah lepas ni aku akan update blog ni hari-hari. Semangat nak mengkaryakan pengalaman aku dalam hidup aku...


Sunday 10 August 2014

Misi mencari corset terbaik 11

          Masih tercari-cari corset terbaik untuk dipakai semasa berpantang nanti
 Haish...ikut hati aku pejam mata je amik DX Elken tapi takut nak buat installment guna aeon credit. Nak guna cc pun, Bank Islam takde easy payment. Cash memang no no la kan...

           Ni ada beberapa jenama mampu milik yang juga dalam perhatian den :

Ivy6
Wacoal Magic X
Bio Energy Slimming Corset





         
          Banyak kali juga aku usya ivy6 tu. Macam best juga bila tengok kat kedai jamu yang aku selalu pergi tu. Tapi wacoal tu pun macam best juga. Tapi dah almost 1k. Bio energy tu 1.5k, tapi macam tak ramai pakai. Haish...

           Betul ke konsep far infrared dalam corset ni? Musykil juga macam mana fir dijanakan from the corset. Sbb tu aku berat nak ambil Elken or Wacoal coz depa ni awal2 lagi dah claim corset depa takde fir ni tapi dia akan shaping body kita... Macam bengkung tradisional la konsepnya.

          Susah2 aku maintain je bengkung Mak Dara tu. Elok lagi kot. Pakai dengan losyen susut Mak Dara. Panas sampai terbakar lemak kau. Actually agak berkesan untuk aku la

update on 4/12/2014 - the winner is Ivy 6

Saturday 9 August 2014

Misi mencari corset terbaik

          Bila dah nak masuk anak ke-3, baru la keinginan nak jaga badan datang. Sebelum ni malas nak jaga sebab kalau jaga badan, kena jaga makan. Nak jaga makan tu yang payah nak buat sebenarnya. Tapi tetiba datang hantu nak jaga badan plak kali ni.

          Dah sebulan aku dok survey corset yang terbaik untuk dipakai masa pantang. Makna terbaik bagi aku adalah berbaloi dengan harga. Kalau murah tapi tak berkesan pun tak guna juga kan. Dan aku tak kisah nak invest untuk corset harga riban2 tapi bila aku tengok badan seller....Haish, macam "apasal kau jual tapi badan kau pun bulat?". Camno tu? Kalau pic model je memang la kan...Model minah salleh yang dah sedia curvy kalau tak pakai corset pun,.

          Sebenarnya aku dok pertimbangkan 2 jenama iaitu Hai-O dan Elken. Dok survey internet je la. So kedua-duanya ada kelebihan masing2. Payah juga. Tapi kalau ikut keselesaan, rasanya testimoni Elken lebih menyakinkan kot. Tapi aku payah sikit nak percaya testimoni coz semua testimoni datang from seller yang pakai. Of coz la depa nak up produk masing2.

          Design Elken pun macam lagi lawa je (of coz la harga pun lebih noks)...

Premium Beautifull

Charms by Elysyle Elken


Christal Angels by Elysyle Elken

DX Verve by Elysyle Elken



          Tak tido mlm aku dok pk nak amik.mana walaupun hati berat nak ambil DX atau Charms. Huhu... Dan of coz ler mana2 aku amik pun, aku kena buat installment plan. Tak.sanggup aku nak keluarkan sedebuk RM2-3K. Rasa kalau nak spend cash sebanyak tu better beli barang2 kemas kot.

          Takpe. Buat masa skang pun aku tak dapat nak fitting juga so boleh la aku meluaskan pencarian. Ada juga beberapa jenama mampu milik yang aku dok tengok. Nanti aku sambung...Nak tido jap sementara semua orang tido ni.




Thursday 7 August 2014

Raya dah habis...Sedia utk lain pula

          Raya dah habis. Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku untuk menikmati Ramadan dan Syawal 2014. Tapi sebab aku pun tengah expecting new baby, so raya kali ni biasa2 je la.

          Macam biasa sistem penggiliran dilaksanakan so kali ni balik Nibong Tebal dulu. Raya ke-2 sampai ke-6 aku balik Kota Warisan. Plan asal nak raya KW dulu baru balik NT tapi hubby aku nak hantar aku balik pula so ikut boss la. Bukan aku yang drive pun.

