Wednesday 16 December 2015

Fluffy Mail

Fluffy Mail


          Each time I promise to not buy a new carrier, I will end up with 2 carriers.

          Akhirnya my Lenny Lamb Colors of Rain is here. Yay... Order from Happy Fluffy (yeah, my 1st customer was me) Punya la excited dapat parcel. Habis je kelas terus berlari ke admin sebab admin tutup pukul 4.25 pm.

          A bit dissapointed sebab warnanya tak seperti yang ku bayangkan...I am expecting warna tu lebih cantik in real, tapi rupanya a bit dull from stock photo. Tapi dah beli dan rasanya tak kan masuk fsot lah kot buat masa ni. But this one lagi sturdy kot from Bubo Owls saya.
My Colors Of Life
Nampak kan perbezaan warna tu
          Pd masa yg sama, lagi satu parcel datangnya from IJ Studio, tempat yang saya hantar customize Tula Polka Dance saya tu.

          Sebenarnya saya diso print Katniss tu, tapi disebabkan tak dapat score masa stocking kat momsmilkboutique so saya hantarlah Tula Polka Dance tu ke IJ Studio untuk customize. Jadilah kan.

          So from 15/12/15, Tula Toddler will be available for rental again. But LL tu, nanti dulu la bagi mak jemah rasmi dulu...

Sebelum customize
Selepas customized
kiri : Katniss jadi-jadian, kanan : Katniss tulen


                     Okeh. Nak pi rendam maggi jap. Mujur esok gaji...

Tuesday 15 December 2015

Makan dalam diapers? Kau ni dah kenapa?

          Semalam saya dok scroll newsfeed, tetiba terbaca salah seorang teman muka buku post pasal individu yang makan dalam diapers di majlis baby shower nya




          Saya baca 2-3 kali pasal ni. Sebab mata yang rabun plus otak yang lembap tak dapat nak tangkap isu apa. Lepas tu barulah nampak pic ke-2 tu. Mengucap panjang saya. Like WTF?
Kau ni dah kenapa nak makan dalam diapers? Honestly saya tak tahu kat mana pemikiran level diaorang ni. Walaupun diapers tu bersih, tapi kat sini ada 3 isu yang utama

1.   Baby shower ni budaya mana eh? Kenapa budaya ni jadi ikut-ikutan kita pula sekarang?

2.  Fungsi diapers adalah sebagai ____________________( ni tanya Yayah pun dia tahu k. And dia 
     baru setahun 3 bulan)

3. Diapers tu mahal k...Sesetengah keluarga mempunyai tight budget dan selalu berkira-kira nak beli 
    diapers, but korang seolah-olah menghina dengan menunjukkan kemewahan tak bertempat tu.

          Isu 1 and 3 tu oklah kalau korang rasa dah banyak sangat duit nak perabis, Tapi most people tak boleh terima isu ke-2. Seolah-olah menghina makanan..Please la tak payah nak bajet hipster sangat. 

          Call me old school, but I can not brain this (imagine gaya bercakap Pazurah)...

Monday 14 December 2015

It's A Matter Of Choice

          Tetiba rasa nak menulis pasal isu ni. Huhuhu macam mana nak cerita eh. Oklah lebih kurang macam ni lah kot.

          Saya kan now tengah gila mengumpul Bokitta. Takde la nak hunting those old, rare design. Hajat hati cuma nak cari balik design lama² yang pernah ada (tapi dah let go sebab kesengalan sendiri). Rupa-rupanya few design ni ada harga yang tersendiri, sebab dah jadi rare item so ramai yang hunting.

          Yang tak bestnya, bila ramai yang suka bash seller yang jual item ni mahal. Ye la betul benda tu prelove, tapi bila ramai yang hunt, sure la akan naik harga kan. Konsep asas je kot. "Supply vs demand".

          I personally think kalau u rasa tak berbaloi nak beli tudung prelove sampai RM500, then u duduk je diam². Tak payah nak komen dengan kata² yang kurang enak like " tudung mahal kalis neraka". Mcm u tau je orang tu nak ke mana. Apa kita ni confirm ke syurga ke?

