Thursday 30 January 2014

Tips mengatasi masalah ruam


TIPS HILANGKAN RUAM PADA MUKA ATAU KULIT BAYI

(1) Langkah pertama : kena kenalpasti jenis ruam.

Ruam Panas - cuaca panas boleh buatkan bayi rimas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat.

Ruam Susu - terkena susu dan dibiarkan,tak di lap

Ruam Lampin - pakai lampin terlalu lama dan tidak diganti


Eczema - gatal-gatal di bahagian tertentu dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air busuk.

Allergi - kulit merah dan gatal dgn tiba2,biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.



(2) Langkah kedua : Basuh atau mandikan bayi dengan Tropika Baby Soap Lavender / Tropika Natural Bubble Wash

Tropika Baby Soap Lavender 50g
RM13.90


Tropika Natural Bubble Wash 230 ml
RM49.90



(3) Langkah ketiga : lap badan bayi sehingga kering dengan tuala yang bersih. Kemudian sapukan seluruh badan atau tempat-tempat yang bermasalah dengan lotion atau minyak natural. Gunalah set Tropika Baby Hair & Oil

Tropika Baby Hair & Oil Lavender 30 ml RM20
Tropika Baby Hair & Oil Lavender 125 ml RM75
Tropika Baby Hair & Oil Lavender 250 ml RM130
Tropika Baby Hair & Oil Roses 100 ml RM60


sms/whatssap 012-4359125











Patutkah aku rasa bersalah..

          Hurm...apa perasaan korang je kalau ada kawan-kawan yang nak pinjam duit? Aku kan...tak tau macam mana nak respon jika ada orang nak pinjam duit lebih-lebih lagi orang jauh. Kalau member ofis je, aku takde hal sebab aku tau bila-bila aku leh tuntut hutang aku

          Semalam, masa melayan fb, ada sorang kawan fb aku yang tanya boleh tak nak pinjam duit. Serius mula-mula aku macam ternganga la juga sebab aku kenal gitu-gitu je kawan ni. Memang tak banyak pun dia nak pinjam, tapi aku tak dapat nak bagi sebab aku pun belanja lebih sikit daripada cukup je bulan ni. Maklumlah,  kena settle insurans rumah, cukai pintu. Pastu nak balik kampung lagi.

          Bukan nak berkira pasal duit, tapi memang sekarang ni aku dah takleh nak belanja macam dulu lagi. Kak Long dah masuk Smart Reader, ni nak sambut baby baru lagi. Aku serba salah sebenarnya bila aku cakap aku takleh tolong dia. Memang la dia nak pinjam sikit je, tapi kalau aku bagi banyak tu pun, aku takut ada emergency tak tau nak korek mana dah karang.

          Lagipun aku tak faham macam mana orang leh nak pinjam duit kawan-kawan yang jauh ni. Kalau yang depan mata, selalu jumpa aku faham la kan...Seriusly aku pun tak kenal hati budi dia macam mana. Tu yang aku rasa bersalah sebab dia cakap dia nak guna untuk belanja dapur je. Huhu...Kesian aku rasa tapi aku lebih risau sebab aku tak kenal baik dengan dia

          Aku tak faham macam mana orang selamba boleh bagi pinjam sampai RM6K. Lagi tak faham orang yang dah pinjam duit tapi ngelat nak bayar. Tak faham...tak faham

Tuesday 28 January 2014

Cara-cara nak menangkis serangan laser Siri 1

Situasi 1

A     : Lawa baju. Baju baru ke?
B     : Aah baju baru. Aku beli kat xxx. Tapi mahal la dalam dua ratus lebih
A     : Oh...Baru dua ratus. Ingatkan dua ribu


Situasi 2

A     : Jom masuk kedai ni. Aku dah gila kasut-kasut kat sini
B     : Aku dah bosan la dengan jenama ni
A     : Aku baru je nak try jenama ni. Dah bosan asyik-asyik Hush Puppies and Schol je


Situasi 3

B     : Baru beli kereta ke? Kenapa beli 2nd hand je. Kalau aku baik beli baru je
A     : 2nd hand je sudah. Sebab kuar 2 biji kereta sekali. Mana larat nak bayar Lancer ngan Civic baru weh...


