Saturday 27 June 2015

Backout Renter

          Hari ni sy rasa annoying sangat. Geram betul saya. Ramai betul backout renter. Bukan la saya nak marah kalau tak jadi rent ssc saya, tapi tolong la inform awal2.

          Orang-orang macam ni selfish betul. Bayangkan la sebab diaorg beria-ia confirm, saya dah tolak orang-orang yang ada potensi nak rent ssc saya. Kadang-kadang bukan sorang dua, beratur orang nak satu-satu brand ssc tu. Dah la x jadi sewa, boleh pula buat senyap tu. Bila saya pm balik sapa yang beratur tu pula, semua dah tak jadi sewa samada diaorg dah sewa yang lain or dah beli.

          Kali ni memang saya nak tegas. Semua booking mesti dengan deposit. Kalau orang yg betul2 nak, mesti la dia nak kan. Selalunya yang acah-acah ni je yang keberatan nak deposit awal. Even kali ni guna alasan "nak tanya hubby dulu" pun, kalau takde deposit, saya tak nak hold ssc utk diaorg.

          Sedih tau. Memang la saya tak harap sangat duit rental tu. Insya Allah gaji saya pun cukup nak support saya. Cuma saya geram sebab terasa dipermainkan.

          Eh, stop jadi selfish boleh tak?

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...