          Kali ni raya pun takde baju. Hehe macam biasala. Bila aku bagi hint2 kat hubby, senang je dia cakap bukan raya pun. Ye la mentang2 la dah macam mak labu badan aku ni. So aku pakai maternity dress je raya ni. Jimat juga coz kos baju aku boleh disalurkan ke barang-barang baby.

          Barang2 baby pun aku takdela membeli sangat coz semua dah ada. Cuma beli baju2 je la. Nak recycle tak sampai hati plak coz baju Qai dah kotor-kotor. Dengan bertahi lalat, kesan susu... sian weh nak bagi kat baby. Tapi barang2 lain macam set tilam, memang aku recycle la.

          Excited nak bersalin coz aku memang nak sangat dakap2 baby dalam perut ni. 10 bulan kot bawa sure la rasa nak tengok muka dia, nak hug dia, nak kiss dia. Heee....Sangat excited. Hubby aku tengok macam takde perasaan je. Maybe sebab dah anak ke-3 so dia punya keterujaan dah takde. Macam aku still rasa coz aku yang mengandung.

          So sementara menanti masa ni, aku memang rehat je la kat kampung. Doakan aku selamat bersalin...

Friday 11 July 2014

Indeed...


Z2, Z1, Z1 Compact atau Z ultra

          Tensen aku...Samsung Galaxy S2 aku buat hal lagi la plak. Asyik hang je. Dah tu kadang2 tak keluar contact terus keluar nombor je. Dulu dah sekali aku repair sampai RM800. Kot ikut hati dah beli lain dah tapi disebabkan present from hubby, aku redha je la pejam mata kuar duit repair.

          Rasa-rasa dah sampai masa nak kena beli hp baru kot. S2 tu dah dekat 4 tahun rasanya. Huhu...Hubby bagi duit suruh aku beli masa dia kuar KWSP. Sebab tu aku sayang. Tapi dah sampai masa kena beli baru kot.

          Aku dok survey Sony Xperia ni. Rasa macam best je Sony skang. Lagipun aku dah bosan menyamsung dan tak minat dengan Apple. Tapi ada 4 model yang dalam perhatian aku.

          Calon-calonnya ialah :


Sony Xperia Z2 IP58/55 -Quad-core 2.3GHz [16GB] LTE 
Sony Xperia Z1 - Quad-Core 2.2GHz [16GB] {IP58} - C6903 LTE
Sony Xperia Z1 Compact D5503 IP55/IP58 -Quad Core 2.2GHz [16GB] LTE
Sony Xperia Z Ultra C6833 - Quad Core 2.2GHz [16GB] (IP55/IP58) LTE 

          Aku rasa macam nak amik Z Ultra tu tapi besar sangat la 6.4 inch dah nak sama tab aku. Nak ambik Z2 macam mahal sangat. So maybe nak amik Z1 atau Z1 Compact la kot. Tapi kena tunggu sampai hp ni betul2 kong dulu baru ada alasan nak beli hp baru kan...Skang selagi boleh aku lenjan je la dulu. Tengok la pas bersalin ke...Skang nak raya banyak gila nak pakai duit.

          

Thursday 10 July 2014

An outsider will always be an outsider

          Hurm...Ni pendapat aku la kan pasal satu kisah yg aku baca kat forum. Tapi lupa nak tepek link. Nantilah kalau jumpa aku tepek balik. Lebih kurang mcm ni lah kisahnya :

          Kalau kita ada masalah rumahtangga, org yg patut kita rujuk mestilah mak ayah kita dan pil kita kan. Sbb kata org, org2 tua lebih banyak makan garam. Tapi adakah sbb depa lebih banyak makan garam, semua nasihat atau perbuatan depa adalah betul? Aku faham kekecewaan seorang menantu yg mengharapkan seorang mil menasihati anak lelakinya (si suami) untuk berubah, tapi mil ambil pendekatan tak nak masuk campur dengan alasan tak mahu anak dia jadi anak derhaka (sebab anak dah ckp jangan masuk campur urusan rumahtangga dia). Siap nasihatkan menantu untuk minta fasakh kalau dah tak tahan. Padahal anak dia yang nak ceraikan isteri pada mulanya sebab dah tak bahagia.