Situasi 4

B     : Berapa ye gaji kau sekarang? Gaji aku dah almost xxxK
A     : Oh...Tu gaji aku 5 tahun lepas. Skang dah naik dah


Situasi 5

B     : Apasal kau ni gemuk skang? Tengok aku maintain je
A     : Takpe. Biar orang tau husband aku jaga aku cukup makan. Macam kau ni aku takut orang kata husband kedekut plak nak catu-catu makan






Ekzema Starter Kit

Ekzema Starter Kit (100 ml baby oil lavender & 100 ml bubblewash lavender)
RM69.690 exclude post

sms/whatssap 012-4359125


* Terima kasih Siti Habsah *

Bagaimana Baby Herbal Cream membantu bayi anda

Bagaimana Lavender Membantu Bayi Tidur Nyenyak

Baby Herbal Cream

Krim Herba Bayi 50 g
RM39.90 exclude postage


Krim Herba Bayi diperbuat daripada Minyak Kelapa Dara, minyak kayu putih, halis serta ramuan herba tradisional

Ia membantu :
* Agar bayi sentiasa selesa sepanjang hari tanpa gangguan masalah perut
* Melancarkan pernafasan bayi dan melegakan hidung tersumbat (ketika selsema)
* Krim ini sesuai digunakan sebagai terapi urutan supaya bayi anda tidur dengan lena dan selesa

sms/whatssap 012-4359125

* Terima kasih Sis Hasliana, Hasliza, Nurul, Razaidah, Sis Liza Ana

Blackccurant VCO (Minuman Minyak Berperisa Blackcurrant)

Blackcurrant VCO 85 ml
RM29.90 exclude postage

* Membunuh bakteria yang menyebabkan kurap, atheletes foot, rauam lampin
* Memberi nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina
* Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh set tubuh dan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan
* Mengurangkan kadar kolestrol dan ia adalah alternatif terbaik berbanding minyak-minyak lain yang mengandungi kolestrol yang tinggi
* Mengawal kencing manis - pankreas lebih efisyien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah dan keperluannya
* Anti-oksida semulajadi di dalam minyak kepala dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas
* Melebat & mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur serta menguatkan akar rambut, sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan yang maksima
 * Kulit menjadi lebih lembut, licin & halus kerana minyak kelapa dara mempercepatkan proses penggantian sel - sel kulit yang mati dengan sel yang baru serta melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet
* Merawat & membantu menyembuhkan penyakit ekzema dan dermatitis

sms/whatssap 012-4359125

Tropika Mommy Belly Oil and Post Natal Massage Oil





Mommy Belly Oil 100 ml 


RM 60 exclude postage






Formula organik dengan Vitamen E & kolagen Tropika Mommy Belly Oil diperkaya dengan formula organik untuk memulihkan tanda regangan ketika hamil dibuat daripada minyak kelapa dara dengan Vitamin E dan mengandungi kuantiti tinggi asid lemak penting yang digabungkan bersama kolagen untuk meningkatkan pertumbuhan semula sel bagi menghasilkan kulit yang lebih tegang dengan lebih keanjalan. Dengan rumusan khas, ia menembusi ke lapisan dalam kulit di samping mewujudkan kelembapan sebagai pelindung dan membantu memudarkan parut strech mark.
















Post Natal Massage Oil 100 ml 


RM 65 exclude postage






Post Natal Massage Oil adalah minyak urut yang dihasilkan daripada minyak kelapa dara serta gabungan ramuan herba hutan tropika yang lain. Dirumus khas untuk mengurut ibu yang baru lepas bersalin. Post Natal Massage Oil membantu memulihkan kesegaran badan ibu selepas proses kelahiran, melancarkan peredaran darah, membuang angin, mengempiskan perut, mengetatkan kembali rahim serta mempercepatkan pengeluaran darah nifas






sms/whatssap 012-4359125


Tropika Natural Body Lotion Chamomile



Tropika Natural Body Lotion Chamomile 230 ml
RM 49.90 excluding postage

Love chamomile tea? Try Tropika Chamomile Lotion, with VCO extract - a perfect for silky smooth skin

