Wednesday, 16 December 2015

Fluffy Mail

Fluffy Mail


          Each time I promise to not buy a new carrier, I will end up with 2 carriers.

          Akhirnya my Lenny Lamb Colors of Rain is here. Yay... Order from Happy Fluffy (yeah, my 1st customer was me) Punya la excited dapat parcel. Habis je kelas terus berlari ke admin sebab admin tutup pukul 4.25 pm.

          A bit dissapointed sebab warnanya tak seperti yang ku bayangkan...I am expecting warna tu lebih cantik in real, tapi rupanya a bit dull from stock photo. Tapi dah beli dan rasanya tak kan masuk fsot lah kot buat masa ni. But this one lagi sturdy kot from Bubo Owls saya.
My Colors Of Life
Nampak kan perbezaan warna tu
          Pd masa yg sama, lagi satu parcel datangnya from IJ Studio, tempat yang saya hantar customize Tula Polka Dance saya tu.

          Sebenarnya saya diso print Katniss tu, tapi disebabkan tak dapat score masa stocking kat momsmilkboutique so saya hantarlah Tula Polka Dance tu ke IJ Studio untuk customize. Jadilah kan.

          So from 15/12/15, Tula Toddler will be available for rental again. But LL tu, nanti dulu la bagi mak jemah rasmi dulu...

Sebelum customize
Selepas customized
kiri : Katniss jadi-jadian, kanan : Katniss tulen


                     Okeh. Nak pi rendam maggi jap. Mujur esok gaji...

Tuesday, 15 December 2015

Makan dalam diapers? Kau ni dah kenapa?

          Semalam saya dok scroll newsfeed, tetiba terbaca salah seorang teman muka buku post pasal individu yang makan dalam diapers di majlis baby shower nya




          Saya baca 2-3 kali pasal ni. Sebab mata yang rabun plus otak yang lembap tak dapat nak tangkap isu apa. Lepas tu barulah nampak pic ke-2 tu. Mengucap panjang saya. Like WTF?
Kau ni dah kenapa nak makan dalam diapers? Honestly saya tak tahu kat mana pemikiran level diaorang ni. Walaupun diapers tu bersih, tapi kat sini ada 3 isu yang utama

1.   Baby shower ni budaya mana eh? Kenapa budaya ni jadi ikut-ikutan kita pula sekarang?

2.  Fungsi diapers adalah sebagai ____________________( ni tanya Yayah pun dia tahu k. And dia 
     baru setahun 3 bulan)

3. Diapers tu mahal k...Sesetengah keluarga mempunyai tight budget dan selalu berkira-kira nak beli 
    diapers, but korang seolah-olah menghina dengan menunjukkan kemewahan tak bertempat tu.

          Isu 1 and 3 tu oklah kalau korang rasa dah banyak sangat duit nak perabis, Tapi most people tak boleh terima isu ke-2. Seolah-olah menghina makanan..Please la tak payah nak bajet hipster sangat. 

          Call me old school, but I can not brain this (imagine gaya bercakap Pazurah)...

Monday, 14 December 2015

It's A Matter Of Choice

          Tetiba rasa nak menulis pasal isu ni. Huhuhu macam mana nak cerita eh. Oklah lebih kurang macam ni lah kot.

          Saya kan now tengah gila mengumpul Bokitta. Takde la nak hunting those old, rare design. Hajat hati cuma nak cari balik design lama² yang pernah ada (tapi dah let go sebab kesengalan sendiri). Rupa-rupanya few design ni ada harga yang tersendiri, sebab dah jadi rare item so ramai yang hunting.

          Yang tak bestnya, bila ramai yang suka bash seller yang jual item ni mahal. Ye la betul benda tu prelove, tapi bila ramai yang hunt, sure la akan naik harga kan. Konsep asas je kot. "Supply vs demand".

          I personally think kalau u rasa tak berbaloi nak beli tudung prelove sampai RM500, then u duduk je diam². Tak payah nak komen dengan kata² yang kurang enak like " tudung mahal kalis neraka". Mcm u tau je orang tu nak ke mana. Apa kita ni confirm ke syurga ke?

          Saya sendiri pun tak sanggup nak spend more than RM200 utk sehelai tudung, tapi disebabkan saya tak sanggup, tak boleh la nak pukul rata assume semua orang tak sanggup. Benda ni simple je, u rasa u tak mampu or tak sanggup, u duduk je diam² tak payah nak sindir sana sini. Bak kata Farah Ann "empty can makes the moist noise" (apsal, jeles sbb u takde hot item nak dijual ke?). Haish...

          I always think price comment in public is a big no no. It's rude ya. So if u think it's not worth to buy, just let it go lah. But selalunya orang yang bst tu (seller and buyer) takde apa² tapi kau plak yang berbunyi lebih-lebih...

          Oklah. Nak pi bfast jap. Meh nak belanja pic sekeping

         
        

Thursday, 10 December 2015

My Babywearing Journey


          Babywearing is not a new thing for me...