          Saya sendiri pun tak sanggup nak spend more than RM200 utk sehelai tudung, tapi disebabkan saya tak sanggup, tak boleh la nak pukul rata assume semua orang tak sanggup. Benda ni simple je, u rasa u tak mampu or tak sanggup, u duduk je diam² tak payah nak sindir sana sini. Bak kata Farah Ann "empty can makes the moist noise" (apsal, jeles sbb u takde hot item nak dijual ke?). Haish...

          I always think price comment in public is a big no no. It's rude ya. So if u think it's not worth to buy, just let it go lah. But selalunya orang yang bst tu (seller and buyer) takde apa² tapi kau plak yang berbunyi lebih-lebih...

          Oklah. Nak pi bfast jap. Meh nak belanja pic sekeping

         
        

Thursday 10 December 2015

My Babywearing Journey


          Babywearing is not a new thing for me...

          Saya mula babywearing selepas mendapat anak pertama. Babywearing gear saya yang pertama adalah hadiah daripada ibu saudara saya. Saya mula menggendong bayi saya seawal umur 4 bulan.

          Selepas mendapat anak ke-2 iaitu Qairina 4 tahun kemudian, saya terdetik untuk membeli baby carrier yang baru, dan saya telah menjalankan sedikit kajian mengenainya. Kemudian barulah saya tahu bahawa baby carrier saya yang pertama adalah bukan ergonomik baby carrier tetapi adalah crotch carrier (cc) yang tidak digalakkan penggunaannya.

          Saya membeli Boba3G kerana ketika itu yang saya tahu hanyalah jenama Boba dan Ergo. Pertama kali menggunakan Boba3G, saya dapat rasakan perbezaan sangat ketara iaitu kurangnya beban yang dirasa ketika menggendong anak saya.

          Anak saya juga sangat suka berada dalam carrier. Alhamdulillah selepas setahun melahirkan Qai, saya disahkan mengandung. Saya tidak lagi menggunakan carrier dan menyerahkan tugas babywearing anak ketika berjalan-jalan kepada En. Hubby

          Selepas melahirkan anak ke-3 (Aliyah) saya memutuskan untuk menjual Boba3G, cuba menggunakan wrap. Wrap saya yang pertama ialah daripada Jumpsac (kini bersama sahabat saya) dan wrap saya yang ke-2 adalah Daiesu. Saya mula wrap Aliyah pada umur 2 bulan.

          Saya dapati bahawa saya bulanlah seorang yang sabar menggunakan wrap kerana imho penggunaan wrap memerlukan skill tertentu supaya wrap nampak kemas dan versatile (sebaliknya saya kelihatan sangat selekeh dengan wrap yang dililitkan pada badan), oleh itu saya memutuskan untuk menjual ke-2 wrap saya dan membeli Mei Tai.

          Mei Tai saya yang pertama adalah Diva Essenza in Libellula, yang ditempah melalui Baby Pot Babywearing. Saya mula menggunakannya ketika Aliyah berumur 3 bulan dan saya sangat menyukainya walaupun saya mendapat banyak komen -ve (bayi rimas, terkepit, lemas, sakit, dll) ketika menggunakannya. Sedangkan Aliyah hanya menangis sebab "cranky" ketika mengantuk. Jika dia tertidur dalam MT tersebut dia akan tidur nyenyak. Saya abaikan semua komen tersebut kerana pada akhirnya, bukan mereka yang perlu mengendong bayi saya, TETAPI saya.

          Ketika Aliyah berusia 5 bulan, saya mula "gatal" nak mencuba soft structure carrier atau ssc. Selepas sedikit online survey, saya terus mendapatkan Snuggbaby dan little did I know, I end up with Jumpsac, Lenny Lamb, Tula, Neezaneedle, Tugeda, Kokadi Flip, Kinderpack, Madame GooGoo. Some stay and some went to new mama...

          Saya akan terus babywearing bayi saya selama mana dia mahu digendong, kerana selepas ini, semua hanya akan tinggal kenangan. Saat² ini tak akan berulang lagi dan sudah tentu saya akan merindui setiap anak saya ketika mengendong mereka.

