Wednesday 5 February 2014

Mimpi

          Orang kata kalau kita mimpi orang yang dah meninggal dunia, tapi dalam mimpi tu dia cakap dengan kita, maknanya itu syaitan yang menyerupai arwah. Tapi kalau dia tak bercakap, just hadir depan kita je, tu betul arwah datang. Betul ke? Seram plak bila memikirkan mimpi aku semalam.

          Dalam mimpi aku, aku pergi rumah arwah nenek sebelah abah aku. Tau-tau aku dah berbual dengan dia. Tapi bila aku dah nak balik, aku ajak dia pergi rumah aku. Beria-ia aku ajak dia pergi tapi dia bagi alasan dia ada kat sini hari ni je. Esok dia dah nak balik. Tau-tau aku dengan Abang Chaq aku dah ada dengan dia kat tepi batas (orang kampung kata tepi ban). Kat tepi ban tu ada satu lorong kecil menuju ke sebuah kampung yang takde orang. Pas kitaorang salam-salam dengan nenek, dia pun jalan ikut lorong tu sampai la kitaorang tak nampak dia.

          Bila bangun, aku rasa macam scary lak tapi sebab dia arwah nenek aku, aku rasa lebih kepada sayu. Aku rasa sebenarnya aku rindu kat dia. Dan aku ada rasa bersalah yang amat sebab tak tunaikan permintaan kecil dia. Flashback-masa tu malam kenduri Abang Chik aku. Biasala malam kenduri memang tuan rumah sibuk la kan. Nenek aku dah nak tido, so aku siap-siapkan tempat tido dia. Pastu aku teman dia kejap. Dia pesan nanti aku tido dengan dia. Tapi aku punya la sibuk ngan penat, mana2 je aku tido malam tu.

          Tak lama lepas tu, nenek kembali ke rahmatullah. Menurut Mak Ngah, cara nenek pergi bertemu Allah tu senang sangat. Mak Ngah pernah cerita nenek ni takut sangat kalau dia sakit lama sebelum meninggal dunia, sebab dia tak nak susahkan anak-anak dan cucu-cucu dia. Hari yang dia pergi tu, dia rebah tapi mujurla ada Mak Ngah. Mak Ngah yang temankan dia sampai umur dia habis. Allah perkenankan doa dia supaya tak jatuh sakit sebelum meninggal dunia. Aku bersyukur ada Mak Ngah temankan dia, kut tak lagi sedih kalau dia meninggal sorang-sorang.

          Masa dia meninggal, aku tak rasa sedih. Tapi lepas tu, aku rasa sedih sebab tak dapat tunaikan permintaan kecil dia nak tido dengan aku malam tu. So skang ni aku agak sensitif dengan permintaan mak abah aku. Kalau mampu aku tunaikan, Insya Allah aku tunaikan. Ye la...Mak abah aku pun dah berumur. Aku tak mo nanti-nanti aku menyesal lagi...

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...