* skin irrations
* anti aging
* anti itching
* natural antiseptic 

sms/whatssap 012-4359125

*Terima kasih Sis Hasliana

Tropika Natural Bubble Wash




Tropika Natural Bubble Wash Apricot / Roses / Lavender 230 ml
RM49.90 exclude postage

Tropika Natural Bubble Wash gently and effectively cleans body, face and hair using natural and organic cleansing ingredients. These all natural cleanser are non-stripping, sulfate free, synthetic fragrance free and naturally low foaming. Tropika Natural Bubble Wash are long lasting, allergy tested, tear free, non-drying and leave skin soft and supple. Formulated for infants, children and adults with sensitive skin problem.

sms/whatssap 012-4359125

* Terima kasih Zurena & Sis Fitriyah



Baby Soap Lavender



Tropika Baby Soap 50g
RM13.90 exclude postage

Tropika Baby Soap used 100% virgin coconut oil as its product base while the scented versions used premium Lavender essential oil and contained highest level of anti oxidants. Tropika Baby Soap helps prevent babies skin from bacterial and harmful fungal infections

sms whatssap 012-4359125

Tropika Baby Hair & Body Oil







Tropika Baby Hair & Body Oil Lavender 30 ml


RM20 exclude postage








Tropika Baby Hair & Body Oil Lavender 125 ml / 230 ml


RM75 / RM250 exclude postage






Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Justeru produk Tropika Baby Hair & Body Oil menjadi pilihan kerana ianya dirumus khas sepenuhnya daripada minyak kelapa dara (VCO) serta bebas steroid, parabens, toksik dan lain-lain bahan kimia. Istimewanya produk ni diadun dengan aroma lavender untuk merangsang mood serta emosi si manja.






Tropika Baby Hair & Body Oil terbukti berkesan merawat masalah kulit sensitif di kalangan bayi seperti ekzema, ruam panas serta lain-lain masalah alahan kulit. Disamping itu, Tropika Baby Hair & Body Oil menolong melebat serta menyihatkan rambut si manja.






Produk alami mesra bayi, itulah komitmen kami












Tropika Baby Hair & Body Oil Roses 100 ml 


RM60 exclude postage






Minyak Bayi Tropika dihasilkan sepenuhnya dengan minyak kelapa dara yang kaya dengan Vitamin E. Berfungsi sebagai pelembab serta melindungi kulit bayi yang halus dan sensitif daripada sebarang masalah alahan kulit. Tidak mengandungi steroid atau apa-apa bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi anda






Minyak Bayi Tropika sangat sesuai pada kulit bayi yang mengalami ruam lampin, ruam susu, ruam panas, ekzema atau lain-lain masalah alahan kulit






Cara penggunaan :


* Sapu Minyak Bayi Tropika pada badan bayi anda setiap kali selepas mandi


* Boleh digunakan sebagai minyak rambut






sms/whatssap 012-4359125





* Terima kasih Sis Aryuziyanti & Fitriyah














Monday 27 January 2014

Dugaan berniaga...

          Huhu...Alhamdulillah produk yang aku bawa ni dapat sambutan baik kat jabatan. Ada yang order sebab tadi dah habis. Suka suka... Tapi yang tak best, ada kawan-kawan yang minta harga ahli. Huhu...

          Tapi aku bersangka baik je la kan. Maybe dia bergurau je tapi tadi dah ringan mulut nak jawab " kalau jual harga ahli, itu bukan jual namanya itu tolong beli".

          Takpelah...cubaan

Kebaikan VCO



Tropika dan Herbasuci Produk


          Alhamdulillah, aku telah mendaftarkan diri sebagai pengedar produk Tropika dan Herbasuci. Bermula sebagai pengguna biasa je, pastu berminat pula nak try jual produk ni. Produk ni bagus untuk bayi dan kanak-kanak sebab ia takde bahan kimia merbahaya. Ye la...Aku cukup tak suka kalau pas mandi tu kulit kering, lagi teruk lagi kering sampai mengelupas. So anak-anak kita pun mesti la tak suka benda yang sama kan.