          Saya hanya ada satu penyesalan, iaitu tidak cuba menggali ilmu babywearing ketika anak pertama. Jika boleh diulang saat itu, saya juga akan mengendong Sofia, puteri saya yang pertama selama mana yang mungkin...

          Inilah kisah saya dan pengalaman saya dalam babywearing. Tiada yang menarik, cuma ingin berkongsi kisah saya

#keepcalmandcarrydamia

Wednesday 2 December 2015

Presents from Songket by Warisan Khalifah & Ghaada

          Alhamdulillah. Happy sangat minggu ni, sebab Allah murahkan rezeki saya. Yeay...Hari Isnin lepas terus panjat tangga ofis amik parcel. Minggu ni ada parcel from Songket by Warisan Khalifah. Sebab menang contest Share & Like



sorry tak tau nak amik pic kot mana...

          Alhamdulillah...Kata orang tuah ayam nampak di taji, tuah orang nampak di kaki. Kaki saya bertuah kot bulan ni. 

          Parcel ke-2 pula adalah parcel from Ghadda. Kes hunting design lama la ni. Saya beli 2 pcs chic maxi Antique Gothic & Batik Hearts Violet (2 dari kiri). Sy dapat harga masuk kubur tau. RM45/pcs je. Sekali ngan pos baru RM97 utk 2 pcs. Yg viola maci butterfly violet tu saya dapat FREE GIFT from seller. Oh bahagianya dunia ku...



Semua ni dengan harga RM97 saja



Close up



Ok...belanja sekeping. Huhuhu labuh la chic maxi ni. Tapi warna dia lawa ok

Saturday 28 November 2015

Lenny Lamb Colors of Life

          Akhirnya setelah 4 bulan posa, terbuka juga posa semlm. Gara² group dropship babywearing gear ku...

          Selalunya takde feel. tapo semlm laju je saya order. Sebab tersangatlah cantik, lagi cantik from previous design Colors of Rain...

          Mengenangkan Yaya pun dah almost outgrew yg standard size tu, plus hari tu jual yg toddler, so semlm amik toddler.

          So now, tunggu Mid Dis untuk eta.Nanti saya post action pic ya.

           Err...I just realised my 1st customer was me. Lol

Monday 23 November 2015

Promo Time




Cuti sekolah promotion is back.

1. New price for deposit (RM50 off discount for Tula, Lenny Lamb, 
Kinderpack, Madame GooGoo)

2. Rental fees :
RM30/10 days OR RM50/3 weeks (normal rates are RM10/week 
OR RM50/2 weeks)

* tnc apply

   pm/sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106 for futher inquiries

Thursday 19 November 2015

Cuti Sekolah Promo

          School holiday is back. Yuhuu...Now you can rent for RM30/10 days OR RM50/3 weeks (normal rate RM30/week OR RM50/2 weeks. Terms and conditions apply

* No free booking. Payment for deposit must be paid upon booking
* Last date for this promotion is Sunday (22/11/2015). SSC will be shipped on the next day Monday (23/11/2015)

Standard Size

Toddler Size

sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106


Thursday 12 November 2015

Hari yang serba tak kena

          Sumpah. Hari ni rasa nak menangis sangat. Rasa macam "ye la susah sorang-sorang". Actually tak tau nak mengadu kat sapa. Kang ada la tu nak sound "kan baik mengadu kat Allah". Ye lah dah puas berdoa supaya masalah hari ni settle. Alhamdulillah dah separuh hari baru selesai.

          Apa yang berlaku? Ok mai nak baq hang. Hari ni ada seorang customer yang nak selp pick up carrier kat depan PSAS. This papa nak sewa untuk minggu ni. Dah la customer bagus, dah bayar deposit from 2 bulan lepas. Hari ni la plak Tab Samsung tu padam. Langsung tak boleh on. Caj pun dah tak masuk. Ok dah nak menangis dah. Mujur sempat send location dan bagi no Celcom.

          Then, teringat pula kat rumah ada S11. So dengan semangatnya saya balik rumah, cari balik S11, dan caj. Tetiba kuar plak segitiga tu. Haih power tak masuk la plak. Memang dah nangis mengenangkan customer tu. Ok takpe try tido dulu kot2 caj lama sikit power masuk. Pas bangun pun masih keluar segitiga bermuda tu.

