Friday 3 July 2015

Matematik tambahan & sebuah kehidupan

          Dulu saya belajar dlm science stream, di mana subjek elektif saya adalah Biologi, Fizik, Matematik Tambahan  & Kimia. Huhuhu susahnya nak study. Saya bukanlah termasuk dalam golongan pelajar cemerlang, so memang sangat struggle nak memahamkan subjek-subjek ni terutamanya Add Math tu.

          Saya masih ingat salah satu punca saya tak continue percintaan ala monyet saya dengan salah seorang best student dalam kelas masa tu adalah sebab saya kecil hati dengan seorang guru yang seolah-olah memandang rendah terhadap saya. Ye la sebab saya tak pandai math, si dia tu scorer kot subjek add math ni. Lama-lama saya rasa tak confident nak terus berkawan dengan si dia so saya undur diri (apa khabar lah si dia sekarang ya...muahahaha)

          Bila saya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Engineering selepas SPM, saya confuse macam mana la saya boleh struggle dengan semua formula Math yang tak masuk akal. Serius saya tak tahu pun apa kegunaan semua formula tu bila dah kerja nanti. Tapi since subjek ni subjek wajib, so memang kena pulun la juga nak lulus kan...

          Lama-lama, saya rasa math ni tak susah mana pun. In fact saya lebih rela berjam-jam cuba selesaikan soalan matematik daripada membaca sesuatu teori. Bila dah kuasa Math Engineering, saya rasa "kenapa la aku bodoh sangat masa sekolah". Bila saya pulang bercuti, saya dapat tolong adik saya selesaikan soalan Add Math yang kebanyakkannya saya tak boleh buat dulu.

         Saya rasa hidup seperti subjek Add Math. Hidup ini penuh cabaran dan kita kena lalui cabaran tu supaya in future kita boleh terima cabaran tu. Kalau kita tak tempuh, sampai bila-bila pun kita tak tahu kemampuan kita, TAPI kalau kita pernah lalui, Insya Allah next time kalau jumpa balik, kita takde masalah nak selesaikan

          Semakin mana soalan Add Math, sebanyak itu jugalah cabaran yang kita akan lalui sepanjang kehidupan kita. Kalau kita lari from selesaikan soalan, next time jumpa soalan yang sama, dah tak tahu nak buat apa...Semakin banyak soalan kita selesaikan, semakin kita kuasa subjek tu dan semakin mudah jika in future kita jumpa lagi subjek yang sama...

          So moralnya, janganlah benci Add Math. Selesaikanlah kerja rumah Add Math tu. Add Math umpama sebuah kehidupan...

          Bubye...








Untuk ssc rental, klik SINI
         

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...