          Saya mula babywearing selepas mendapat anak pertama. Babywearing gear saya yang pertama adalah hadiah daripada ibu saudara saya. Saya mula menggendong bayi saya seawal umur 4 bulan.

          Selepas mendapat anak ke-2 iaitu Qairina 4 tahun kemudian, saya terdetik untuk membeli baby carrier yang baru, dan saya telah menjalankan sedikit kajian mengenainya. Kemudian barulah saya tahu bahawa baby carrier saya yang pertama adalah bukan ergonomik baby carrier tetapi adalah crotch carrier (cc) yang tidak digalakkan penggunaannya.

          Saya membeli Boba3G kerana ketika itu yang saya tahu hanyalah jenama Boba dan Ergo. Pertama kali menggunakan Boba3G, saya dapat rasakan perbezaan sangat ketara iaitu kurangnya beban yang dirasa ketika menggendong anak saya.

          Anak saya juga sangat suka berada dalam carrier. Alhamdulillah selepas setahun melahirkan Qai, saya disahkan mengandung. Saya tidak lagi menggunakan carrier dan menyerahkan tugas babywearing anak ketika berjalan-jalan kepada En. Hubby

          Selepas melahirkan anak ke-3 (Aliyah) saya memutuskan untuk menjual Boba3G, cuba menggunakan wrap. Wrap saya yang pertama ialah daripada Jumpsac (kini bersama sahabat saya) dan wrap saya yang ke-2 adalah Daiesu. Saya mula wrap Aliyah pada umur 2 bulan.

          Saya dapati bahawa saya bulanlah seorang yang sabar menggunakan wrap kerana imho penggunaan wrap memerlukan skill tertentu supaya wrap nampak kemas dan versatile (sebaliknya saya kelihatan sangat selekeh dengan wrap yang dililitkan pada badan), oleh itu saya memutuskan untuk menjual ke-2 wrap saya dan membeli Mei Tai.

          Mei Tai saya yang pertama adalah Diva Essenza in Libellula, yang ditempah melalui Baby Pot Babywearing. Saya mula menggunakannya ketika Aliyah berumur 3 bulan dan saya sangat menyukainya walaupun saya mendapat banyak komen -ve (bayi rimas, terkepit, lemas, sakit, dll) ketika menggunakannya. Sedangkan Aliyah hanya menangis sebab "cranky" ketika mengantuk. Jika dia tertidur dalam MT tersebut dia akan tidur nyenyak. Saya abaikan semua komen tersebut kerana pada akhirnya, bukan mereka yang perlu mengendong bayi saya, TETAPI saya.

          Ketika Aliyah berusia 5 bulan, saya mula "gatal" nak mencuba soft structure carrier atau ssc. Selepas sedikit online survey, saya terus mendapatkan Snuggbaby dan little did I know, I end up with Jumpsac, Lenny Lamb, Tula, Neezaneedle, Tugeda, Kokadi Flip, Kinderpack, Madame GooGoo. Some stay and some went to new mama...

          Saya akan terus babywearing bayi saya selama mana dia mahu digendong, kerana selepas ini, semua hanya akan tinggal kenangan. Saat² ini tak akan berulang lagi dan sudah tentu saya akan merindui setiap anak saya ketika mengendong mereka.

          Saya hanya ada satu penyesalan, iaitu tidak cuba menggali ilmu babywearing ketika anak pertama. Jika boleh diulang saat itu, saya juga akan mengendong Sofia, puteri saya yang pertama selama mana yang mungkin...

          Inilah kisah saya dan pengalaman saya dalam babywearing. Tiada yang menarik, cuma ingin berkongsi kisah saya

#keepcalmandcarrydamia

Wednesday, 2 December 2015

Presents from Songket by Warisan Khalifah & Ghaada

          Alhamdulillah. Happy sangat minggu ni, sebab Allah murahkan rezeki saya. Yeay...Hari Isnin lepas terus panjat tangga ofis amik parcel. Minggu ni ada parcel from Songket by Warisan Khalifah. Sebab menang contest Share & Like



sorry tak tau nak amik pic kot mana...

          Alhamdulillah...Kata orang tuah ayam nampak di taji, tuah orang nampak di kaki. Kaki saya bertuah kot bulan ni. 

          Parcel ke-2 pula adalah parcel from Ghadda. Kes hunting design lama la ni. Saya beli 2 pcs chic maxi Antique Gothic & Batik Hearts Violet (2 dari kiri). Sy dapat harga masuk kubur tau. RM45/pcs je. Sekali ngan pos baru RM97 utk 2 pcs. Yg viola maci butterfly violet tu saya dapat FREE GIFT from seller. Oh bahagianya dunia ku...



Semua ni dengan harga RM97 saja



Close up



Ok...belanja sekeping. Huhuhu labuh la chic maxi ni. Tapi warna dia lawa ok