Thursday 29 October 2015

Jodoh, pertemuan, perpisahan, kematian...

          Okeh. Apa saya nak bebel pagi-pagi ni, Hurm...Actually terkesan dengan berita perpisahan dua pasangan suami isteri

          Kes yang pertama - suami ada affair dengan anak dara muda trang tang-tang sampai sanggup bercerai. Memang ler orang kata takdir, tapi on the other side, yang gegirl tu merenyam kenapa. Dalam kes ni, rasanya both salah. Yang laki gatal, yang perempuan merenyam. Saya rasa sedih dan geram sebab that girl macam takde hati perut keh. Kau dah tau dia dah kawin dan ada anak pon yang kau melayan apsal???

          Betul la orang kata isteri diuji ketika susah & tak punya apa-apa. Suami diuji ketika dah senang dan punya segalanya. Saya kan...tak faham dengan lelaki yang masih gatal nak cari lain di kala kau dah ada semuanya. Ada wife cun, bekerja (boleh bantu kau), ada sepasang anak. Patutnya kau concentrate untuk perbaiki hidup dengan keluarga. Masa-masa ni la nak ajar anak-anak dan isteri pasal agama. Jadi imam ketika solat untuk keluarga. Pergi masjid, cari ilmu agama. Ni kau sibuk merenyam. Haish...

          Memang kebanyakkan kes, perempuan juga yang jadi mangsa. Betul orang kata menantu perempuan kalau tak pandai masak, kena canang satu donia. Anak lelaki tak reti jadi imam tak nak plak ditegur (takde kaitan dengan kes ni), just nak highlight kebanyakan kes macam ni yang selalu yang disalahkan dan jadi mangsa adalah perempuan.

          Lagi satu kes kawan lama saya yang tup-tup dengar cerita dia dah bercerai. Padahal masa bercinta dulu bukan main lagi panggil abi, ani (hubby & honey). Yang tu tak sure kenapa, tapi apa2 pun semuanya memang dah tertulis kan...

          Saya cuma mampu berdoa semoga rumahtangga saya sentiasa bahagia sampai Jannah. Amin. Kadang-kadang kita ni alpa dengan apa yang kita ada. Kita rasa benda tu tak kan jadi kat kita, tapi kuasa ALLAH kan. Kita doa yang baik-baik saja untuk kita

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...