Sunday 31 January 2016

My New Obsession

          Cuba teka apa ni? Kalau ada yg kata baju, sah anda bukan seorang hijabista.

          Hihihi...Ni la koleksi Bokitta kesayangan saya. Selepas tambah tolak memang ni je la yg ada (35 pcs). Banyak? Taklah...Ada yg lagi banyak daripada saya

          Masalah saya ialah bila hilang suatu ketagihan, akan ada ketagihan lain. Ni dah lama tak beli ssc, dok pulun Bokitta lak.

          Payment yg dijanjikan from projek lama masih pending. Huh kalau la release, maybe sebahagian kecil akan spend untuk Bokitta kot. Cukup lah carrier yg ada.

          Tapi lately susah pula nak beli Bokitta. Sebab sejak awal Jan 2016, kami diberitahu bahawa all collections are limited, so tak banyak. Bila tak banyak, semua berebut nak beli. Yg sakit hati, bila ada yg saja mark up. Tak baik tau...

           Rindu zaman mula² pakai Bokitta. Siap kena kutuk hokey... Tapi disebabkan confident level saya yang tinggi itu, saya lantakkan je apa org nak kutuk. Indon ke...Siam ke...Janji haku beli tak guna duit kau. Dulu stok sampai seller whatssap lagi. Now seller pon tak menang tangan nak layan.

          Konon nak beralih ke Fareeda & Naelofar la yang menyebabkan saya jual dalam 10-15 pcs gak Bokitta saya. Mostly yang inner ikat. Menyesal gila. Sekarang yang prelove pun dah mahal sampai berkali ganda, yang baru payah nak beli.

          Maybe haku boleh pertimbangkan untuk pakai tudung saji lak. Okeh...tak lawak

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...