          Sofia dulu pernah ada masalah kulit sensitif. So doktor suggestkan Cetaphyl. Beli la Cetaphyl kat farmasi. Bukan nak kata brand tu tak bagus, kalau tak, tentula dia tak baik kan, tapi produk ni best sebab ia based on minyak kelapa dara dan herbs, so kita tau la bahan-bahan alami ni tak merbahaya kan. 

          Pastu masa Qai, aku perasaan dia tak boleh pakai satu jenama ni. Jenama ni famous juga dan aku suka bau dia. Memang sedap. Tapi lepas pakai dalam sebulan dua macam tu, baru aku perasaan badan dia naik macam ruam tu. Menggerutu je.

          Pastu member aku la yang kenalkan aku dengan jenama ni. Aku pun try la kan. Alhamdulillah sangat serasi dengan anak-anak aku. Sofia pun suka je pas mandi aku sapukan baby oil Lavender tu. Sapa-sapa yang berminat, boleh sms/whatssap 012-4359125 atau emel mazlinamr@gmail.com. Oh ye, boleh COD area Slim River - Tanjong Malim. Proton City apatah lagi kan. Aku hantar depan rumah korang.

Sunday 26 January 2014

Ucapkan Alhamdulillah...

          Tahun lepas gomen umumkan bonus separuh bulan (dah habis pun duitnya). Yang aku perasan, majoriti goverment servant menyatakan rasa bersyukur kat fb, tapi aku perasan juga ada yang kondem separuh bulan je nak buat apa la...tak cukup la... Just like bantuan RM500 masa raya tahun lepas. Amboi sedapnya komen kan,
          Kalau dulu, maybe aku termasuk dalam golongan ni kut. Tapi aku dah belajar untuk buka mata dan minda aku. Bagi aku, banyak mana kau dapat extra untuk bulan tu, walaupun RM50, itu juga adalah rezeki. Contoh, gaji kita RM3K, tiap2 bulan kita dapat banyak tu, tapi tetiba ada satu bulan tu, kita dapat extra RM50 sebab bantuan ke...bonus ke...bisness ke...apa2 je la. So tak kan la kita nak komen2 lagi, walaupun sikit tapi itu duit extra kita yang bulan-bulan lain tak tentu kita dapat.
          So aku rasa sedih sebab masa bonus ngan bantuan tu, ada juga orang yang kata tak cukup. Kalau tak dapat langsung, macam mana? Time2 tu la korang nak pangkah parti lain (walaupun aku tau majoriti memang tak sokong kerajaan yang memerintah pun, sebab tu kondem kot). RM50 bagi kita maybe tak bernilai tapi ada nilai pada orang yang lebih susah. So belajar ler bersyukur...
          Lagi satu, aku rasa buka mata dan minda sket kepada definisi rezeki tu. Selalunya orang pk duit lebih = rezeki. Tapi kan...aku rasa rezeki ni luas. Dapat anak pun rezeki, dapat melancong pun rezeki, dapat try makanan yang pelik2 pun kira rezeki dapat merasa kan.
         Sebab tu aku malas nak bising2 bila harga minyak naik, harga barang naik. Bagi aku ni ujian. Allah bagi rezeki dah banyak untuk kami sekeluarga tahun lepas
1.          Dapat jalan2 kat Sabah. Boleh dikatakan fully sponsored
2.          Dapat naik gred
3.          Pregnant
4.          Tahun ni ayah hubby sponsor Sofia sekolah di Smart Reader.
          Dan banyak lagi sebenarnya. Pengasuh aku yang baik pun, aku rasa rezeki aku dapat pengasuh yang excellent dan tak berkira. Orang lain tukar2 pengasuh, tapi aku kekal ngan Nenek Yam. Baby baru nanti pun hantar sini. Sofia transit pun hantar sini nanti.
          Kalau aku pikir duit je, memang tak nampak la kan. Yang keluar banyak lagi dari yang masuk. Bohong la kalau aku kata aku tak terasa kenaikan harga barang. Sebab aku yang pegang duit dapur kan...So aku tau la. Duit belanja pun dah kena up. Dulu cukup RM50 seminggu. Skang paling koman RM70 (boleh je tak tambah pun tapi sejak peknan, aku makan 3 kali sehari). Kalau aku pikir rezeki dalam bentuk duit je, mesti aku tensen. So bila aku celikkan pikiran, aku jadi lebih bersyukur sebab rupanya banyak yang Allah bagi pada aku. Cuma aku je tak sedar.
          Dan aku nak biasakan menyebut alhamdulillah walaupun aku cuma dapat RM1 hari tu...