          Nak tak nak, terpaksa la saya call husband minta Z1 dulu yang dipinjamkan kpd dia. Member tu dah pakai Iphone 6, mana nak layan Z1 kan. Tapi nak kena ke kedai potong sim card dulu. So daripada rumah, ke kedai hp kat Tanjong Malim. Lepas tu ambil hp kat hubby. Barulah settle problem. Tapi masalahnya customer tu tak call lagi la. Risau gila hati.

          Then, ada pula customer pm inform ssc yang saya pos kotor. Alamak, rasa dah bersihkan. Siap masuk mesin lagi. Tapi maybe ada part yang mesin pun takleh sental (sebab masuk mesin kan ambil delicate wash je). Serius saya rasa nak menangis sangat. Menangis sebab all the bad things happened to me at once. Kenapa? Huhuhu...Nasib la customer tu baik, walaupun saya offer utk tanggung kos shipping kalau dia nak return pd saya utk dibersihkan, tapi dia kata takpe dia nak try spot cleaning dulu (ThankS Julie Garcellano, sorry for the trouble). Tapi saya offer nak bagi dia diskaun on rental fees. Nasib dia kata ok :)

          Now semua dah settle, tapi still tak sedap hati selagi customer tadi belum call. Hopefully mama and papa tu baca blog/page Little Damia saya ya. Sebab tadi saya dah announce kat page dan blog.

          Kepada customer yang terlibat, saya mohon maaf sekali lagi di atas semua kesulitan. Terima kasih

URGENT...MENCARI CUSTOMER

          TOLONG!

          Saya mencari seorang customer yang dah booked ssc dan nak self pick up kat depan Politeknik Sultan Azlan Shah. Masalahnya tab saya dah padam terus, tapi saya sempat bagi no phone yang satu lagi.

          So, to that customer, please call saya guna no 0195541106 ya. Again saya minta maaf tak sangka benda ni akan jadi. Thanks

Thursday 29 October 2015

Jodoh, pertemuan, perpisahan, kematian...

          Okeh. Apa saya nak bebel pagi-pagi ni, Hurm...Actually terkesan dengan berita perpisahan dua pasangan suami isteri

          Kes yang pertama - suami ada affair dengan anak dara muda trang tang-tang sampai sanggup bercerai. Memang ler orang kata takdir, tapi on the other side, yang gegirl tu merenyam kenapa. Dalam kes ni, rasanya both salah. Yang laki gatal, yang perempuan merenyam. Saya rasa sedih dan geram sebab that girl macam takde hati perut keh. Kau dah tau dia dah kawin dan ada anak pon yang kau melayan apsal???

          Betul la orang kata isteri diuji ketika susah & tak punya apa-apa. Suami diuji ketika dah senang dan punya segalanya. Saya kan...tak faham dengan lelaki yang masih gatal nak cari lain di kala kau dah ada semuanya. Ada wife cun, bekerja (boleh bantu kau), ada sepasang anak. Patutnya kau concentrate untuk perbaiki hidup dengan keluarga. Masa-masa ni la nak ajar anak-anak dan isteri pasal agama. Jadi imam ketika solat untuk keluarga. Pergi masjid, cari ilmu agama. Ni kau sibuk merenyam. Haish...

          Memang kebanyakkan kes, perempuan juga yang jadi mangsa. Betul orang kata menantu perempuan kalau tak pandai masak, kena canang satu donia. Anak lelaki tak reti jadi imam tak nak plak ditegur (takde kaitan dengan kes ni), just nak highlight kebanyakan kes macam ni yang selalu yang disalahkan dan jadi mangsa adalah perempuan.

          Lagi satu kes kawan lama saya yang tup-tup dengar cerita dia dah bercerai. Padahal masa bercinta dulu bukan main lagi panggil abi, ani (hubby & honey). Yang tu tak sure kenapa, tapi apa2 pun semuanya memang dah tertulis kan...

