Monday 29 June 2015

Double Standard

          Alhamdulillah dah seminggu lebih kita menyambut Ramadan. Tapi aku belum dapat tune lagi. Asyik penat je. So bila penat, rasa nak tidur je.

          Serius rumah memang tunggang langgang sangat2, tapi memang takde masa nak kemas. Tambahan bulan puasa balik keje dah berperang dengan periuk belanga. Lepas berbuka kena kemas-kemas lagi. By time konon nak lipat baju, anak pula buat hal sebab mengantuk (serius tak paham kenapa budak2 kena cranky dulu sebelum tido).

          Hubby saya memang tak haraplah nak tolong. Malas dah nak bising-bising kang saya pula yang kena balik. So redha je la keadaan rumah tu. Tapi sapa yang kata saya malas, memang nak kena la. Sometimes bila orang tengok keadaan rumah yang tak terurus, kaum isteri juga yang disalahkan, padahal suami jenis yang tak ringan tulang. Stop blaming kaum ibu. Kerja rumah adalah tanggungjawab bersama k, bukannya isteri semata-mata.

          Selalu terjadi kan menantu dicanang malas dan tak pandai buat kerja rumah, padahal mertua tak tahu macam mana menantu dia punya tak menang tangan uruskan rumah tangga. So not fair tau, bila anak lelaki dia lepas tangan dia anggap ok takpe sebab tu keje orang perempuan...

          Mudah-mudahan bila saya dapat anak lelaki, saya nak train anak saya buat kerja rumah sama macam kakak-kakak dia. Supaya bila dia kahwin nanti, dia tak anggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri semata-mata

Amin

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...