Mengidam

          Semalam tetiba aku teringin giler nak melantak prosperity. Mentang2 la McD Kota Warisan ni 5 minit je dari umah mil kan...Kalau kat Tjg Malim, takde pula aku teringin yang bukan-bukan ni.
          Tapi nak dapat tu, siap berdrama la dengan hubby. Semalam aku tido awal sebab siang tu pergi melawat Busu kat Seremban. So bangun tido dah kul 11. Masa tu la mengidam sesangat nak makan. Bila aku minta kat hubby, dia tak nak beli sebab alasan kereta dia kena blok ngan abang ipar. Bila aku suruh pinjam kereta, tak nak plak.
          So aku memang sedih ngan nak marah pun ye juga. Aku rasa para isteri mengandung yang dapat suami sanggup melayan kerenah mengidam ni sangat la beruntung. Tak semua suami faham peel orang mengidam ni
          Actually mengidam ni general je kan. Orang tak peknan pun mengidam juga kadang-kadang kan cuma kalau peknan ni, jadi macam special plak coz orang kata kalau tak dapat, nanti anak meleleh air liur (betul ke?). Masa Sofia, aku tak sempat nak makan ayam Kenny Rogers tapi aku dapat makan ayam golek pasar malam. Maybe sebab tu Sofia takde kes meleleh air liur. Masa Qai, takde plak mengidam apa2 coz masa mengandung tu aku dah melantak macam2.
          Tapi hubby aku adalah seorang yang bukan jenis melayan kerenah aku ni, so aku kena berdrama sikit baru nak dapat. Merajuk lebih kurang baru nak dapat. Sedih betul. Aku rasa la kan, suami patut kena lebih sensitif la time2 macam ni. Apa la salah tunjukkan penghargaan kepada isteri yang dah mengandung zuriat kita. Bayangkan 9 bulan nak bawa baby dalam perut. 4 bulan yang pertama ok lagi. Dah masuk 5 bulan, mula la sakit kaki, sakit tulang belakang, takleh tido. Pastu nak bersalin lagi, sakit woi...Dah bersalin, dia juga le yang nak jaga baby tu siang malam.
          Isteri plak, jangan la mengidam benda-benda pelik sangat. Kalau mengidam rusa putih ke... harusla husband tak melayan kan. Kalau setakat McD yang bersepah2 tu, layan je la. Bukannya aku ajak ngeteh kat mamak kul 3 pagi sebab teringin nak makan roi canai. McD tu drive through je pun...Haish
          Dipendekkan cerita, semalam aku berdrama lebih so dapat gak la prosperity tu tapi kul 3 pagi (aku suspek semalam adik ipar aku ajak dia tengok bola kat mama, disebabkan rasa bersalah - boleh plak kau nak kuar memamak tapi ngan wife kau berkira ye, sebab tu aku dapat gak melunaskan selera mak jin aku)
          Tapi aku takde merajuk sebab dah dapat kira bersyukur la kan

Friday 24 January 2014

Kilang Roti Mokhtar-Slim River

          Walaupun dah hampir 10 tahun keje kat sini, tapi aku baru tau kewujudan Kilang Roti Mokhtar ni. Alkisah si Az citer dia bawa kakak dia try roti kat sini. Tapi cara dia cerita memang aku tak bleh blah la...Roti ni panas...gebu...sedap...rasa tradisional. Haish sebelum aku mengidam, so plan time lunch hour hari tu adalah ke kilang ni

          Kilang ni kira klasik sangat coz katanya dah wujud lama dah. Ye la masa pergi tu, terjumpa ngan sorang kakak ni. Dia cakap dia stay kat KL, tapi datang ke situ hari tu semata-mata nak bawa anak lelaki dia yang teringin nak tengok kilang ni. Katanya, masa kecik-kecik dia selalu beli roti kat situ. Akak tu rasa-rasa ada la dalam mid 40 kot.

