Wednesday 18 February 2015

Aku dan Tudung

        Being a hijabista (chewah) membuatkan aku sentiasa stalk fashion baru, walaupun aku tak gamak nak pakai. Yg penting tau perkembangan. Takdela kalau orang tanya aku sampai tak tau langsung. Tapi kan, aku rasa aku ni suka juga ikut trend terkini.

          Lepas bersalin kat anak ke-2, aku gila Fareeda. Tapi takdelah gila sampai sanggup spend RM200 for a tudung. Biasa la Fareeda design yang exclusive kan cecah sampai RM300-RM500. Aku beli design yang biasa-biasa je...


          Lepas tu kan...Hurm macam mana nak cakap eh. Aku rasa tak leh blah la ngan sesetengah orang yang terlalu taksub dengan Fareeda sampai nak kecam orang yang pakai fake Fareeda. Walaupun tak semua, tapi buat aku tawar hati plak. Betul la hak cipta terpelihara, tapi kan tudung ni bukan pusing-pusing macam tu je ke...Nasib takde yang pattenkan baju kurung kalau tak ramai la yang kena saman. And then, part tudung fake bukan main lagi diaorang kecam, tapi sendiri pun sarung handbag fake tak kisah plak. Haish

       
           Ok, beralih kepada Sugarscarf. Hihi masa ni gila pakai shawl Sugarscarf  . Ayu je gitu. No issue dengan Sugarscarf, tapi sebab shawl kan...Aku perlu juga something yang aku mudah nak saruk.




          Then comes Bokitta-my favourite of all sampai la ni. Huhu...Suka gila la ngan Bokitta ni. Walaupun aku rasa muka aku tak kena, lantakla janji senang aku sarung. Hubby pun suka aku pakau Bokitta coz dia kata Fareeda walaupun labuh 12 dah tutup dafa, tapi kalau still pada mata dia nampak pendek.

Cik Lopa ni kalau pakai tabble runner pun lawa kot


          Pastu gila instant shawl Naelofar plak. Ni pun mendapat tempat kat hati aku sebab instant shawl kan. Sarung je, belit sikit dah siap. Tapi bagi aku takleh lawan kebolehkerjaan Bokitta la, coz kau masih perlukan pin and brooch untuk kemaskan shawl tu.

Cik Lopa lagi



          Skang? Haha...Aku terjebak dengan AJ plak...Honestly...Aku beli untuk pakai bukan sebab taksub. Tapi aku tak paham eh how tudung aj boleh jadi investment. Haha...Kau beli design hot-hot skang, nanti lagi 2-3 tahun boleh up for sale. Insya Allah kalau kena gaya, boleh dapat untuk 200%. Tapi leceh la coz ada limit kalau kau pi concept store dia. Aku buat masa ni dah jumpa supplier kat fb dan kat pasar malam. Cuma lambat sikitla. Tak kisahla janji dia sebab aku beli nak pakai, bukan nak kumpul macam sesetengah orang.

Ni lagi sorang kalau pakai kain batik lilit kat kepala pun lawa kot


          Tapi the legend is :
-

-

-

-

-

-





Tak dak tudung kat dunia yang boleh celen tudung saji. Ok...Tak lawak

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...