Thursday 13 March 2014

Sarung Lengan

          Salah satu perkara yang aku paling tak suka bila menulis kat white board adalah lengan baju aku akan melurut sampai ke siku. Huhu...padan la muka kan sapa suruh buat baju takde cekak or  butang kat tangan. So selalunya aku akan pakai sarung lengan or hand socks. Tapi sangat susah nak cari yang selesa sebab selalunya ketat sangat. Kadang-kadang sampai darah tak mengalir plak aku rasa (huhu...exagratte lebih)

          Sedang elok aku meng "FB" aku terjumpa hand socks kat Sweet n Cozy. Actually nama ni tak asing coz sebelum ni aku ada beli cloth pad kat dia (apa itu cloth pad). Nampak sangat selesa. So aku pun order la kan. Pagi tadi aku dapat terus pakai. Review aku :


1. Tak ketat dan tak longgar. Just nice kat aku.

2. Cengkaman kat hujung tu tak ketat, so aku rasa selesa la. Takdela rasa darah tak mengalir tu

3. Cun ok...

          Aku beli warna milo, pastel pink and dark gray. Sepasang RM12 je. Kalau amik 3 free pos. 




          Aku tengok warna lain pun ada tapi tak tanya la plak ada stok or tak. Ni antara warna-warna lain yang ada :


Dark Petronas


Dark brown




Pink


       
          Aku rasa macam nak beli each color je. Senang nak match ngan baju. Lagipun kata nak berubah kan. Man...man ma.

          Bila aku nak jual koleksi Fareeda aku yang tak banyak mana tu eh? Nak ganti ngan Haziq Scarf plak

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...