          Rasa2 mcm tak patut la seseorang yang boleh diharapkan untuk membetulkan anak ambil pendekatan macam tu kan. Adakah sebab perkara ni terjadi bukan pada anak perempuan sendiri, kita tak nak bantu menantu kita? Kalau Allah uji pada anak kita, agak-agak sakit tak hati kita kalau anak kita mengadu suami layan macam orang gaji? Dah la suami tak ambil peduli pasal susah and sakit isteri, isteri plak asyik kena marah je kalau buat silap sikit pun. Suami tak suka layan isteri baik2. Suami sendiri tidak berusaha nak membahagiakan keluarga sebab banyak lepas tangan lepas tu sibuk cakap tak bahagia dengan isteri. Agak2 boleh sabar ke kalau jadi kat anak perempuan kita?

          Sebab tu aku rasa an outsider will always be an outsider. Betul dalam Islam kita kena anggap keluarga mertua macam keluarga kita, tapi boleh ke? If aku dlm situasi si isteri tadi, aku rasa aku tak dapat nak maafkan mil aku. Sbb sure aku mengharapkan pertolongan dia sbb dia mak suami so dia je la harapan aku nak menegur suami. Tapi kalau dia pun tak nak masuk campur, aku rasa macam dia tak kisah la anak dia layan aku macam mana pun.

          Betul juga la kan apa yang aku tulis sebelum ni. Menantu tetap orang luar...
         

Wednesday 18 June 2014

Mertua dan Menantu

          Macam tajuk cerita la pula kan. Eh tu mertua vs menantu. Hurm..Sebenarnya ni pendapat aku la kan (berdasarkan pengalaman). Aku akui aku ni bukan la menantu yang baik, juga bukan menantu hantu. Biasa2 saja. Mak mertua aku pun baik takde masalah dengan aku.

          Tapi kan... Macam mana pun, aku rasa menantu ni masih akan jadi orang luar. Macam mana nak cakap eh, payah nak explain. Umpama macam ni la, wife ada masalah dengan husband, minta pendapat mak husband, hujung2 yang bersalah tetap wife. Maybe dah sifat seorang ibu, dia tak akan pandang keturunan dia yang kemungkinan salah. Lagi parah kalau ada mertua yang tahu anak dia ada perempuan lain, tapi takde usaha nak menasihatkan anak (maybe menafikan ada keturunan dia buat perangai)

          Kadang-kadang mertua ok je tapi orang lain pula yang memandang serong pada menantu. Kecil hati tak kalau orang2 ni depan kita baik tapi rupanya kat belakang, pandang kita semacam. Ntah maybe kita tak cukup baik kot.

         Mak aku adalah contoh mak mertua yang paling baik. Aku tak pernah dengar mak aku mengutuk menantu. Mak aku tak kisah depa nak buat apa bila balik kampung. Tolong masak ke..tak ke... Mak tak pernah ungkit. Even aku tak pernah dengar saudara-mara aku bercerita kat mak pasal menantu2 mak. Bagi mak, menantu dia ada suami dan anak-anak. So better layan suami and anak2 dulu.

          Lagi payah kalau peel husband kita depan mak dia lain, depan kita lain. Confirm kita yang dipandang slack. Tapi takpelah... Sesapa yang bernasib macam ni, mengadulah pada-Nya. Aku yakin Allah bersama orang-orang yang teraniya dan benar...

          Mak mertua aku pun baik. Aku je yang tak berapa nak baik :)
         

         

Friday 6 June 2014

Kenapa lama tak update

          Rasanya dah lama tak blogging...Sibuk menguruskan rumahtangga disamping menyelesaikan masalah yang hadir. Huhu...Tak sangka aku adalah di antara jutaan insan yang bertuah menerima ujian Allah ni. Alhamdulillah. Aku dapat mengharunginya dengan bantuan keluarga dan beberapa orang lain.

          Yes...memang susah nak percaya benda ni akan terjadi pada aku. Maklumlah aku kan orang sains. Sihir is the last thing aku nak percaya akan berlaku pada aku. Sebab aku rasa aku ni simple je. Tak cantik, tak kaya. Suami pun sama orang biasa2 je. Tapi betul la orang kata rambut sama hitam, hati lain-lain.

