Tuesday 17 March 2015

Sampai hati



          Allahu Akbar. Sedih dan terasa hati kaum isteri kalau terkena macam ni. Kenapa la seorang lelaki sanggup tinggalkan anak/isteri pergi makan angin? Ok...Nampak macam takde benda pun kan. Tapi ni common sense je. Kalau dah kahwin, jadi la suami yang berhati perut dan kalau dan ada anak-anak, jadi la ayah yang bertimbang rasa. Bukan masalah benda remeh diperbesarkan tapi tergamak ke nak pergi makan angin suka hati at the same time tinggalkan anak isteri kat rumah?


          Aku kan...kalau nak pergi kursus je pun, dah rasa beban sangat nak tinggalkan anak-anak dan suami kat rumah. Terfikir sapa nak uruskan pakai suami, anak-anak, Sanggup aku bagi surat tunjuk sebab tak hadir kursus daripada tinggalkan rumah. Tapi aku sentap la ada lelaki yang takde common sense dengan suka hati nak pergi makan angin at the same time tak bawa anak-anak dan isteri.


          Ok, maybe suami tu ada orang nak sponsor kan. Biasanya family la akan sponsor percutian tu kan. Bukannya wife tu minta disponsor sekali pun. Wife tu pun segan nak harap orang sponsor, tapi sebagai lelaki yang bertimbang rasa pun, at least ada la sikit perasaan simpati nak tinggalkan anak isteri untuk benda yang tak penting pun. Lain la kalau nak pergi kursus ke...kerja ke...No hal la kan...


          Bayangkan perasaan isteri bila disuruh cari duit kalau nak ikut? Allahu Akbar luluh hati isteri kot. Bukannya tambang dia je nak kena fikir, tambang anak-anak? Dah tu bukan sekadar duit tambang je. Nak juga kena bawa duit poket kan. Aku pelik bila kaum suami tak boleh guna common sense ni. Isteri tu susah-susah korek juga saving dia nak cover fanily expenses. Sampai hati cakap macam tu kat isteri.


            Tak kesian kat isteri? Maybe dah tak sayang, tapi tak kesian kat anak-anak? Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kaum lelaki untuk hargai isteri. Amin


          

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...