          Saya cuma mampu berdoa semoga rumahtangga saya sentiasa bahagia sampai Jannah. Amin. Kadang-kadang kita ni alpa dengan apa yang kita ada. Kita rasa benda tu tak kan jadi kat kita, tapi kuasa ALLAH kan. Kita doa yang baik-baik saja untuk kita

Monday 26 October 2015

Pre-Order Ergobaby Original


Pre-order Ergobaby Original (last date to order 29/10/2015)
Price : RM450
Shipping : RM10
***payment plan up to 3x is provided (yeay...)

pm/sms/whatssap Maz 0195541106 / 012-4359125





About Ergobaby



Award-winning. Comfortable. Functional.

This award-winning design holds your baby in an ergonomic, natural sitting position. The padded waist belt ensures baby's weight is evenly distributed between your hips and shoulders while the adjustable, cushy padded shoulder straps provide you with ultimate comfort. In any color or print, the Ergobaby Original Carrier is the perfect choice as you embark on everyday adventures.
ergonomic baby carrier

Special Features
  • 100% Cotton shell and lining
  • Adjustable padded shoulder straps and waist belt
  • Large storage pocket
  • Adjustable hood
  • Machine washable

Standard Features
  • Comfortable for Parents: Baby’s weight is evenly distributed between the hips and shoulders
  • Ergonomic for Baby: Baby is cradled in a natural sitting position
  • 3 Carry Positions: Front, Back and Hip
  • Baby Weight Range: 7*-45 lb/3.2* – 20 kg (*Newborn with Infant Insert)
  • Stitching: Reinforced at all fabric intersections for extra durability
  • Shoulder Strap Length Range: 24”-44” (61cm-112cm)
  • Waist belt Circumference Range: 26”-55” (66cm-140cm)
  • Shoulder Strap Padding: 1” high density PU foam
  • Large Zippered Storage Pocket
  • Hood
  • Machine washable
  • Designed in the USA

Sunday 25 October 2015

1st things to buy if my money tree is having fruits

          Huh kalau tetiba ada duit, nak beli semua ni.
         
          Forget Pandora, forget Masdora, forget MK, forget BellaAmara, forget Bokitta. This is my new obsession yaw...

#keepcalmandcarrydamia
#babycarrierrentalservices

Announcement

          Just nak inform if ada yg sms/whatssap saya guna no 0124359125, harap bersabar ya. Charger tab saya rosak, so hari isnin baru nak beli lain.

          Sementara ni guna no 0195541106 dulu so kalau ada yg whatssap guna no 012 tu, mohon whatssap no baru ni jika ada pertanyaan lanjut

          Thanks

Wednesday 21 October 2015

Ready Stock CuddleMe NeoCarrier 2.0











Ready Stock

CuddleMe NeoCarrier 2.0 
Price: RM199 ONLY
Shipping : RM10 Semenanjung Malaysia
RM15 Sabah & Sarawak

Suitable for 4 months until about 1 year old

pm/sms/whatssap Maz 0124359125 / 0195541106

Bersawang sat

          Alhamdulillah berjaya juga siapkan LNPT & key in markah dalam SPMP. Settle satu keje. Hari ni target nak kemas meja & siapkan FRP. Actually banyak lagi keje sebab tu saya tak sempat nak update blog. So hari ni amik masa sikit untuk bersihkan "sawang".

          Ok nak announce sikit mulai Oktober 2015, saya juga akan mula menjual ssc. Yeay... Mostly pre-order basis coz my modal tak banyak. Kang kalau beli tak laku jenuh saya nak pakai sendiri. Some ssc boleh bayar 2x-4x. Yeay lagi...


          So lepas ni selain from rental, boleh juga order ssc from saya :) Jangan malu k nak sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106. 

          Saya ni sebenarnya tengah menunggu payout satu projek yang saya usahakan 3 tahun lepas. Huhuhu...Entahlah bila nak dapat. Saya sangat berharap dapat bulan ni. Sebab nak settlekan hutang credit card yang ada, then nak potong kad. If ada extra, nak gunakan untuk besarkan business. Chewah...And of coz ler nak menyambar satu Tula wc or Kinderpack

          Ok. Nak kemas meja jap. Have a nice day peeps...
         

Friday 16 October 2015

Invisible

          Yeah...Suddenly I became invisible...Semua orang buat tak nampak...