          Walaupun ujian ni belum berlalu sepenuhnya, tapi Insya Allah ada perkembangan +ve. Apa yang berlaku biarlah aku rahsiakan sebab aku pun tak tau nak start daripada mana. Huhu... Tapi kalau difikirkan daripada sudut lain, memang besar hikmah ujian ini. Terlalu besar. Maka aku bersyukur pada Allah yang telah mengaturkan semua untuk aku.

          Kepada insan yang "menghantar" sihir tersebut, aku malas nak cakap banyak-banyak tapi aku nak bagitau satu benda


           Dan esok kat Padang Mahsyar, kau carilah aku dan suami. Sebab aku memang tak mampu nak maafkan kau...

Tuesday 6 May 2014

Perawat Islam yang handal Zasss...

          Pada sesiapa yang tersesat masuk sini dan kenal dengan mana-mana perawat Islam yang handal zasss atau fire-memfire sebarang gangguan sihir, aku minta tinggalkan emel dalam ruangan komen ya. Nanti aku contact. Sekarang aku tengah mencari seorang perawat Islam untuk membantu aku merungkaikan misteri yang menimpa aku.
 
          Lagi bagus kalau perawat yang pandai merawat ilmu pelawok...pelawok (ilmu sami siam)...

Sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia

         

Kegilaan Terkini - Bokkita

          Kalau korang ni jenis fashionistas macam aku (konon), mesti korang tau kan skang ni fashion yang tengah in adalah Tudung Bokitta. Tapi aku rasa dah lama kot cuma baru-baru ni kalau tak salah aku la, ada masuk Nona kot. Neealofa and the family...Start daripada tu la aku tau pasal Bokitta ni.

          Pastu sejak akhir-akhir ni, kat fb pun ramai yang jual Bokitta. So aku pun biasa la kan...Gatal je tangan aku browse sana sini. Tapi serius la tudung ni macam goreng pisang panas la. Aku tengok kat fb, kalau seller baru je upload, tau2 pm status dah sold. Ramai rupanya pakai ni.

          Last2 aku terjumpa http://www.mybokittahijabfashion.com/ . Apa lagi...Meh kita mengabiskan duit.

chiffon printed b hills maxi

chiffon printed brown paisleys maxi

chiffon printed wed shower maxi

          Aku beli semua yang di atas. Masa aku nak beli ni, jenuh juga pilih bukan sebab takde pilihan tapi sebab semua sold out. Corak dia cantik2 gak. Aku beli chiffon printed maxi. Tudung Bokitta ni ada 3 jenis kain - cotton, satin, chiffon dan ada 2 cutting v+ dan maxi. Aku amik maxi sebab aku rasa macam dah masa nak berhijrah. Ahaks...poyos.

         

          The next gaji, aku sambar ni plak. Ni aku beli from FB Tudung DeZahra dan Ayra - Butik Muslimah Kontemporari dan Elegant. Ok...Pasni kena duduk diam2 jek.

Monday 7 April 2014

Kebenaran...

          Insya Allah, aku yakin janji Allah itu benar. Sesungguhnya kebenaran dan kebaikan akan muncul juga. Dan jika benar aku adalah golongan teraniaya, aku serahkan pada Allah jua untuk membalas setiap perbuatan terhadap aku dan keluarga...

          Sesungguhnya jika benar akan apa yang disampaikan padaku, aku yakin Allah sentiasa bersama dengan orang yang tidak mensyirikkannya. Amin...

Tuesday 25 March 2014

Memohon Petunjuk Allah

          Sapa la kat dunia ni yang tak pernah diduga kan. Cuma dugaan tu samada kecil atau besar je. Bagi aku ia bersifat subjektif. Ada orang hilang RM1000 tapi masih rileks je, ada orang hilang RM50 pun dah sedih2.

          Ok...Aku ada sedikit perkongsian untuk menghadapi musibah. Tips ni aku dapat daripada seorang sahabat kepada ibu mertua aku. Insya Allah kalau kita buat benda baik, Allah akan balas dengan baik juga.