         
Rege roti











Serius aku excited tengok oven tradisional ni...


Kanak-kanak ribena seronok dapat beli roti


Kilang macam buruk je tapi famous kilang ni kat Slim River


          Kilang ni start operasi time lunch hour. Antara kul 12pm-2pm. Kalau nak pergi, make sure sampai kat situ dalam kul 12.30pm coz time ni roti dia baru kuar oven. Dia punya bau...Memang best sangat ye la roti homemade kan. Antara pilihan roti yang ada adalah roti kaya, roti kacang merah, roti kosong, roti kelapa dan roti bijan (the best of all - aku rasa la).

          Tuan kilang ni peramah gila. Dia akan melayan je ko. Kalau ada yang nak interview dia, Insya Allah aku rasa dia akan membantu. Cara-cara kitaorang pergi pun memang dia melayan je la kitaorang bertanya. Agak susah nak describe kedudukan kilang ni sebab agak tersembunyi. Kilang ni kiranya  kat sebelah Pasar Slim River je, tapi tersorok. Kena pusing patah belakang balik masuk dalam lorong sebelah pasar tu.

          Kilang ni tutup every Friday. Hari lain boleh gi


Monday 20 January 2014

Apa masalah anon ni?

          Wah kah...kah...kah...Lawak sungguh la. Ok, 1st aku tak sangka la blog picisan macam blog aku ni pun ada juga yang baca. Baca dan ambil concern plak tu. Lawak...lawak... Tapi takpela kan. Maybe orang tu dah tak tau nak buat mende kut. Habis la blog-blog yang ilmiah pun kau nak baca

          Haish...ada juga yang nasihatkan aku jaga mulut. Kat blog sendiri. Aku rasa tak pernah lagi aku memaki hamun sesedap rasa. Kalau ada luahan perasaan pun, bahasa aku maybe agak keras la. Ada ke aku cakap memaki guna perkataan yang tak baik? This is my blog, my life journal. Aku punya luahan perasaan. So sukahati aku la kan nak tulis apa. Aku pun tau la nak jaga ayat-ayat aku macam mana. Yang kau apahal nak nasihatkan aku? Dah la tak berani guna nama sendiri. Apsal, takut aku jengah blog kau (aku tau la kau from "the group")

          Aku komen pasal homebirth daripada aku punya point of view. Kalau kau rasa mak-mak yang nak unassisted birth kat rumah ni konon-konon nak jaga aurat ke...trauma ke..., aku punya point of view ialah mak-mak ni selfish. Itu pandangan aku. Tak payah ler nak nasihatkan aku jaga mulut ke apa ke...tanya suami ke...tak perlu kut. Suami dia lantak dia la. Kalau suami aku, memang a big no no la...

          Jangan ler nak explain atau nak minta aku explain kenapa aku tak nak homebirth. Aku pun nak kalau aku boleh angkut medical equpment kat rumah aku dan ada at least sorang doktor dan sorang bidan. Tapi tak dapek la kan. So aku opt bersalin kat hospital. Yang penting masa ni baby aku selamat. Kalau Allah takdirkan masa bersalin tu ada komplikasi dan hubby kena pilih aku or baby, memang aku harap hubby pilih baby (ni pesanan aku tiap-tiap kali masuk labour room). Kalau kau and the group nak bersalin kat rumah ke...dalam pool ke...dalam sawah ke...bawah pokok ke...lantak la. Aku tak perlu dengar (dan tak nak dengar) explaination orang-orang yang takde background dalam medic (kalau ada pun maybe tak ramai), yang bila berhujah mengalahkan ada phD dalam bidang perubatan.

          Aku tak boleh la nak berhujah pasal perubatan dan agama mengenai unassisted birth ni sebab aku bukan pakar dalam bidang ni. Sedangkan yang pakar pun korang langgar je kan...Sebab matlamat menghalalkan cara. Ni kan aku. Tapi aku cuma tahu, kalau bersalin, in the end, aku nak baby aku selamat.

          Again, this is my blog. Go meroyan in your group la wei...Oh ye...lagi satu, kalau berani, sila la taruk nama betul. Senang aku nak bawa geng-geng forum aku berperang




       

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...