Monday 12 October 2015

Future planning

         
          Alamak...Ada juga mama yang tanya if saya ada jual ssc. Hihihi...Jawapan saya ialah belum lagi. Memang saya teringin nak jual ssc, tapi kekangan modal menyebabkan saya kena fikir panjang sebelum buat keputusan.

          Tapi semalam fikir punya fikir, saya rasa saya nak start as dropship dulu lah. So bulatkan hati try apply kat vendor kot2 ada rezeki. Insya Allah jika diizinkan Allah. Little Damia SSC Rental Services akan jual soft structure carrier from pebagai jenama, nanti saya akan umumkan kat page Little Damia SSC Rental Services & blog.

          Happy Babywearing

Sunday 11 October 2015

Berangan dulu

          Fuiyo...Tetiba berangan nak salah satu ni

           Kanan -Amelia'a Sundae Swirl
          Kiri - Amelia's Sweet

          Both from Tula wrap conversion. Lawa kan... Haish bila durian nak runtuh ni. Dah 3 tahun aku menunggu

Tuesday 6 October 2015

Lonely

          Yes lately rasa dipinggirkan oleh semua orang. Dan sesetengahnya adalah orang yg saya care dan saya byk defend tanpa pengetahuan mereka.

          Salah satu perangai saya ialah saya tak kan bercerita tentang mereka pada orang lain, walau apa pun yang mereka buat. Saya tak pandai mengumpat pasal orang yang baik dengan saya.

          Takpelah...Hanya Allah yang tahu, I even fought with others about them. But now, I feel alone...It's ok. I'll survive

         

Monday 5 October 2015

Bokitta Madness


          Adui...Gatal tangan kan join group whatssap Bokitta. Semangat nak kumpul balik datang meluap-luap pula.

         Sempat juga la kumpul beberapa keping. Menyesal jual dekat 20pcs dulu. Huhuhu...Tak mo jual dah nak simpan dlm almari besi je

Design-design Bokitta. Aku pakai voila maxi & chic

Antara koleksi Bokitta yang masih tersisa
          Aku suka Bokitta sebab :

1.       Tak perlu iron sangat
2.       Mudah, just sarung and ready to go
3.       Husband proof - menutup dada (voila maxi dan chic)    
4.       Babywearing friendly - sebab ia pinless hijab so tak perlu risau anak kena pin

          Err...Rasa macam nak jual bokitta la plak.


Tropika Baby



Bismillah...

Stok baru tropika baby dah sampai...

Senarai Harga :

Best Seller - Baby Herbal Cream 50g RM 39.90
Baby Lavender Soap 50g RM 13.90
Baby Hair & Lavender Oil 30ml RM20
Baby Hair & Rose Oil 100ml RM60
Head ToToe Natural Bubble Wash Lavender 230ml RM49.90
Head ToToe Natural Bubble Wash Rose 230ml RM49.90

Harga tak termasuk pos (Sila tambah RM6 untuk pos)

PENGHANTARAN PERCUMA area Tanjung Malim / Proton City / Taman Sekiah Makmur SAHAJA

Berminat pm/sms/whatssap 
Maz 012-4359125 / 019-5541106





Thursday 1 October 2015

Baby Carrier for Rental


          Hi mommies...Now you could rent before you buy...

          We know how much an ssc cost, so this rental programme really suit parents who want to buy but not sure weather a brand is ok or not, By renting from us, you could try before buying one.

          Parents who want to travel and couldn't be bothered to bring a stroller and at the same time do not want to spend on new ssc (hey, sometimes a trip only takes 2-3 days. Do you really wanna spend like RM200-400 on a new ssc?

          Or, you just love babywearing (like me...ngeee..) and want to try different brand of ssc that you've never try before

          For price, brand and t&c click HERE




            




Action pic from customer




Tula standard in action. Thanks mama

Wednesday 30 September 2015

Restock Tropika Baby Produk

          Alhamdulillah... Restock lagi produk Tropika Baby. Sambil guna, sambil jual :) Meh2 order dengan saya...

