Monday 3 March 2014

Upgrade hidup

          Hadoi...Bila husband dah start komplen asyik makan luar, maka kena ler aku ambil hati dia balik ye tak. Hihi... So sementara ada masa ni (sebelum sarat), aku punya misi adalah upgrade ilmu pasal masakan. Sebenarnya masak ni senang je kan. Cuma ye la sebagai isteri bekerja, aku kadang-kadang jadi tak larat. So bila hubby aku dah tegur sampai merajuk-rajuk, aku kena la beralah.

          So selepas men"google", aku plan untuk minggu ni :

Isnin
Kobis masak lemak
Udang goreng
Sambal belacan+ulam pegaga

Selasa
Sayur goreng campur
Ayam masak halia

Rabu
Sambal tumis sotong+petai
Bayam tumis

Khamis
Ikan kembung masak lemak + belimbing asam
Telur dadar

Jumaat
Asam pedas ikan +tomato
Telur mata

Sabtu
Bfast – bihun goreng
Lunch – Ayam masak merah + air asam


          Doakan je la aku ada kekuatan nak masak ni. Pas keje kang kena terus ke supermarket beli apa-apa yang patut. Dan seminggu kena 2 kali la aku ke pasar. Hubby aku dah malas nak ke pasar. Takpe la. Sementara larat ni meh la aku yang bertindak. Esok-esok dah sarat lain cerita

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...