          Ok...Mula-mula start dengan bersedekah di tempat paling hampir. Kalau kat tempat kita kerja ada surau or masjid, kita derma kat situ. Nilai tak kisah ikut la ikhlas hati. Dan niat lebih kurang " Inilah sedekah ke atas diriku, ikhlas kerana Allah Taala. Kalau musibah tu pada anak kita ke...ayah kita ke...Kita sedekah sekali untuk dia. Dan niat ke atas diri dia.

          Selepas tu, rajin-rajin bangun malam untuk buat solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir. Selepas solat witir, baca Surah Al-Fatihah 10x, Surah 3 Qul 10 x, selawat 10x dan berdoa minta petunjuk. Bacalah doa dalam bahasa sendiri kerana Allah itu maha mengetahui. Selepas selesai, baca Lailahaillallah sebanyak yang larat. Kalau dah tak larat, sambung dalam hati sambil baring nak tidur. Sampai terlelap pun takpe.

          Insya Allah, kita akan dapat petunjuk tentang masalah kita. Cuma kita kena yakin dan istiqamah. Buatlah sampai kita yakin petunjuk itu daripada Allah.

          Ok...pasni kalau masalah yang tak terungkai, boleh cuba kot. Insya Allah. Buat baik, Allah akan balas baik. Amin

Monday 24 March 2014

Kelebihan Zikir Asmaul Husna

* credit to http://pekanrabu.com.my/zubir/asmaulhusna.html



FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1.  Allah

2.  Ar-Rahman - Maha Pemurah

3.  Ar-Rahim - Maha Penyayang

4.  Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

5.  Al-Quddus - Maha Suci

6.  As-Salam - Maha Penyelamat

7.  Al-Mu'min - Maha Pengaman

8.  Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

9.  Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

13. Al-Bari' - Maha Perancang

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fattah - Maha Pembuka

20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

23. Al-Khafid - Maha Penghina

24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi

25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan

27. As-Sami’ - Maha Mendengar

28. Al-Basir - Maha Melihat

29. Al-Hakam - Maha Menghukum

30. Al-‘Adl - Maha Adil

31. Al-Latif - Maha Halusi

32. Al-Khabir - Maha Waspada

33. Al-Halim - Maha Penyantun

34. Al-‘Azim - Maha Agong

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

38. Al-Kabir - Maha Besar

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

42. Aj-Jalil - Maha Luhur

43. Al-Karim - Maha Mulia

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

48. Al-Wadud - Maha Pencinta

49. Al-Majid - Maha Mulia

50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

52. Al-Haqq - Maha Benar

53. Al-Wakil - Maha Berserah

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

56. Al-Waliyy - Maha Melindungi

57. Al-Hamid - Maha Terpuji

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

62. Al-Mumit - Maha Mematikan

63. Al-Hayy - Maha Hidup

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

65. Al-Wajid - Maha Menemukan

66. Al-Majid - Maha Mulia

67. Al-Wahid - Maha Esa

68. As-Samad - Maha Diminta

69. Al-Qadir - Maha Kuasa

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan

78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa

82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan   Kemuliaan

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan

96. Al-Baqi - Maha Kekal

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana

99. As-Sabur - Maha Penyabar      
                           
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

 1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

 2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

 3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

 4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

 5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

 6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera.

 7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

 8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

 9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

 10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

 11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

 12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

 13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

 14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

 15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

 16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

 17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

 18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

 19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

 20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

 21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

 22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

 23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

 24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

 25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

 26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

 27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

 28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

 29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

 30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

 31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

 33. "Ya Haliim!"  Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat.

 34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

 35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

 36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

 37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

 38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

 39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

 40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

 41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

 42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

 43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

 44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

 45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

 46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

 47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

 48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

 49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

 50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

 51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

 52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

 53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

 54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

 55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

 56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

 57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

 58. "Ya  Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

 59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

 60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

 61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

 62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

 63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

 64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

 65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

 66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

 67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

 68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

 69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

 70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

 71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

 72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

 73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

 74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

 75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

 76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

 77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

 78. "Ya  Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

 79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

 80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

 81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

 82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

 83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

 84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

 85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

 86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

 87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

 88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

 89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

 90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

 91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

 92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

 93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

 94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

 95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

 96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

 97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

 98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

 99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.


FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:

 1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

 2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

 3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.

 6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM 
  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

  •  Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
     
  •  Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
     
  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...