Baby Herbal Cream 50g
RM 39.90
Tropika Baby Lavender & Oil Lavender 20ml
RM 20.00

Head to Toe Tropika Natural Bubble Wash Sweet 230ml
RM 49.90

Head To Toe Tropika Natural Bubble Wash Lavender 230ml
RM 49.90
Baby Hair & Body Oil Roses 100ml
RM 60.00

sila tambah RM6.00 untuk pos

 sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106
COD area Tanjong Malim & Proton City



          



Announcement pasal ssc rental services

          Hi peeps...Chewah bajet good good sapa je nak baca blog saya kan. Alhamdulillah my small ssc rental services business dah mula dikenali sikit-sikit. Dan banyak juga dapat whatssap from mummy yang berminat nak sewa or just nak royan pasal baby carrier.

          Ok, actually saya ada beberapa perkara yang nak ditulis kat sini. 1st sekali saya mohon maaf kalau saya lewat balas whatssap anda. Ini disebabkan tab saya ada masalah bateri. Baterinya cepat sangat drain. But if nak cepat reply, boleh contact saya pakai nombor celcom saya 019-5541106.

          Lagi satu kan..saya dah sediakan satu page kat FB iaitu Little Damia SSC Rental Services. So please like ye...Mana la tau kalau rezeki saya dah bertambah, saya nak buat giveaway free satu ssc ke.

          Ok...Ada mummy yang confuse kenapa saya tidak mencadangkan sesuatu jenis ssc pada mereka. Biasanya soalan pertama yang saya akan tanya adalah umur anak. Bila tahu umur anak, baru la saya boleh mencadangkan ssc yang sesuai (ni base on pengalaman saya dengan anak-anak saya).

          Then, saya akan cadangkan ssc dengan deposit paling rendah untuk newbies (snuggbaby & Jumpsac). Lagipun ssc ni agak senang nak dibeli selalunya ada ready stock kat website. Jika mummy ada keperluan khas, contohnya nak travel kat negara yang panas ke...tak nak yang bulky ke...sila inform ya sebab saya akan cadangkan ssc yang sesuai dengan keadaan ni.

          Ada mummy yang consider pasal hygiene. Don't worry sebab setiap ssc akan dibersihkan sebelum out for rental. Saya guna sabun RGD, which is popular among cloth diaper user sebab sabun ni environment friendly.

          Jika mummy perlukan ssc untuk tempoh-tempoh tertentu, sila booking awal sebab saya akan utamakan customer yang telah membayar deposit sahaja. Oh ye...lagi satu pasal deposit, please note that 1 ssc = 1 amount of deposit so if nak sewa 2 ssc, mummy kena bayar deposit untuk kedua-dua ssc. Dan deposit adalah firm. Ini disebabkan jika berlaku kerosakan pd ssc, saya akan tolak kos baik pulih from deposit.

          Dan deposit bergantung kepada harga ssc. Kalau ssc yang lebih murah, deposit pun rendah tapi kalau ssc macam Kinderpack, saya terpaksalah tinggikan harga deposit. Sebab Kinderpack punya custom tax saja pun dah boleh dapat satu Snuggbaby/Jumpsac.

          Berkenaan rental period  - katakan mummy sewa 2 weeks (14 hari), saya akan kira hari 1st tu hari ssc sampai pd mummy, and mummy pos balik ssc ps saya pd hari ke-15, katakan pos laju ada masalah lewat, mumy tak perlu risau ye saya tak caj pada mummy tau rm5/day late return penalty tu.

          Hurm...apa lagi ye. Setakat ni terpikir yang ni je. Oklah if mummy ada problem, boleh whatssap saya yer Mazlina 012-4359125 / 019-5541106.

          Thanks for reading mummy. Happy Babywearing

         

         


   

Tetiba berminat...

          I write my blog as my diary and business platform. Some people don't even bother to read it, but in certain circumstances, they will read only to dig about something...

          Alhamdulillah...I hope you will absorb the +ve energy only and leave the negativity behind

Tuesday 29 September 2015

Peluang? Nak ubah angin

          Hari ni dalam dok kalut² kelas dan marking, petang saya dapat satu tawaran menarik yang pada saya adalah satu peluang untuk ubah angin.

          Masalahnya, tanggungjawab tu agak besar. Saya takut tak mampu nak pikul pula. Tapi kalau nak cari pengalaman lain di tempat lain, sangatlah bagus kan. Ye la dah  11 tahun saya dalam comfort zone, nak juga try benda lain.

          Tengoklah mcm mana. Nak kena solat istikarah ni...

Monday 28 September 2015

Bila kena hidung sendiri

          Ok hari ni nak buat entry jahat sikit. Saya kan selalu kena sound dengan orang kalau saya tak sengaja buat sesuatu, contohnya tertinggal barang, atau tetiba kereta bercalar ke apa ke... As saya sengaja pula nak buat.

          Dulu saya selalu juga bising² kalau orang sound saya. Ye la dah la kita tak sengaja, pastu kena marah memang la saya nak marah juga. Tapi kang ada pula yang cakap saya melawan, so saya pilih diam je skang. In fact, sekarang saya lebih banyak diam je drp bersuara, tapi dlm hati memang saya berdoa semoga Allah balas perbuatan tu.

          Nak dijadikan cerita, petang semlm telah berlaku kejadian yang sama, tapi orang yang lain kena. Straight plak tu. 2 kejadian dalam satu hari. Masa saya tau cerita tu, memang terlintas kat kepala otak saya - kan dah mendapat.

          Moral of this story, hidup jangan la sombong dan ego sangat. Kalau orang tak sengaja, tak payahla nak sound/marah lebih² macam kita ni tak pernah buat salah. Peringatan untuk saya juga

          Oh ye. Hari ni sekolah area Tanjung Malim ditutup sebab jerebu...

Saturday 26 September 2015

Why I love my Kinderpack

          Ssc paling best yang saya pernah beli ialah Tula wc (wrap conversion) & Kinderpack. Serius memang berbaloi dan rasanya saya akan pakai sampai lebam kot.

          Hari ni nak review pasal Kinderpack or KP sikit. Ok brand ni bukan brand local but brand from US. Dan kalau tak salah saya ianya adalah handmade, sebab tu kuantiti yang dihasilkan adalah terhad.

     

          KP ada 4 saiz - infant, standard, toddler dan preschool. Dan saizing KP bagi saya adalah besar, maybe sebab ia from US (kan mama salleh lagi tinggi dan besar from mama asia kan)... Ia ada 2 strap - standard atau toddler. Saya punya strap adalah jenis standard sebab saya punya body frame sedang² saja. If mama yang agak besar, maybe lebih selesa dengan plus strap kot.

Kinderpack Sparrow Song with koolnit
adjustable strap

          Yang best pasal KP ni bagi saya adalah padded strap dia. So comfort ok... Dan kelebaran dia sangat membantu menggagihkan berat baby saya. Serius, dulu saya rasa Tula WC is the best, now I have to agree with KP lovers yang KP lagi best. Strap dia juga adjustable, so so takde masalah baby tak snugg.

          KP ada 2 jenis body panel - full panel dan koolnit. Macam saya punya Sparrow Song tu jenis koolnit, manakala yang Mint Julep tu jenis full panel. Koolnit is better for outdoor sebab nit tu tak memerangkap haba. But full panel pun ok je bagi saya. Material KP tak panas dan sesuai untuk outdoor.
Kinderpack Mint Julep full panel
          Macam juga ssc lain, KP pun ada hood, but since my baby doesn't like to use the hood, so saya tak pernah lagi try hood KP. Saya cuma pasangkan hood lepas anak saya dah tidur je. Maybe dia rimas kot bila kepala dia tertutup.

design hood - stuff and snap

                

Hood is detachable tapi design stuf and snap ni memudahkan nak sumbat hood if tak nak pakai

          Bila guna KP, saya suka backcarry. Sangat best rasa macam backpack beg labtop je. Overall brand ni sangat berbaloi untuk dimiliki. Mahal sikit, tapi memang alah membeli menang memakai lah...

  

          Since KP ni kita kena score sendiri kat website dia bila stocking, chances nak dapat is almost 0, sebab kelajuan internet Malaysia lebih perlahan from siput sedut. So kalau nak beli, boleh la beli kat group :




         
          But, dengan currency rate exchange yang tak stabil sekarang, nasihat saya ialah buy local. Plus tak payah fikir pasal tax dah :)
         
         

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...